Tadika APC Taman Bidara

Call Website Contact the university

Tadika APC Taman Bidara Ke arah melahirkan generasi genius al-quran

🌟 MEGA OPEN DAY TADIKA ALBAGHDADI TAMAN BIDARA 🌟Jom ibu ayah! 🥰Luangkan masa untuk berkunjung ke Tadika ALBAGHDADI Taman...
18/09/2026

🌟 MEGA OPEN DAY TADIKA ALBAGHDADI TAMAN BIDARA 🌟

Jom ibu ayah! 🥰
Luangkan masa untuk berkunjung ke Tadika ALBAGHDADI Taman Bidara dan kenali lebih dekat suasana pembelajaran serta program yang kami sediakan untuk anak-anak. 💕📚

✨ Yang sedang mencari tadika untuk anak, bolehlah datang berkunjung & terus mendaftar!
🎁 Pelbagai hadiah menarik menanti anda!

📍 Jangan lepaskan peluang!
Jom datang, kenali kami dan daftar anak anda sekarang! 🌈✨

Meriah dan berwarna warni💞💞💞💞 Tahniah buat semua anak² yang memenangi pertandingan topi, payung merdeka dan pakaian meng...
17/09/2026

Meriah dan berwarna warni
💞💞💞💞

Tahniah buat semua anak² yang memenangi pertandingan topi, payung merdeka dan pakaian mengikut tema..

Disebalik kejayaan ni tentunya atas usaha dan tungkus lumus ibu ayah yang sentiasa membantu memberi sokongan yang tak putus buat anak²..

Tahniah diucapkan👏👏👏
Kita jumpa pada event akan datang..





🇲🇾 SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-69 & HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾🌺 “Warna-warni Merdeka, Semangat Malaysia” 🌺Warga Tadika Albagh...
16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-69 & HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

🌺 “Warna-warni Merdeka, Semangat Malaysia” 🌺

Warga Tadika Albaghdadi Taman Bidara Selayang mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan ke-69 dan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia! 🇲🇾❤️

Semoga semangat patriotisme, perpaduan dan kasih sayang terhadap tanah air terus subur dalam diri anak-anak kecil kita. 🌈

Ayuh kita semai rasa cinta kepada Malaysia sejak usia dini agar mereka membesar sebagai generasi yang berilmu, berakhlak dan cintakan negara. 🥰

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾
Malaysia MADANI, bersama melangkah menuju masa depan!

Ikhlas daripada,
Warga Tadika Albaghdadi Taman Bidara Selayang 🌷🇲🇾

🏆✨ SUKAN TAHUNAN 2026 — SEBUAH KENANGAN INDAH! ✨🏆Alhamdulillah, selesai sudah Sukan Tahunan kita pada hari ini! ❤️Gelak ...
15/08/2026

🏆✨ SUKAN TAHUNAN 2026 — SEBUAH KENANGAN INDAH! ✨🏆

Alhamdulillah, selesai sudah Sukan Tahunan kita pada hari ini! ❤️

Gelak tawa, sorakan, semangat mencuba dan wajah-wajah ceria anak-anak menjadi warna paling indah sepanjang hari. 🥰🏃‍♀️🏃‍♂️

Bukan tentang siapa yang menang atau kalah, tetapi tentang keberanian mencuba, semangat bekerjasama, belajar menerima kemenangan dan kekalahan serta mencipta kenangan bersama. 🌟

Tahniah buat semua anak-anak hebat! 👏🏻❤️
Terima kasih buat ibu ayah yang hadir memberi sokongan dan semangat. Tidak lupa juga penghargaan buat seluruh warga guru dan urusetia yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. 🌷

Hari ini kita berlari, bermain dan bersorak. Esok, kita akan tersenyum mengenang kembali indahnya zaman kecil ini. 🥹💕

Kelas 4 Raya Murid belajar mengenal huruf "y" dan bunyinya dengan betul.Selain itu, anak-anak juga belajar membaca bacaa...
28/04/2026

Kelas 4 Raya

Murid belajar mengenal huruf "y" dan bunyinya dengan betul.

Selain itu, anak-anak juga belajar membaca bacaan panjang huruf hijaiyyah "ج" berbaris fathah, kasrah dan dhommah dengan tepat.😊

Assalamualaikum..Kelas 5 lilyHari ini anak-anak belajar maksud Al-Malik dan Al-Ghafur☺️Al-Malik bermaksud Maha menguasai...
27/04/2026

Assalamualaikum..

Kelas 5 lily
Hari ini anak-anak belajar maksud Al-Malik dan Al-Ghafur☺️

Al-Malik bermaksud Maha menguasai
Al Ghafur bermaksud Maha Pengampun🫶

🌙 Salam Nuzul Quran 🌙“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengen...
06/03/2026

🌙 Salam Nuzul Quran 🌙

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang hak dan yang batil).” (Surah Al-Baqarah: 185)

Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi bulan untuk kita kembali kepada Al-Quran membaca, memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Semoga Ramadan kali ini lebih dekat dengan Al-Quran, dan kita didik anak-anak mencintai kalam Allah sejak kecil 🤍📖

07/02/2026

6 Tahun

Anggota badan manusia..

Kepentingan mengenal anggota badan:

Supaya anak tahu nama anggota badan mereka.
Supaya anak tahu kegunaan setiap anggota badan.
Supaya anak boleh menjaga kebersihan diri.
Supaya anak tahu menjaga keselamatan tubuh badan mereka.
Supaya anak boleh bergerak, bermain dan belajar dengan baik.


06/02/2026

4 Tahun

Mengenal dan menyurih vokal u☺️
Murid akan menyebut dengan memuncungkan mulut bila melihat vokal ‘u’



Mengenal tanda bacaan pendek dalam Al-Quran, iaitu fathah (َ ), kasrah (ِ ) dan dhammah (ُ ).Pengenalan tanda bacaan ini...
31/01/2026

Mengenal tanda bacaan pendek dalam Al-Quran, iaitu fathah (َ ), kasrah (ِ ) dan dhammah (ُ ).

Pengenalan tanda bacaan ini sangat penting kerana ia membantu anak2 menyebut huruf hijaiyah dengan bunyi yang betul, seterusnya membaca Al-Quran dengan sebutan yang tepat dan jelas. Pembelajaran asas ini juga menjadi langkah awal sebelum anak2 dapat membaca ayat Al-Quran dengan lancar pada peringkat seterusnya.

Kerjasama ibu bapa untuk mengulang bacaan di rumah amat dihargai. Terima kasih.

Address

Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 18:00
Friday 07:00 - 18:00

Telephone

+60192550861

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika APC Taman Bidara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Tadika APC Taman Bidara:

Shortcuts

Share