Kelab UMNO Bogor

Kelab UMNO Bogor Kelab UMNO Luar Negara Bogor

Email : [email protected]
Instagram : kulnbogor
Twitter :

11 Disember 2016. Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra Biro Tatanegara bersama pelajar pelajar Malaysia di Jakarta dan Bog...
12/12/2016

11 Disember 2016. Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra Biro Tatanegara bersama pelajar pelajar Malaysia di Jakarta dan Bogor anjuran BTN, Kelab UMNO Jakarta dan Kelab UMNO Bogor. Bertempat di Penang Bistro, Central Park, Jakarta. Hadir bersama Datuk Ibrahim Saad, Ketua Pengarah BTN.

SEMARAK RAMADHAN 1437HAssalamualaikum wrb wth.Kelab UMNO Bogor dengan kerjasama PKPMI Bogor akan mengadakan majlis berbu...
14/06/2016

SEMARAK RAMADHAN 1437H
Assalamualaikum wrb wth.
Kelab UMNO Bogor dengan kerjasama PKPMI Bogor akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak - anak yatim pada:

Tarikh: 24 Jun 2016/19 Ramadhan 1437H
Tempat : Panti Asuhan Raksa Putra, Bogor
Waktu : 4pm hingga selesai

Kepada pelajar yang berminat untuk menyertai majlis dan yang berminat untuk memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim boleh lah menghubungi (sebelum 22 Jun 2016) :
1. Iyas (+6281219589925)
2. Elsa (+60145671906)
3. Asraf Saridi (+60145556461)

Sekian, Terima kasih.
Salam Ramadhan 1437H.

Kami mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1437H kepada semua warga KULN Bogor dan pelajar-pelajar Mal...
05/06/2016

Kami mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1437H kepada semua warga KULN Bogor dan pelajar-pelajar Malaysia di Bogor.

Ya Allah, muliakan dan sayangilah saudaraku ini, bahagiakan keluarganya limpahkan rezekinya, kuatkan imannya. Berikanlah kenikmatan ibadahnya, jauhkan dari segala fitnah. Amin.
“AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN”

21 Mei 2016. Sesi Hi-Tea; Bicara Belia, Masa Depan Bangsa dan Negara yang dihadiri dan disampaikan oleh Dato' Seri Ahmad...
21/05/2016

21 Mei 2016. Sesi Hi-Tea; Bicara Belia, Masa Depan Bangsa dan Negara yang dihadiri dan disampaikan oleh Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Menteri Kewangan II Malaysia di Four Points by Sheraton Bandung. Dihadiri oleh Kelab UMNO Bandung dan Kelab UMNO Bogor.

Assalamualaikum w.b.t. Kelab UMNO Bogor mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga yang bekerja. Semoga Allah...
01/05/2016

Assalamualaikum w.b.t.

Kelab UMNO Bogor mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga yang bekerja. Semoga Allah memberkati dan melimpahkan rezeki yang baik kepada sesiapa yang dikehendakiNya mahupun yang berusaha keranaNya.

Marilah kita sama-sama berterima kasih dan menghargai pengorbanan dan penat lelah mereka yang telah berbakti untuk keluarga, agama & negara. Hanya Allah yang layak membalas jasa mereka.

Dan semoga kita semua tergolong dalam kalangan yang ikhlas bekerja serta menunaikan salah satu amal ibadah yang soleh.

"Dan katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mu'min akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan"."
[At-Taubah : 105]

08/03/2016

Assalamualaikum berita duka dari sahabat kita, abang kepada sahabat kita Ashraf Bin Asmat telah pulang ke rahmatullah pagi tadi. Kami dari keluarga besar Kelab Umno Bogor mengucapkan salam takziah dan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Semoga diberikan ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan. Al-Fatihah.

Hadiah menarik menanti anda semperna Bandung e-Games 2016
28/01/2016

Hadiah menarik menanti anda semperna Bandung e-Games 2016

[Update Kemalangan Pelajar Malaysia di Jordan]Salam takziah kepada keluarga arwah daripada kami keluarga KULN dan pelaja...
24/01/2016

[Update Kemalangan Pelajar Malaysia di Jordan]

Salam takziah kepada keluarga arwah daripada kami keluarga KULN dan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia. Semoga sentiasa tabah.

Al-Fatihah.

Sumber:
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan Sesi 2015/2016

[Update Kemalangan Pelajar Malaysia di Jordan]

Salam takziah kepada keluarga arwah.

Al-Fatihah.

Sumber:
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan Sesi 2015/2016

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera buat semua Pelajar Malaysia di Bogor.Sehubungan dengan akan berlangsungnya Bandung...
21/01/2016

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera buat semua Pelajar Malaysia di Bogor.

Sehubungan dengan akan berlangsungnya Bandung E Games anjuran Kelab UMNO Bandung pada 5,6,7 Mac 2016, maka kami akan membuka peluang untuk mahasiswa di Bogor menyertai acara tersebut. Jangan lepaskan peluang untuk menunjukkan bakat anda sebagai pemain professional, hadiah menarik menanti pemenang!

Games yang dipertandingkan:
DOTA 2 : Diperlukan 5 orang pemain
FIFA 16 : Satu pemain sahaja
Penyertaan adalah bebas sama ada lelaki atau perempuan

Kepada mahasiswa yang berminat silakan menghubungi:
Iyas Hafeez : +6281219589925
Asyraf Saridi : +60145556461
Elsa : +60145671906
Selambatnya pada 1 February 2016

Sekiranya penyertaan melebihi akan diadakan pemilihan yang akan diumumkan nanti.

14/01/2016

Kepada semua mahasiswa Bogor yang pulang atau berkunjung ke Jakarta pada hari ini, berhati-hati dengan tempat-tempat yang tertentu & Jaga keselamatan semuanya.

Stay safe.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.Salam Maulidur Rasul buat seluruh umat Islam di seluruh du...
24/12/2015

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam Maulidur Rasul buat seluruh umat Islam di seluruh dunia, dengan memperingati hari mulia kelahiran manusia mulia yang terbaik sepanjang zaman, Muhammad SAW, Rasul mulia kekasih Allah.

Kepimpinan baginda yang tiada tandingan menjadi contoh yang cemerlang kepada seluruh manusia yang bergelar pemimpin, akhlak mulia baginda yang menjadi ikutan seluruh umatnya. Pengorbanan, penat lelah dalam menegakkan panji Islam tidak pernah menjadi suatu yang sia-sia.

Semoga segala amal ibadah dan selawat kita ke atas baginda diterima oleh Allah SWT.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, Engkau mengetahui hati-hati ini telah berkumpul kerana kasihkanMu, bertemu dan patuh padaMu, bersatu memikul dakwahMu. Hati-hati ini telah berjanji setia, berdaulat dan menyokong syari'atMu, maka eratkanlah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan hati ini, tunjukkan ia jalan yang sebenar. Limpahkan dengan cahaya RabbaniMu yang tak pernah padam dan lapangkan dengan Iman.

Ya Allah, Engkau yang menghidupkan dan yang mematikan hati. DaripadaMu kami datang dan kepadaMu kami kembali, segala yang baik datang daripadaMu dan yang tidak itu daripada kami sendiri. Janganlah Engkau palingkan hati kami daripada mencintaiMu, meminta dariMu lantaran mencintai RasulMu.

Selawat dan salam ke atas Penghulu segala Nabi, ke atas keluarga baginda, para sahabat dan para tab'ien, serta sekalian mujahideen.

Allahuma solli 'ala sayyidina Muhammad wa'ala alihi wasohbihi wabaarik wasalam.
اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم

10/12/2015

Address

Bandung

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab UMNO Bogor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Kelab UMNO Bogor:

Share