UKM Warisan dan Masyarakat Madani

UKM Warisan dan Masyarakat Madani Kluster ini ditubuhkan bagi memperkasakan WARISAN dan PERADABAN demi kemakmuran dan kesejahteraan bersama.

Alhamdulillah- Pg tadi 8.30-10 pg di Dewan Serbaguna Pusat Permata Pintar, Penilaian Kump**an Penyelidikan (KPU)- Lepas ...
20/12/2023

Alhamdulillah
- Pg tadi 8.30-10 pg di Dewan Serbaguna Pusat Permata Pintar, Penilaian Kump**an Penyelidikan (KPU)
- Lepas tu bergegas p**a ke Simposium Kajian Islam Semasa Peringkat Negeri Selangor di Acapella Hotel Shah Alam.
- Tahniah MAIS atas penganjuran Simposium Sulung ni.
- Siap ada buku lagi yg berjaya diterbitkan.
Alhamdulillah dapat 2 bab dalam buku.
Satu projek Radhaah, satu lagi projek Keberkesanan Modul TSE MAIS.

21/04/2022

Tamat bengkel Pemantauan Dana Penyelidikan Khas Topdown dan Dana TR-UKM pada 20 dan 21 April 2020.
Antara yg perlu diberi perhatian oleh Penyelidik seperti penggunaan dana, penerbitan, rakan kolaborasi, harta intelek, kertas polisi dll.
Moga dipermudahkn segala urusan penyelidikan ketua2 projek semua. Good luck

Peluang dana penyelidikan baru. Jom join sesi bimbingan. Usaha tanpa jemu. Mana tau dapat jadi saham akhirat bukan sekad...
12/08/2021

Peluang dana penyelidikan baru. Jom join sesi bimbingan. Usaha tanpa jemu. Mana tau dapat jadi saham akhirat bukan sekadar penyelidikan dunia.

*JEMPUTAN PENYELIDIK UNTUK KE SESI BIMBINGAN DAN PEMANTAPAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN GERAN SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC)*

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat IDEA dengan kerjasama Kluster Penyelidikan akan menganjurkan Sesi Bimbingan dan Pemantapan Kertas Cadangan Penyelidikan Geran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui Sekretariat Digital Society Research Grant seperti pada ketetapan yang berikut:

*Tarikh : 24 Ogos 2021 (Selasa)*
*Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang (pembentangan proposal)*
*Platform : Zoom Meeting*
*Pendaftaran : https://forms.gle/UB8APWU6TLsei5ek7*

Sehubungan dengan itu, pihak Kluster Penyelidikan memohon jasa baik YBhg. Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk mengenalpasti seandainya terdapat penyelidik yang berminat untuk memohon dana ini. *Program bimbingan yang diadakan ini akan memberikan peluang kepada penyelidik untuk memantapkan kertas cadangan penyelidikan mereka dan seterunya berpotensi untuk diterima di peringkat pembiaya dana.*

*Penyelidik yang terpilih untuk mengikut program ini perlulah mengemukakan deraf kertas cadangan penyelidikan* untuk dimantapkan semasa program tersebut. Pengesahan kehadiran ke program ini boleh dibuat melalui pautan Google Form seperti pada pautan *https://forms.gle/UB8APWU6TLsei5ek7* *selewat-lewatnya pada 19 Ogos 2021 (Khamis) jam 4.00 petang* untuk tindakan pihak urus setia selanjutnya.

Di atas jasa baik dan kerjasama YBhg. Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
*Sila klik dibawah untuk muat turun:-*
1⃣ Garis Panduan Permohonan: https://bit.ly/37CLdo1
2️⃣ Borang Permohonan: https://bit.ly/2VJfy1P
3️⃣ Soalan-soalan Lazim: https://bit.ly/3s9g315

Maklumat lanjut mengenai geran ini boleh dicapai melalui https://www.mcmc.gov.my/en/grants/2021-digital-society-research-grant-call-for-propo

BENGKEL PENILAIAN PROPOSAL GERAN TR-UKMANJURAN : Kluster Penyelidikan Warisan dan Masyarakat Madani (WMM)Tarikh         ...
04/08/2021

BENGKEL PENILAIAN PROPOSAL GERAN TR-UKM
ANJURAN : Kluster Penyelidikan Warisan dan Masyarakat Madani (WMM)

Tarikh : 4 Ogos 2021 / 25 Zulhijjah 1442 (Rabu)
Masa : 9.30 Pagi – 12.30 Tengahari
Tempat : Secara Online Melalui Aplikasi Zoom

Pihak Kluster Penyelidikan WMM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua panel & pembentang yang telah hadir pada sesi perkongsian ini.

Semoga tips dan komen yang dikongsikan oleh panel-panel dapat memberikan manfaat kepada pembentang yang hadir. InshaAllah 🙂

Terima kasih.






BICARA PENYELIDIKAN : TALAQI MENULIS MAKALAH Q1Tarikh                 : 3 Ogos 2021 / 24 Zulhijjah 1442 (Selasa)Masa    ...
03/08/2021

BICARA PENYELIDIKAN : TALAQI MENULIS MAKALAH Q1

Tarikh : 3 Ogos 2021 / 24 Zulhijjah 1442 (Selasa)
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Tempat : Secara Online Melalui Aplikasi Zoom

Pihak Kluster Penyelidikan WMM dan Institut Pemerintahan dalam Negeri (IPDN), Indonesia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyelidik dari pelbagai institusi dalam dan luar negara yang telah hadir pada sesi perkongsian ini.

Semoga tips dan ilmu yang dikongsikan oleh panel-panel dapat memberikan manfaat kepada peserta yang hadir. InshaAllah :)

Terima kasih.






BICARA PENYELIDIKAN : TALAQI MENULIS MAKALAH Q1Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,Kluster Warisan dan Masyarakat Mada...
02/08/2021

BICARA PENYELIDIKAN : TALAQI MENULIS MAKALAH Q1

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kluster Warisan dan Masyarakat Madani (WMM), Pusat IDEA dengan kerjasama Institut Pemerintahan Dalam Negeri (IPDN), Indonesia sukacita menjemput penyelidik untuk menghadiri Sesi Perkongsian seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 3 Ogos 2021 / 24 Zulhijjah 1442 (Selasa)
Masa : 10.00 Pagi – 12.30 Tengahari
Tempat : Secara Online Melalui Aplikasi Zoom
Pendaftaran : https://tinyurl.com/TalaqiMakalahQ1

Panel-Panel:
Panel 1 : YBhg. Prof. Dr. Khairul Anwar Mastor (Dekan PPCU, UKM)
Panel 2 : YBhg. Prof. Dr. Abd. Hair Awang (FSSK & KBF Kluster TSE)

Moderator:
PM Dr. Salasiah Hanin Hamjah
Peneraju Kluster WMM

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA dan SEMUA DIJEMPUT HADIR

Pendaftaran Sistem URUS BAKAT bagi Warga UKM dan E-SIJIL bagi Semua Peserta Disediakan.

Terima kasih.

21/07/2021

IMPAK PANDEMIK COVID-19: PERNAH KITA PEDULI?

Ahli penyelidik dari FSSK dengan kerjasama Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM) serta Unit KASIH@FSSK UKM akan mengadakan forum pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 22 Julai 2021 (Khamis)
Masa: 3.00 pm - 4.30 pm
Tajuk: Pernah Kita Peduli?

Panel: Puan Anita Abu Bakar
Presiden
Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA)

Encik Eow Shiang Yen
Setiausaha
Young Bhuddist Association Malaysia (YBAM)

Puan Mangleswary Subramaniam
Pengurus Perkhidmatan
Women's Center for Change (WCC)

Moderator:
Dr. Noremy Md Akhir
Pensyarah Kanan
Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM

Pautan Zoom:

Join Zoom Meeting
https://ukm-edu-my.zoom.us/j/94842506387?pwd=akUzeWJJWHBSN0tPbzBOVzQ2RTVTdz09

Meeting ID: 948 4250 6387
Passcode: 835128

Live FB : Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Dijemput semua warga FSSK untuk turut serta dalam perkongsian webinar ini.

Pihak sekretariat turut mengalu-alukan penyertaan dari semua pihak.

Sekian, terima kasih.

21/07/2021

Tayangan Perdana Festival of IDEAS

Pusat IDEA-UKM sebagai Penyelaras Fokul menjemput Warga UKM untuk menyaksikan Tayangan Perdana program Festival of Ideas 2021 yang menyerlahkan enam tema iaitu Malim Sarjana, Inovasi, Pameran Maya, Forum Maya, Mentor dan Resensi Karya.

Video UKM di bawah tema Malim Sarjana - HICoE telah dipilih oleh pihak urusetia penganjur untuk Tayangan Perdana (Premiere Event) program Festival of Ideas 2021 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) seperti ketetapan berikut:

📣 Malim Sarjana: Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) Universiti Kebangsaan Malaysia
🗓 Tarikh & Hari: 22 Julai 2021 (Khamis)
⏰ Masa: 11:30 pagi
🖥 Link: https://foi.mohe.gov.my

"Where Ideas Come to reality"

Anjuran : Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama UPSI dan UTM

📌 Mohon kerjasama warga UKM untuk menguar-uarkan sesi Tayangan Perdana ini kepada rakan kolaborasi, rakan kenalan, sahabat handai, ahli keluarga, dan para pelajar untuk kita bersama-sama mempromosikan kepakaran HICoE UKM kepada segenap lapisan masyarakat

Terima kasih.

SESI PERBINCANGAN LANJUTAN KAJIAN PENYELIDIKAN KLUSTER WARISAN DAN MASYARAKAT MADANI (WMM) BERSAMA LEMBAGA MUZIUM NEGERI...
21/07/2021

SESI PERBINCANGAN LANJUTAN KAJIAN PENYELIDIKAN KLUSTER WARISAN DAN MASYARAKAT MADANI (WMM) BERSAMA LEMBAGA MUZIUM NEGERI TERENGGANU (LMNT)

Tarikh : 18 Julai 2021 (Ahad)
Masa : 9.30 Pagi - 11.30 Pagi
Tempat : Secara Maya Malalui Aplikasi Zoom

Pihak Kluster Penyelidikan WMM mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Lembaga Muzium Negeri Terengganu di atas kesudian untuk hadir bagi sesi secara maya tersebut.

Diharapkan agar jalinan kerjasama di antara Pusat IDEA dan Kluster WMM bersama dengan Lembaga Muzium Negeri Terengganu akan diteruskan bagi menyemarakkan lagi penyelidikan pada masa akan datang di UKM, insyaAllah. 🙂






Address

Pusat IDEA UKM
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60389118264

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UKM Warisan dan Masyarakat Madani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to UKM Warisan dan Masyarakat Madani:

Share