Fakulti Biosumber dan Industri Makanan

Website

Fakulti Biosumber dan Industri Makanan Higher Education Institute This is an official page for Faculty of Bioresources and Food Industry, UniSZA based in Besut Campus, Terengganu

๐ŸŒฑ FBIM @ URIIS 2026: Daripada Penyelidikan dan Inovasi kepada Impak21-23 September 2026 | Fakulti Biosumber dan Industri...
25/09/2026

๐ŸŒฑ FBIM @ URIIS 2026: Daripada Penyelidikan dan Inovasi kepada Impak

21-23 September 2026 | Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berbesar hati menyertai University Research and Innovation Investment Summit (URIIS) 2026, sebuah platform yang menghimpunkan penyelidik, inovator, pemain industri dan pelabur dalam memperkukuh ekosistem penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan.

Menerusi pameran Ag-Tech & Food Biotechnology, FBIM mengetengahkan pelbagai produk dan hasil inovasi penyelidikan yang mencerminkan komitmen fakulti dalam menterjemahkan ilmu dan penyelidikan kepada penyelesaian yang mempunyai nilai serta impak kepada masyarakat dan industri.

Antara produk dan inovasi yang diketengahkan ialah:

๐ŸŒฟ Sari Gelam Therapy Oils (Bonda Oil, Baby Oil, Caju Healer)
๐Ÿฅ” Kerepek Vitato
๐Ÿƒ Kerepek Daun Kunyit
โ™ป๏ธ Baja Organik berasaskan Black Soldier Fly (BSF)
๐Ÿฆ  Baja Organik berasaskan Trichoderma
๐ŸŒถ๏ธ Chili Oil
๐Ÿซ› Latok

Selain pameran, beberapa penyelidik FBIM turut mengambil bahagian dalam sesi pitching, mengetengahkan idea, inovasi dan potensi hasil penyelidikan kepada komuniti industri serta pemegang taruh pelaburan.

Daripada agroteknologi dan bioteknologi kepada inovasi makanan serta pengurusan sisa secara lestari, FBIM terus komited dalam memperkasa penyelidikan dan inovasi yang berpotensi untuk diterjemahkan kepada penyelesaian sebenar demi masa depan yang lebih mampan.

๐ŸŽ‰ BENGKEL APLIKASI ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) DALAM PENGAJARAN ๐Ÿค–Telah berlangsung Bengkel Aplikasi Artificial Intellig...
24/09/2026

๐ŸŽ‰ BENGKEL APLIKASI ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) DALAM PENGAJARAN ๐Ÿค–

Telah berlangsung Bengkel Aplikasi Artificial Intelligence (AI) dalam Pengajaran pada 23 September 2026 bertempat di Dewan Seminar, Blok F-2, Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM).

Perkongsian ini telah disampaikan oleh Dr. Wan Anwar Fahmi Wan Mohamad dan Dr. Noor Asidah Mohamed, pensyarah FBIM yang telah menjalani Training of Trainers (ToT) โ€“ Teaching With Artificial Intelligence (AI). Program ini disertai oleh hampir 30 orang peserta dalam kalangan staf akademik FBIM dan Fakulti Farmasi.

Bengkel ini memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran peserta dalam mengaplikasikan teknologi AI secara praktikal dalam pengajaran, selaras dengan perkembangan teknologi pendidikan semasa.

๐Ÿ‘ Terima kasih kepada semua penceramah dan peserta atas komitmen serta penyertaan yang diberikan. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan bagi memperkasa pengajaran dan pembelajaran di FBIM.

๐ŸŽ“ SESI TAKLIMAT PELAJAR BAHARU BERSAMA KPP & PROGRAM MENTOR-MENTEE PPSAS17 September 2026 | Fakulti Bioresources dan Ind...
22/09/2026

๐ŸŽ“ SESI TAKLIMAT PELAJAR BAHARU BERSAMA KPP & PROGRAM MENTOR-MENTEE PPSAS

17 September 2026 | Fakulti Bioresources dan Industri Makanan (FBIM), UniSZA

Fakulti Bioresources dan Industri Makanan (FBIM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan Sesi Taklimat Pelajar Baharu bersama Ketua Pusat Pengajian (KPP) dan Program Mentor-Mentee bagi Pusat Pengajian Sains Akuatik & Sekitaran (PPSAS).

Sesi ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada pelajar baharu mengenai aspek akademik, persekitaran pembelajaran, hala tuju pengajian serta peranan dan tanggungjawab sebagai mahasiswa UniSZA.

Program Mentor-Mentee turut menjadi platform bimbingan dan sokongan kepada pelajar dalam membina keyakinan diri, menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus serta memperkukuh hubungan antara pelajar dan warga akademik.

Menerusi program sebegini, FBIM terus komited dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif, inklusif dan menyokong pembangunan pelajar secara holistik.

๐Ÿ“ธ๐ŸŽฅ Ikuti sorotan momen sepanjang sesi melalui koleksi gambar dan video berikut.

Selamat datang dan selamat melangkah ke alam pengajian tinggi kepada seluruh pelajar baharu PPSAS, FBIM. Semoga perjalanan anda di UniSZA menjadi pengalaman yang bermakna serta membuka ruang kepada pencapaian dan kecemerlangan pada masa hadapan.

Selamat datang ke keluarga FBIM! ๐ŸŒฑ๐ŸŽ“

๐ŸŒฟ KENALI WARGA AKADEMIK FBIMMereka yang mencorakkan ilmu, menggerakkan penyelidikan dan menginspirasi generasi masa hada...
22/09/2026

๐ŸŒฟ KENALI WARGA AKADEMIK FBIM

Mereka yang mencorakkan ilmu, menggerakkan penyelidikan dan menginspirasi generasi masa hadapan.

โœจ Kenali Pensyarah FBIM

Prof. Madya Dr. Noor Afiza binti Badaluddin
๐Ÿง•๐ŸปTimbalan Pengarah Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i)
๐Ÿง•๐ŸปPensyarah, Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM), UniSZA

๐Ÿ”ฌ Bidang Kepakaran:
๐Ÿชด Mikrobiologi Pertanian
๐Ÿงช Biobaja
๐Ÿงฌ Biokawalan

Di sebalik setiap kuliah, penyelidikan dan projek inovasi, tersimpan usaha untuk membawa ilmu lebih dekat kepada penyelesaian sebenar dan pembangunan masa hadapan.

๐Ÿ’š Kenali lebih dekat barisan akademik FBIM โ€” kerana setiap insan di sebalik FBIM mempunyai cerita, kepakaran dan inspirasi tersendiri.

๐ŸŒฟ KENALI WARGA AKADEMIK FBIMMereka yang mencorakkan ilmu, menggerakkan penyelidikan dan menginspirasi generasi masa hada...
20/09/2026

๐ŸŒฟ KENALI WARGA AKADEMIK FBIM

Mereka yang mencorakkan ilmu, menggerakkan penyelidikan dan menginspirasi generasi masa hadapan.

โœจ Kenali Pensyarah FBIM

Prof. Madya Dr. John Tang Yew Huat
๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿ’ผPengarah Pusat Pengurusan Makmal Berpusat
๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿ’ผPensyarah, Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM), UniSZA

๐Ÿ”ฌ Bidang Kepakaran:
๐Ÿฆ  Mikrobiologi Makanan
๐Ÿงซ Keselamatan Makanan

Di sebalik setiap kuliah, penyelidikan dan projek inovasi, tersimpan usaha untuk membawa ilmu lebih dekat kepada penyelesaian sebenar dan pembangunan masa hadapan.

๐Ÿ’š Kenali lebih dekat barisan akademik FBIM โ€” kerana setiap insan di sebalik FBIM mempunyai cerita, kepakaran dan inspirasi tersendiri.

๐ŸŽ“๐Ÿ’š WELCOME TO THE FBIM FAMILY! ๐Ÿ’š๐ŸŽ“17 September 2026 menjadi permulaan sebuah perjalanan baharu buat pelajar-pelajar bahar...
20/09/2026

๐ŸŽ“๐Ÿ’š WELCOME TO THE FBIM FAMILY! ๐Ÿ’š๐ŸŽ“
17 September 2026 menjadi permulaan sebuah perjalanan baharu buat pelajar-pelajar baharu yang telah mendaftar di Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM), UniSZA Kampus Besut.
โœจ Setinggi-tinggi TAHNIAH dan SELAMAT DATANG diucapkan kepada pelajar baharu:
๐ŸŽ Sarjana Muda Teknologi Makanan (SMTM)
๐ŸŒฑ Sarjana Muda Pembangunan Makanan Halal (SMPMH)
Hari ini bukan sekadar hari pendaftaran, tetapi langkah pertama anda dalam membina pengalaman, menimba ilmu, mencipta kenangan dan mengejar impian sepanjang bergelar mahasiswa UniSZA. ๐ŸŒŸ
Selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar FBIM! Semoga perjalanan anda di Kampus Besut dipenuhi dengan pengalaman yang bermakna, persahabatan yang indah dan kejayaan yang membanggakan.
๐Ÿ’š Selamat menempuh alam universiti dan semoga berjaya sepanjang pengajian di UniSZA.
๐ŸŽ‰ Tahniah dan Selamat Datang ke FBIM!

๐ŸŒฟ KENALI WARGA AKADEMIK FBIMMereka yang mencorakkan ilmu, menggerakkan penyelidikan dan menginspirasi generasi masa hada...
18/09/2026

๐ŸŒฟ KENALI WARGA AKADEMIK FBIM

Mereka yang mencorakkan ilmu, menggerakkan penyelidikan dan menginspirasi generasi masa hadapan.

โœจ Kenali Pensyarah FBIM

Prof. Madya Dr. Azman bin Azid
๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿ’ผPengarah Kampus Besut, UniSZA
๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿ’ผPensyarah, Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM), UniSZA

๐Ÿ”ฌ Bidang Kepakaran:
๐Ÿงช Kimia Atmosfera
๐Ÿงฌ Environmetrik
๐ŸŒฟ Sains Alam Sekitar

Di sebalik setiap kuliah, penyelidikan dan projek inovasi, tersimpan usaha untuk membawa ilmu lebih dekat kepada penyelesaian sebenar dan pembangunan masa hadapan.

๐Ÿ’š Kenali lebih dekat barisan akademik FBIM โ€” kerana setiap insan di sebalik FBIM mempunyai cerita, kepakaran dan inspirasi tersendiri.

WELCOME TO THE FBIM FAMILY!A warm welcome to our new batch of students of the Pusat Pengajian Sains Pertanian & Biotekno...
17/09/2026

WELCOME TO THE FBIM FAMILY!

A warm welcome to our new batch of students of the Pusat Pengajian Sains Pertanian & Bioteknologi (PPSPB).

๐ŸŒฑ๐Ÿ“š Today marks the beginning of an exciting journey filled with new knowledge, friendships, experiences, and opportunities to grow.

๐ŸŒฟ KENALI WARGA AKADEMIK FBIMMereka yang mencorakkan ilmu, menggerakkan penyelidikan dan menginspirasi generasi masa hada...
16/09/2026

๐ŸŒฟ KENALI WARGA AKADEMIK FBIM

Mereka yang mencorakkan ilmu, menggerakkan penyelidikan dan menginspirasi generasi masa hadapan.

โœจ Kenali Pensyarah FBIM

Prof. Madya Ts. Dr. Khamsah Suryati binti Mohd
๐Ÿง•๐ŸปPengarah Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik
๐Ÿง•๐ŸปPensyarah, Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM), UniSZA

๐Ÿ”ฌ Bidang Kepakaran:
๐ŸŒฟ Produk Herba
๐Ÿงช Biokimia
๐Ÿงฌ Bioteknologi

Di sebalik setiap kuliah, penyelidikan dan projek inovasi, tersimpan usaha untuk membawa ilmu lebih dekat kepada penyelesaian sebenar dan pembangunan masa hadapan.

๐Ÿ’š Kenali lebih dekat barisan akademik FBIM โ€” kerana setiap insan di sebalik FBIM mempunyai cerita, kepakaran dan inspirasi tersendiri.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พMalaysia MADANI Kesejahteraan DinikmatiMarilah kita bersama-sama menyemarakkan...
16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Malaysia MADANI Kesejahteraan Dinikmati

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat perpaduan, menghargai kepelbagaian dan membina Malaysia yang harmoni, sejahtera dan mampan.

Bersatu dalam kepelbagaian, teguh dalam perpaduan!
โค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿ’›๐Ÿค

Ikhlas daripda Pengurusan dan Seluruh Warga Fakulti Biosumber & Industri Makanan




Address

Kampus Besut
Besut
22200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Biosumber dan Industri Makanan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share