15/09/2026
𝗭𝗜𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗦𝗜𝗦𝗪𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗧𝗜𝗠𝗕𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗜𝗕 𝗖𝗔𝗡𝗦𝗘𝗟𝗢𝗥 𝗛𝗔𝗟 𝗘𝗛𝗪𝗔𝗟 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 (𝗛𝗘𝗣)
15 September 2026 - Program Ziarah Kasih Siswa bersama 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗣𝗿𝗼𝗳. 𝗗𝗿. 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗦𝗮𝘇𝗶𝗹𝗶 𝗦𝗵𝗮𝗵𝗶𝗯𝗶, 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗡𝗮𝗶𝗯 𝗖𝗮𝗻𝘀𝗲𝗹𝗼𝗿 (𝗛𝗮𝗹 𝗘𝗵𝘄𝗮𝗹 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿) 𝗨𝗶𝗧𝗠, telah dilaksanakan sebagai satu inisiatif mendekati para mahasiswa serta menzahirkan keprihatinan pihak universiti terhadap kebajikan, kesejahteraan dan keperluan pelajar.
Program ini turut menjadi medium untuk menyantuni pelajar secara lebih dekat, mendengar perkongsian serta memahami situasi dan keperluan mereka sepanjang menjalani kehidupan sebagai mahasiswa.
Dalam rangka lawatan tersebut, YBhg. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) turut mengadakan lawatan ke Dapur Siswa MADANI (MDS) di Kolej Tun Ali bagi melihat pelaksanaan inisiatif berkenaan yang menyediakan sokongan keperluan makanan kepada mahasiswa. Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan pihak universiti dalam memastikan aspek kebajikan dan kesejahteraan pelajar sentiasa diberi perhatian.
Program diteruskan dengan Ziarah Kasih Siswa kepada pelajar baharu Sesi September 2026 UiTM Cawangan Melaka di beberapa lokasi sekitar Melaka sebagai usaha mendekati dan menyantuni pelajar secara langsung.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗣𝗿𝗼𝗳. 𝗗𝗿. 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗦𝗮𝘇𝗶𝗹𝗶 𝗦𝗵𝗮𝗵𝗶𝗯𝗶, 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗡𝗮𝗶𝗯 𝗖𝗮𝗻𝘀𝗲𝗹𝗼𝗿 (𝗛𝗮𝗹 𝗘𝗵𝘄𝗮𝗹 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿) 𝗨𝗶𝗧𝗠, atas kesudian meluangkan masa menyantuni para pelajar serta menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa.
Penghargaan dan terima kasih turut dirakamkan kepada 𝗣𝗿𝗼𝗳. 𝗠𝗮𝗱𝘆𝗮 𝗧𝘀. 𝗗𝗿. 𝗡𝗮𝗱𝘇𝗿𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗦𝗵𝗮𝗿𝗶𝗳, 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗥𝗲𝗸𝘁𝗼𝗿 𝗛𝗮𝗹 𝗘𝗵𝘄𝗮𝗹 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿, 𝗨𝗶𝗧𝗠 𝗖𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮, atas komitmen, sokongan dan kerjasama dalam menjayakan Program Ziarah Kasih Siswa ini.
Terima kasih juga kepada barisan Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN), warga Hal Ehwal Pelajar (HEP), Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar (URHP), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Sekretariat MPP, Pembantu Minggu Destini Siswa (PMDS) serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.