13/07/2026
[SELAMAT MENJALANI CUTI SEMESTER AKHIR SEMESTER II SESI 2025/2026]
Warga Kolej Kediaman Ketiga Belas mengucapkan Selamat Menjalani Cuti Semester Akhir Semester II sesi 2025/2026 kepada seluruh warga Universiti Malaya.
Setelah melalui satu semester yang penuh dengan cabaran, pembelajaran dan pengalaman baharu, semoga cuti ini dimanfaatkan sebaiknya untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga serta mengembalikan semangat bagi menghadapi sesi yang akan datang.
Selamat bercuti dan semoga segala urusan dipermudahkan. ✨