21/07/2026
🎉 CAR BOOT SALE WANGI 1.0 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA! 🎉
Alhamdulillah, Car Boot Sale WANGI 1.0 telah berlangsung dengan meriah dan jayanya pada:
📅 Tarikh: 26 Jun 2026 (Jumaat)
🕘 Masa: 9.00 pagi
📍 Tempat: Perkarangan Kediaman Rasmi NC
Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga UTM dan orang ramai. Suasana yang meriah dengan pelbagai gerai jualan, makanan serta barangan menarik telah menjadikan program ini sebagai platform yang berjaya mengeratkan silaturahim, menyokong usahawan komuniti serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga UTM.
💬 Apa kata para penjual?
"Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Ramai pengunjung singgah ke gerai kami dan jualan juga amat memberangsangkan. Terima kasih kepada WANGI UTM atas penganjuran program yang begitu baik."
"Program seperti ini memberi peluang kepada kami untuk mempromosikan produk dan berinteraksi dengan lebih ramai pelanggan. Semoga Car Boot Sale WANGI diteruskan pada masa akan datang!"
Sebahagian penjual yang terdiri daripada staf UTM turut sanggup mengambil cuti sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap Car
Boot Sale WANGI 1.0.
🛍️ Apa p**a kata para pembeli?
"Banyak pilihan barangan dengan harga yang sangat berpatutan. Memang berbaloi datang!"
"Makanan yang dijual semuanya sedap-sedap, pelbagai pilihan dan harganya mesra poket."
"Suasana sangat meriah, gerai tersusun dan penganjuran sangat baik. Harap WANGI UTM dapat menganjurkan lagi program seperti ini dengan lebih banyak penyertaan."
WANGI UTM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Rozita Abdul selaku Penaung WANGI UTM atas segala sokongan, bimbingan, galakan serta bantuan yang telah diberikan dalam menjayakan Car Boot Sale WANGI 1.0.
Tidak dilupakan, jutaan terima kasih juga kepada semua peniaga, pengunjung, ahli jawatankuasa WANGI, sukarelawan dan semua pihak yang telah menghulurkan tenaga, masa dan kerjasama sepanjang program berlangsung. Sokongan padu daripada semua amat dihargai dan menjadi inspirasi untuk WANGI UTM terus menganjurkan program-program yang bermanfaat pada masa hadapan.
Semoga Car Boot Sale WANGI akan terus menjadi platform yang memperkukuh hubungan komuniti, menggalakkan keusahawanan dan memberi manfaat kepada seluruh warga UTM serta masyarakat setempat.
💜 Terima kasih atas sokongan anda. Jumpa lagi di Car Boot Sale WANGI 2.0!