Program Geologi UKM

Program Geologi UKM Welcome to Program Geologi UKM's FB Page! Follow for updates on cutting-edge research, fieldwork adventures, and student achievements ⚒️

Tahniah, Prof. Madya P.Geol. Ts. Dr. Mohd Hariri Arifin 👏🏼
12/03/2026

Tahniah, Prof. Madya P.Geol. Ts. Dr. Mohd Hariri Arifin 👏🏼

Tahniah YBhg. Prof. Madya P.Geol. Ts. Dr. Mohd Hariri Arifin atas pelantikan sebagai Pengetua Kolej Tun Hussein Onn untuk tempoh tiga (3) tahun mulai 9 Mac 2026 hingga 8 Mac 2029. Semoga terus cemerlang dan memberi sumbangan terbaik kepada UKM amnya dan FST khasnya.

Tulus ikhlas daripada Pengurusan dan Warga FST.



Terima kasih, Prof. Dr. Mohd Talib Latif, atas jasa beliau sebagai Pengerusi Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar. Tahnia...
10/03/2026

Terima kasih, Prof. Dr. Mohd Talib Latif, atas jasa beliau sebagai Pengerusi Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar.

Tahniah dan selamat berkhidmat, Prof. Madya P. Geol. Dr. Habibah Hj Jamil 💐

Jemput  untuk membaca ulasan Dr. Nor Shahidah Mohd Nazer dalam The Merdeka Times ✨Pautan berita dalam post yang dikongsi...
06/03/2026

Jemput untuk membaca ulasan Dr. Nor Shahidah Mohd Nazer dalam The Merdeka Times ✨

Pautan berita dalam post yang dikongsikan 📰

Pensyarah Kanan Program Geologi, Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nor Shahidah Mohd Nazer berkata setiap aktiviti operasi syarikat Lynas perlu dipantau secara rapi dengan membandingkan data semasa dengan kajian garis dasar (baseline study) alam sekitar. ....

📰 Keratan Akhbar 📰Ulasan Ketua Program Geologi, Prof. Madya PGeol. Dr. Mohd Rozi Umor dalam Harian Metro.
25/02/2026

📰 Keratan Akhbar 📰

Ulasan Ketua Program Geologi, Prof. Madya PGeol. Dr. Mohd Rozi Umor dalam Harian Metro.

Ketua Program Geologi, Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (Official) UKM, Prof. Madya Dr. Mohd Rozi Umor berkata "gempa bumi jarang berlaku, namun boleh memberi kesan yang serius."

Terima kasih daun keladi,Ada masa jemput berkunjung lagi 🌸
28/01/2026

Terima kasih daun keladi,
Ada masa jemput berkunjung lagi 🌸

Assalamualaikum dan Salam Jumaat, semua   🌙✨Program Geologi UKM ingin mengucapkan terima kasih kepada para alumni yang m...
23/01/2026

Assalamualaikum dan Salam Jumaat, semua 🌙✨

Program Geologi UKM ingin mengucapkan terima kasih kepada para alumni yang memberikan sumbangan kepada Tabung Geologi UKM. Bilik Aktiv Geologi di Aras 4 kini lengkap dengan kerusi dan meja hasil sumbangan ikhlas anda semua 😄

Berminat untuk menyumbang? Klik terus pada pautan di bawah.

🔗 https://give2ukm.ukm.my/sumbangan/91

Semoga tercatat menjadi amal jariah untuk kita semua, insya Allah 🤲🏻


Terima kasih tangan-tangan ghaib yang selalu bagi sumbangan.Semoga ramai pihak dapat manfaat.
22/01/2026

Terima kasih tangan-tangan ghaib yang selalu bagi sumbangan.

Semoga ramai pihak dapat manfaat.

Jangan lupa ikuti sesi ceramah teknik GSM petang ini bersama P.Geol. Dr. Nor Shahidah Mohd Nazer 📣
21/01/2026

Jangan lupa ikuti sesi ceramah teknik GSM petang ini bersama P.Geol. Dr. Nor Shahidah Mohd Nazer 📣

Hello Members,

We are delighted to invite you to join our upcoming Technical Talk with the following details:

📝 Title:
Potential Erosion, Slope Failure & Softening of Dispersive Granitic Residual Soil
(Potensi Hakisan, Runtuhan & Pelembutan Tanah Baki Granit Bergaram)

🎤 Speaker: P. Geol. Dr. Nor Shahidah Mohd Nazer (UKM)

📅 Date: 21 January 2026
⏰ Time: 4.00 pm – 5.30 pm
💻 Platform: Zoom

🔗 Zoom Link:
https://us02web.zoom.us/j/89678783187?pwd=N6oVTgjxSngxqm6iccqZtybwblUYwZ.1

🆔 Meeting ID: 896 7878 3187
🔑 Passcode: 013830

We look forward to your participation.

📣 PENERBITAN TERKINI 📣Tajuk:Penentuan Potensi Air Bawah Tanah Menggunakan Kaedah Keberintangan Geoelektrik dan Pengutuba...
15/01/2026

📣 PENERBITAN TERKINI 📣

Tajuk:
Penentuan Potensi Air Bawah Tanah Menggunakan Kaedah Keberintangan Geoelektrik dan Pengutuban Teraruh di Kawasan Terpilih Sekitar Lembangan Sungai Klang

Pengarang:
Mohd Hariri Arifin, Azlan Shah Nerwan Shah, Maisarah Abd Malek, Wan Nik Haikal, Mazatul Akma Aros, Tuan Rusli Tuan Mohamed, Nurul Ain Che Zakaria, Nor Shahidah Mohd Nazer & Norsyafina Roslan

Baca di sini:
🔗https://www.ukm.my/jsm/pdf_files/SM-PDF-54-12-2025/1.pdf

📍Department of Earth Sciences and Environment UKM - JSBAS
📍Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (Official)

KARNIVAL GEOSAINS UKM 20269-11 Januari 2026Program Geologi UKM telah berjaya menganjurkan Karnival Geosains UKM 2026 pad...
13/01/2026

KARNIVAL GEOSAINS UKM 2026
9-11 Januari 2026

Program Geologi UKM telah berjaya menganjurkan Karnival Geosains UKM 2026 pada 9-11 Januari 2026, menarik penyertaan daripada pelbagai latar belakang dan peringkat umur.

Acara dibuka pada 9 Januari 2026 dengan pertandingan inovasi "Water Filter Innovation Challenge" yang menyaksikan penyertaan 33 kump**an daripada sekolah rendah, kolej matrikulasi, kor tentera, universiti tempatan dan juga universiti luar negara. Universiti Malaysia Kelantan (Rasmi) tampil juara (Anugerah Emas) dan membawa p**ang wang tunai sebanyak RM2000 beserta hadiah daripada penaja utama, Geowater Sdn. Bhd. Kump**an Universiti Sains Malaysia p**a merangkul Anugerah Perak (RM1000) dan pasukan pencipta cilik dari SJK (T) Simpang Lima menerima Anugerah Gangsa (RM500).

Acara seterusnya, Pertandingan Mewarna, turut diadakan serentak dengan "Water Filter Innovation Challenge" bertempat di Bilik Aktiv Bangunan Sains Geologi. Pertandingan ini disertai 44 orang pelajar Tunas UKM.

Kemuncak Karnival Geosains UKM pada 10 Januari 2026 menampilkan 10 reruai permainan interaktif bertemakan geologi dan geosains yang terbuka kepada orang ramai, seperti Dam Sesar, GeoBatu Seremban, dan banyak lagi. Antara reruai yang banyak mendapat perhatian adalah reruai mendulang, dimana pengunjung dapat mencuba sendiri teknik mendulang bagi mendapatkan bijih.

Akhir sekali, acara utama Karnival iaitu Seminar Ahli Geologi Muda, berlangsung pada 10 dan 11 Januari 2026. Seminar yang diadakan buat kali ke-4 ini disertai 53 pembentang dan 3 pengucaptama. Seminar yang dijalankan dalam bentuk tiga sesi selari ini menampilkan pembentangan pelajar tahun akhir daripada UKM, DG UTP, USM dan Institut Teknologi Sumatera - ITERA . Seminar pada tahun ini juga lebih istimewa dengan kehadiran ibu bapa dan keluarga yang turut hadir mendengar pembentangan anak-anak mereka.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada perasmi, Dekan Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (Official) Prof. ChM. Dr. Ishak Ahmad atas kesudian merasmikan majlis, dan juga Prof. Adjung Ir. Hj. Faudzi Mohd Yasir atas kesudian menghadiri dan merasmikan majlis penutup.

Program turut berterima kasih kepada penaja Karnival Geosains UKM 2026, seluruh tenaga kerja Jawatankuasa Penganjur, pelajar-pelajar Program Geologi UKM, alumni Program Geologi UKM dan semua yang hadir dari dalam dan luar negara bagi menjayakan Karnival ini daripada awal hingga akhir.




📌 Department of Earth Sciences and Environment UKM - JSBAS

11/01/2026

Penerbitan terkini ahli di Program Geologi:

Penentuan Potensi Air Bawah Tanah Menggunakan Kaedah Keberintangan Geoelektrik dan Pengutuban Teraruh di Kawasan Terpilih Sekitar Lembangan Sungai Klang (Determination of Groundwater Potential using Geoelectrical Resistivity and Induced Polarization Methods in Selected Areas Around Sungai Klang Basin)

Mohd Hariri Arifin, Azlan Shah Nerwan Shah, Maisarah Abd Malek, Wan Nik Haikal, Mazatul Akma Aros, Tuan Rusli Tuan Mohamed, Nurul Ain Che Zakaria, Nor Shahidah Mohd Nazer & Norsyafina Roslan

Tahniah Universiti Malaysia Kelantan (Rasmi) 👏🏼
11/01/2026

Tahniah Universiti Malaysia Kelantan (Rasmi) 👏🏼

Address

PROGRAM GEOLOGI, JABATAN SAINS BUMI DAN ALAM SEKITAR, FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
Bangi
43600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Program Geologi UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share