Pusat Kebudayaan Universiti Malaysia Perlis

Website Contact the university

Pusat Kebudayaan Universiti Malaysia Perlis Pusat Kebudayaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

TAHNIAH KEPADA PEMENANG PERTANDINGAN NYANYIAN SILVER VOICE KOLEJ KOMUNITI 2026! Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada...
11/10/2026

TAHNIAH KEPADA PEMENANG PERTANDINGAN NYANYIAN SILVER VOICE KOLEJ KOMUNITI 2026!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Izz Nazurah atas kejayaan meraih Naib Johan, serta Yuhashini dan Haziq Amrimullah yang menerima Saguhati dalam Pertandingan Nyanyian Silver Voice Kolej Komuniti 2026.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mengasah bakat, meningkatkan keyakinan diri dan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Syabas dan tahniah atas pencapaian yang membanggakan!

Ikhlas daripada:
Pusat Kebudayaan
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

BITARA KEBUDAYAAN UniMAP: UJIBAKAT DAN TEMUDUGA 2026 Serlahkan Bakat, Hayati Warisan Budaya! Pusat Kebudayaan UniMAP mem...
02/10/2026

BITARA KEBUDAYAAN UniMAP: UJIBAKAT DAN TEMUDUGA 2026

Serlahkan Bakat, Hayati Warisan Budaya!

Pusat Kebudayaan UniMAP mempelawa semua pelajar yang berminat dan berbakat dalam bidang seni dan kebudayaan untuk menyertai Ujibakat dan Temuduga Bitara Kebudayaan UniMAP 2026.

Pelbagai bakat seni dialu-alukan untuk diketengahkan, termasuk tarian tradisional, muzik, nyanyian dan persembahan kebudayaan.

Untuk makluman, Bitara Kebudayaan UniMAP juga merupakan salah satu kursus kokurikulum yang ditawarkan kepada pelajar UniMAP. Pelajar berpeluang mengembangkan bakat, menimba pengalaman serta melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti seni dan kebudayaan universiti.

πŸ“… Tarikh: 7 – 9 Oktober 2026 (Rabu – Jumaat)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Tempat: Pusat Kebudayaan UniMAP, Bangunan HEPA, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra

Jangan lepaskan peluang untuk menyerlahkan bakat dan menjadi sebahagian daripada penggerak seni dan budaya UniMAP!

πŸ“ž Sebarang pertanyaan:
En. Libren Francis
Pn. Caroline Tamin

Jom sertai kami dan bersama-sama memartabatkan seni serta warisan budaya!

TAHNIAH & SELAMAT DATANGWarga Pusat Kebudayaan Universiti Malaysia Perlis (PKBU) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ...
01/10/2026

TAHNIAH & SELAMAT DATANG

Warga Pusat Kebudayaan Universiti Malaysia Perlis (PKBU) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat datang kepada Dr. Rozilawati Mahadi atas pelantikan sebagai Pengarah Pusat Kebudayaan Universiti Malaysia Perlis.

Semoga pelantikan ini membawa sinergi, kepimpinan dan aspirasi baharu dalam memperkukuh kecemerlangan serta kemajuan PKBU.

Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Semoga terus dipermudahkan dalam memimpin dan menerajui PKBU.

Ikhlas daripada warga Pusat Kebudayaan
Universiti Malaysia Perlis

Setulus Penghargaan & Sanjungan BudiPusat Kebudayaan Universiti Malaysia Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan d...
30/09/2026

Setulus Penghargaan & Sanjungan Budi

Pusat Kebudayaan Universiti Malaysia Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Mahyun Ab Wahab atas segala sumbangan, jasa bakti, kepimpinan serta dedikasi sepanjang berkhidmat sebagai Pengarah Pusat Kebudayaan Universiti Malaysia Perlis.

Segala tunjuk ajar, bimbingan dan kenangan yang tercipta akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga PKBU.

Semoga terus dipermudahkan segala urusan dan dilimpahkan kejayaan dalam setiap langkah yang mendatang.

Terima kasih atas segalanya, Dr. Mahyun.
Jasamu dikenang, budimu disanjung.

25/09/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Lt Kol Dato’ Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, Naib Canselor UniMAP, atas pelantikan sebagai Pemangku Komander Rejimen 503 Askar Wataniah.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan kepimpinan serta terus membawa amanah dan tanggungjawab dengan penuh integriti, dedikasi dan komitmen.

Ikhlas daripada
Timbalan Naib Canselor (HEPA) & seluruh warga Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP




25/09/2026

UniMAP SEDIA MEMBANTU!

Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baharu yang menerima tawaran ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)!

Ada sebarang persoalan, masalah atau memerlukan bantuan berkaitan kemasukan dan kehidupan sebagai mahasiswa?

Jangan risau, UniMAP sedia membantu! 🀝

Kami komited untuk memberikan panduan, sokongan kebajikan dan perkhidmatan pelajar bagi memastikan urusan anda berjalan dengan lancar.

πŸ“ž Hubungi kami:
πŸ‘©πŸ»β€πŸ’Ό Pn. Siti Nur Idayu Bt Alias
πŸ“± 019-555 5643
☎️ 04-9414430

Anda tidak keseorangan. Kami sentiasa bersedia membantu!

Selamat datang ke keluarga besar UniMAP. Semoga langkah pertama anda di UniMAP menjadi permulaan kepada perjalanan yang penuh kejayaan! πŸ’™πŸ’›

16/09/2026
Happy BirthdaySyed Muhammad Faizul Bin Syed Adrus(Artis Budaya)
09/09/2026

Happy Birthday
Syed Muhammad Faizul Bin Syed Adrus
(Artis Budaya)

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡ΎMalaysia MADANI: Kesejahteraan DinikmatiMenyemai semangat patriotisme, memp...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Menyemai semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan menghargai nikmat kemerdekaan yang menjadi asas kepada sebuah negara yang berdaulat.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!πŸ‡²πŸ‡Ύ

Sekalung tahniah diucapkan kepada Kumpulan Sutramaya Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) atas kejayaan merangkul The Bes...
28/08/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada Kumpulan Sutramaya Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) atas kejayaan merangkul The Best Choreography Performance dalam 25th IMT-GT Varsity Carnival 2026.
Kejayaan ini merupakan hasil daripada komitmen, kreativiti, disiplin dan kerjasama seluruh ahli kumpulan serta barisan pengurusan yang terlibat.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan Kumpulan Sutramaya dalam mengangkat seni dan budaya di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.
Syabas dan tahniah! Teruskan melakar kejayaan! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Address

Pusat Kebudayaan UniMAP (PKBU) Bangunan JHEPA Universiti Malaysia Perlis Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra
Arau
01000

Opening Hours

Monday 08:10 - 17:10
Tuesday 08:10 - 17:10
Wednesday 08:10 - 17:10
Thursday 08:10 - 17:10
Friday 08:10 - 17:10

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kebudayaan Universiti Malaysia Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Kebudayaan Universiti Malaysia Perlis:

Shortcuts

Share