17/09/2025
๐บ๐๐๐๐๐๐ ๐ฏ๐๐๐ ๐จ๐๐๐๐๐ ๐ผ๐ต๐ฐ๐บ๐ฌ๐ณ
Selamat menyambut Hari Alumni UNISEL kepada seluruh warga alumni yang sentiasa menjadi kebanggaan universiti kita. Hari ini bukan sekadar pertemuan, tetapi juga satu wadah untuk kita mengimbau kenangan, memperkukuh silaturrahim dan terus bersama membina jaringan kejayaan.
Alumni adalah cerminan universiti. Kejayaan anda adalah bukti bahawa UNISEL terus melahirkan insan berilmu, berdaya saing dan memberi manfaat kepada masyarakat. Semoga hubungan erat ini kekal subur dan kita bersama-sama terus mengharumkan nama UNISEL di persada dunia.