15/09/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan Terima Kasih ✨
Dengan penuh penghargaan, kami merakamkan ucapan terima kasih kepada Barisan Eksekutif Perakaunan Sesi 2025/2026 atas dedikasi, komitmen dan segala usaha yang telah dicurahkan sepanjang memimpin serta menyumbang bakti kepada AEFEP.
Setiap jasa, idea dan pengalaman yang ditinggalkan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada perjalanan AEFEP. Semoga segala yang telah dipelajari menjadi bekalan untuk terus melangkah dengan lebih yakin dan mencapai kejayaan yang lebih besar.
Ikhlas daripada,
BARISAN EKSEKUTIF PERAKAUNAN
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2026/2027