15/08/2026
KENAPA MADU TUALANG RM50 SEKILOGRAM WAJIB DIPERSOALKAN?
Rakan niaga Quadmeds boleh gunakan simulasi mudah ini untuk menerangkan kepada keluarga, pelanggan dan circle masing-masing.
Katakan satu operasi tuaian melibatkan 10 orang penuai dan berjaya tuai kira-kira 500 kg madu.
Jika madu itu dijual hanya RM50 sekilogram:
500 kg ร RM50 = RM25,000 jualan kasar
Kita gunakan simulasi mudah harga jual tiga kali kos madu mentah:
RM25,000 รท 3 = RM8,333 untuk mendapatkan madu mentah
Jika seluruh RM8,333 itu dibahagikan kepada 10 orang penuai:
RM8,333 รท 10 = maksimum RM833 seorang
Itu pun belum ditolak:
โช๏ธ Petrol dan makanan pasukan
โช๏ธ Kenderaan masuk ke hutan
โช๏ธ Tali serta peralatan menuai
โช๏ธ Upah mengangkat dan memikul madu
โช๏ธ Bekas pengumpulan dan penapisan
โช๏ธ Botol, label dan pembungkusan
โช๏ธ Gaji pekerja serta kos premis
โช๏ธ Penghantaran dan komisen platform
Persoalannya....
Bagaimanakah madu Tualang liar boleh dijual RM50 sekilogram secara berterusan sedangkan harga tersebut sukar menanggung kos untuk mendapatkannya?
Harga murah semata-mata belum menjadi bukti muktamad bahawa sesuatu madu itu palsu. Harga mahal juga belum tentu menjamin ketulenannya.
Namun, apabila harganya tidak selari dengan realiti kos, pengguna perlu bertanya:
Adakah ini benar-benar madu Tualang liar, madu ternak, madu campuran atau produk lain yang hanya menggunakan nama Tualang?
Gambar orang memanjat pokok juga belum mencukupi sebagai bukti. Yang perlu diperiksa ialah:
โ
Sumber bekalan yang jelas
โ
Rekod tuaian yang boleh dijejaki
โ
Proses pengendalian yang bersih
โ
Pembungkusan yang sesuai
โ
Ujian makmal yang berkaitan
โ
Harga yang munasabah dengan kos sebenar
Tugas kita bukan sekadar menjual madu.
Tugas kita ialah mendidik masyarakat supaya tidak mudah membeli cerita, gambar dan harga murah tanpa memeriksa sumbernya.
Mulakan perbualan dengan soalan ini:
โMadu Tualang yang anda pernah lihat atau beli, berapa harga jualannya sekilogram?โ
Minta mereka tulis harga + lokasi. Kemudian gunakan simulasi di atas untuk menerangkan mengapa harga yang terlalu murah perlu diperiksa dengan lebih berhati-hati.
Catatan: Ini ialah simulasi harga jual tiga kali kos madu mentah. Sebagai contoh, nasi lemak yang dijual RM6 mungkin mempunyai kos bahan mentah sekitar RM2. RM2 berikutnya menampung kos operasi, manakala RM2 terakhir ialah margin kasarโbukan semuanya keuntungan bersih. Keuntungan sebenar hanya diketahui selepas upah, sewa, pembungkusan, penghantaran, komisen, kerugian dan risiko perniagaan ditolak.