Pusat Kebolehpasaran Graduan & Keusahawanan

Pusat Kebolehpasaran Graduan & Keusahawanan Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Keusahawanan
Universiti Malaysia Perlis

Program Jaguh Keusahawanan Nasional (JAGUH) Siri 1 Tahun 2026 telah berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sint...
27/04/2026

Program Jaguh Keusahawanan Nasional (JAGUH) Siri 1 Tahun 2026 telah berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok mulai 21 hingga 22 April 2026.

Program JAGUH merupakan inisiatif di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bertujuan untuk memberikan kesedaran keusahawanan kepada golongan mahasiswa dan graduan agar dapat menghasilkan idea inovatif dan penyelesaian pasaran berdasarkan bidang pengajian.

Ia melibatkan 3 sektor utama iaitu:
✨ Sektor Pertumbuhan Tinggi dan Bernilai Tinggi (HGHV);
✨ Ekonomi Jingga (Orange Economy); dan
✨ Ekonomi Biru (Blue Economy).

Sebanyak 17 IPT di sekitar zon utara yang menghantar wakil untuk sama-sama merebut peluang bagi membudayakan keusahawanan dalam kalangan belia. UniMAP telah menghantar seramai 36 orang pelajar untuk menyertai program ini.

Semoga ilmu dan pengetahuan yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta menjadi pemangkin kepada lebih ramai pelajar untuk melangkah ke dunia keusahawanan. πŸš€

πŸŽ“βœ¨ Pelajar Universiti Malaysia Perlis meneroka dunia kerjaya di MYFutureJobs Career Exploration Centre (MYCEC)! βœ¨πŸŽ“Pada 2...
27/04/2026

πŸŽ“βœ¨ Pelajar Universiti Malaysia Perlis meneroka dunia kerjaya di MYFutureJobs Career Exploration Centre (MYCEC)! βœ¨πŸŽ“

Pada 23 April 2026 (2.30 - 4.30 petang), para pelajar UniMAP telah menyertai program di MYCEC anjuran PERKESO yang berlangsung di NU Sentral Kuala Lumpur.

Program ini membuka ruang kepada pelajar untuk mengenal pasti potensi diri, meneroka industri berpermintaan tinggi serta memahami keperluan semasa pasaran kerja. Di samping itu, pelajar turut memperoleh pendedahan kepada pelbagai peluang kerjaya, sumber sokongan dan bimbingan profesional sebagai persediaan melangkah ke alam pekerjaan. πŸ’Ό

Teruskan meneroka, belajar dan berkembang β€” kerana masa depan bermula dengan langkah hari ini! πŸš€

πŸŽ“βœ¨ Pelajar UniMAP di Pentas Antarabangsa!βœ¨πŸŽ“Pelajar Universiti Malaysia Perlis berpeluang menyertai Defence Services Asia...
27/04/2026

πŸŽ“βœ¨ Pelajar UniMAP di Pentas Antarabangsa!βœ¨πŸŽ“

Pelajar Universiti Malaysia Perlis berpeluang menyertai Defence Services Asia 2026 & NATSEC Asia 2026 yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre.

Tarikh: 23 April 2026
Masa: 10 pagi - 1 tengah hari

Penyertaan ini memberi pendedahan langsung kepada teknologi terkini dalam bidang pertahanan dan keselamatan, di samping membuka peluang jaringan bersama pemain industri serta agensi berkaitan 🀝

Inisiatif ini turut menyokong usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan, dengan memberi pengalaman dunia sebenar kepada pelajar sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan πŸ’ΌπŸš€

Alhamdulillah, CGEE selaku penyelaras Dana Intervensi sentiasa komited memastikan yang terbaik bagi setiap permohonan da...
25/04/2026

Alhamdulillah, CGEE selaku penyelaras Dana Intervensi sentiasa komited memastikan yang terbaik bagi setiap permohonan dana serta pelajar yang akan terlibat dalam program pensijilan.

CGEE turut terlibat secara langsung dalam mengendalikan sesi saringan di peringkat dalaman. Sebanyak lima (5) kertas kerja yang melepasi saringan ini telah dibentangkan oleh Pengarah CGEE di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi sesi saringan awal. Daripada jumlah tersebut, empat (4) kertas kerja berjaya melangkah ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan seterusnya ke Mesyuarat Jawatankuasa Induk Dana Intervensi yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Anesee.

Alhamdulillah, keempat-empat kertas kerja tersebut telah berjaya memperoleh kelulusan dana intervensi dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM700,645.00.

25 April 2026 | Sekumpulan pelajar FKTA telah terlibat dalam projek keusahawanan di bawah Program Impact Digital Communi...
25/04/2026

25 April 2026 | Sekumpulan pelajar FKTA telah terlibat dalam projek keusahawanan di bawah Program Impact Digital Community Tourism (IDCT) 2.0 peringkat kebangsaan.

Melalui penggunaan platform media sosial, kumpulan ini berjaya mempromosikan produk komuniti dengan menganjurkan pertandingan yang melibatkan pelajar UniMAP yang aktif di media sosial. Para peserta menghasilkan video interaktif sepanjang program berlangsung serta menggunakan akaun TikTok masing-masing untuk mempromosikan perusahaan komuniti.

Menariknya, penglibatan lapan (8) orang pelajar antarabangsa turut menjadi sebahagian daripada agenda edutourism, sekali gus memperluaskan promosi produk komuniti, khususnya perusahaan belacan negeri Perlis ke peringkat antarabangsa. Inisiatif ini bukan sahaja memperkasa keusahawanan pelajar, malah mengangkat produk tempatan ke platform digital yang lebih luas dan berimpak tinggi.

.0

25 April 2026 | Hari pertama Young Entrepreneurs Bootcamp 1.0 telah berlangsung dengan jayanya, menampilkan pengisian mo...
25/04/2026

25 April 2026 | Hari pertama Young Entrepreneurs Bootcamp 1.0 telah berlangsung dengan jayanya, menampilkan pengisian modul yang berfokus kepada pembangunan asas keusahawanan dalam kalangan peserta.

Antara modul yang telah dilaksanakan:
πŸ”Ή Minda TVETPreneur & Inovasi Berimpak – membentuk cara fikir usahawan yang kreatif, berdaya saing dan berorientasikan penyelesaian
πŸ”Ή Pematuhan & Perundangan Bisnes – memberi pendedahan kepada aspek legal, pematuhan serta keperluan asas dalam menjalankan perniagaan
πŸ”Ή Rekabentuk Operasi Bisnes – memfokuskan kepada perancangan dan penyusunan operasi yang sistematik dan efisien

Program ini menjadi platform penting dalam mempersiapkan peserta dengan ilmu, kemahiran dan mindset yang diperlukan sebelum melangkah ke fasa pembangunan projek keusahawanan yang lebih praktikal.

16/04/2026
πŸš€ PROGRAM JAGUH KEUSAHAWANAN NASIONAL 2026*JAGUH Inovasi Bermula Di Sini!*Bersedia untuk mengubah idea anda menjadi real...
05/04/2026

πŸš€ PROGRAM JAGUH KEUSAHAWANAN NASIONAL 2026

*JAGUH Inovasi Bermula Di Sini!*
Bersedia untuk mengubah idea anda menjadi realiti? Sertai program pembangunan usahawan mahasiswa terbesar anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM)!

πŸ“ *Lokasi:* Universiti Utara Malaysia (UUM)
πŸ“… *Tarikh:* 21 – 22 April 2026 (Selasa – Rabu)
🎯 *Penyertaan:* PERCUMA (Terhad kepada 250 peserta sahaja)

πŸ’‘ Apa yang anda akan dapat?
✨ Bengkel intensif bersama pakar industri
✨ Bimbingan mentor berpengalaman
✨ Peluang membina idea & prototaip
✨ Pitch di peringkat kebangsaan
✨ Berpeluang menjadi *Top 30 kumpulan ke Fasa 02*

πŸ‘₯ Siapa boleh mohon?
βœ”οΈ Pelajar IPT & TVET
βœ”οΈ Graduan & Alumni program PROTΓ‰GΓ‰ (berumur sehingga 30 tahun)

🌐 Bidang Fokus Program
1. *HGHV (High Growth High Value)*
- Digital β€’ Kejuruteraan β€’ Sains β€’ Bioteknologi β€’ Automasi β€’ Robotik

2. *Ekonomi Jingga (Orange Economy)*
- Reka Bentuk β€’ Multimedia β€’ Fesyen β€’ Kandungan Kreatif

3. *Ekonomi Biru (Blue Economy)*
- Maritim β€’ Agro-makanan β€’ Hospitaliti β€’ Logistik

_Perusahaan sosial amat dialu-alukan!_

🎯 Kenapa anda perlu sertai?
Kerana ini bukan sekadar program β€” ini adalah *platform untuk anda menjadi usahawan masa depan*, membina rangkaian industri, dan mengasah idea menjadi perniagaan berimpak tinggi.

πŸ‘‰ *Daftar sekarang & jadi JAGUH anda sendiri!*
🌐 [https://www.insken.gov.my/jaguh_uum]

PROGRAM USAHAWAN MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)Program Usahawan Muda Peringkat Kebang...
05/04/2026

PROGRAM USAHAWAN MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

Program Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan 2026 anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah berlangsung pada 1–2 April 2026 di Universiti Kebangsaan Malaysia dan dirasmikan oleh YB Senator Datuk Dr Fuziah Salleh.

Sepanjang program, pelbagai sesi berimpak telah dilaksanakan merangkumi asas perniagaan, e-dagang, teknologi baharu serta penjenamaan diri, dengan penyertaan 14 pelajar Universiti Malaysia Perlis.

Semoga ilmu dan pengetahuan yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta menjadi pemangkin kepada lebih ramai pelajar untuk melangkah ke dunia keusahawanan. πŸš€

🌟 TAHNIAH WIRA USAHAWAN MUDA! 🌟Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan Universiti Malaysia Perlis daripada Fakulti Kej...
05/04/2026

🌟 TAHNIAH WIRA USAHAWAN MUDA! 🌟

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan Universiti Malaysia Perlis daripada Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektrik (FKTE) atas pencapaian cemerlang meraih Saguhati RM2,000 dalam Pertandingan Business Combat sempena Program Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan 2026 di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kejayaan ini membuktikan bahawa idea inovatif seperti projek Lampu Jalan Solar mampu bersaing di peringkat kebangsaan πŸ’‘βš‘

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada mentor, PM Ir Ts Dr Ahmad Zaidi Abdullah atas bimbingan dan sokongan yang berterusan.

πŸš€ Teruskan melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai usahawan muda!

πŸ“’ *HEBAHAN PENDAFTARAN PROGRAM TVETPRENEUR UniMAP 1.0*Assalamualaikum dan salam sejahtera,Dimaklumkan bahawa Program TVE...
18/03/2026

πŸ“’ *HEBAHAN PENDAFTARAN PROGRAM TVETPRENEUR UniMAP 1.0*

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dimaklumkan bahawa Program TVETPreneur UniMAP 1.0 kini dibuka untuk penyertaan kepada semua pelajar pra-siswazah UniMAP yang berstatus aktif.

Program ini bertujuan untuk memperkasa pelajar sebagai job creator melalui pembangunan idea perniagaan teknikal yang inovatif dan berpotensi dikomersialkan.

🎯 Manfaat penyertaan:
‒⁠ ⁠Dana pemula sehingga RM3,000
‒⁠ ⁠Peluang memenangi hadiah keseluruhan RM17,000

πŸ‘₯ Komposisi pasukan:
2 mentor dan 8 orang pelajar

πŸ“… Tarikh akhir pendaftaran:
29 Mac 2026 (Ahad)

πŸš€ Teras program:
‒⁠ ⁠Inkubator Harumanis
‒⁠ ⁠SolarPreneur

πŸ“² Pendaftaran boleh dibuat dengan mengimbas QR kod pada poster hebahan atau di pautan: https://forms.gle/5aEwYijRb2nTDa4WA

πŸ”” Tempat adalahn terhad. Penyertaan awal amat digalakkan.

Sekian, terima kasih.

Address

Aras 2, Bangunan Pusat Pengajian Siswazah, Kampus Pauh Putra, Universiti Malaysia
Arau
02600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kebolehpasaran Graduan & Keusahawanan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Kebolehpasaran Graduan & Keusahawanan:

Share