09/02/2024
Sentiasa Cakna dan Bijak dalam segala tindakan.
Pesara, pekerja kilang rugi hampir RM1 juta terpedaya pelaburan tak wujud
SEGAMAT – Dua lelaki tempatan termasuk seorang pesara awam berputih mata apabila mengalami kerugian hampir RM1 juta setelah menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud.
ADVERTISEMENT
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, pihaknya menerima laporan masing-masing pada awal dan hujung bulan lalu daripada lelaki berusia 71 dan 51 tahun.
Menurutnya, kedua-dua mangsa tertipu dengan pelaburan dalam talian menerusi aplikasi Accerx.com yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda.
“Mangsa pertama lelaki warga emas berusia 71 tahun memaklumkan dia melayari laman sosial pada awal Januari lalu dan tertarik dengan pelaburan menawarkan p**angan tinggi.
“Mangsa menekan pautan diberikan dan berurusan dengan suspek hanya melalui aplikasi WhatsApp sebelum membuat 20 kali transaksi pembayaran berjumlah RM498,200 ke beberapa akaun yang diarahkan suspek.
“Mangsa menyedari dia ditipu selepas tidak menerima p**angan sehingga kini dan diarahkan membuat pelbagai bayaran lain,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di sini hari ini.
Menurutnya, mangsa kedua lelaki berusia 51 tahun merupakan kakitangan sebuah kilang p**a memaklumkan melayari laman sosial Accerx.Com pada hujung bulan lalu dan tertarik dengan iklan pelaburan memberi p**angan lumayan.
“Modus operandi suspek juga sama, hanya berurusan dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp dan memberikan butiran diri serta dipaparkan jumlah keuntungan ditawarkan.
“Percaya akan mendapat keuntungan yang ditawarkan, mangsa telah membuat lebih lima transaksi pembayaran berjumlah RM421,104 ke beberapa akaun yang diarahkan suspek,” katanya. – KOSMO! ONLINE