02/10/2026
Setinggi-tinggi Tahniah & Selamat Menjalankan Amanah
Pihak Center of Excellence for Geopolymer & Green Technology (CEGeoGTech), UniMAP merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penyelidik yang telah menerima lantikan baharu sebagai Ketua, Dekan dan Pengarah di jabatan-jabatan di dalam UniMAP.
Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, dedikasi dan kecemerlangan, serta terus membawa kejayaan dan impak positif kepada UniMAP dan seluruh warga universiti.
Selamat menjalankan tugas dan menggalas amanah. Semoga terus cemerlang dalam kepimpinan dan khidmat bakti.
Ikhlas daripada seluruh warga CEGeoGTech, UniMAP.