25/07/2025
𝟐𝟓 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟐𝟗 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐑𝐑𝐀𝐌 𝟏𝟒𝟒𝟕 𝐇 | 𝐓𝐇𝐄 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐑𝐑𝐀 𝐁𝐘 𝐈𝐑𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐈𝐍𝐈𝐍𝐆
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐔 𝐃𝐈𝐊𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 & 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐊𝐈𝐓𝐀𝐁 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆
Alhamdulillah, pada hari ini telah berlangsung Majlis Jasamu Dikenang dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 anjuran Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang .Majlis ini turut disempurnakan oleh YBhg. Prof Madya Dr Wan Nazjmi Bin Mohamed Fisol, Rektor KITAB mewakili YB Dato’ Dr. Mohamad B Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah KITAB Pulau Pinang.
Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa dan sumbangan dua orang tokoh pendidik yang amat disegani, iaitu:
🔹 Ustaz Ahmad Bin Hj Hashim
🔹 Ustaz Ahmad Tajudin Bin Ismail
Kedua-dua tokoh ini merupakan pensyarah dari Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran yang bakal menamatkan perkhidmatan mereka dalam masa terdekat setelah berkhidmat hampir 25 tahun. Mereka telah mencurahkan khidmat bakti sebagai murabbi sejak era Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Pulau Pinang lagi, jauh sebelum tertubuhnya KITAB. Dedikasi, keikhlasan dan ketekunan mereka dalam mendidik generasi pewaris al-Quran amat dihargai dan akan terus dikenang dalam lipatan sejarah kolej ini.
Majlis turut menyaksikan penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 kepada lima orang warga kerja KITAB yang telah menunjukkan prestasi cemerlang, komitmen tinggi dan semangat kerja berpasukan yang luar biasa sepanjang tahun ini selari dengan Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang (APAI2030) yang digagaskan oleh YB Dato’ Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid. Semoga penganugerahan ini menjadi motivasi untuk terus melakar kecemerlangan demi kemajuan institusi ini.