SK Taman Johor Jaya 3 Officials

  • Home
  • SK Taman Johor Jaya 3 Officials

SK Taman Johor Jaya 3 Officials JALAN TERATAI 50, TAMAN JOHOR JAYA

23/07/2026

INFO J-SAFE SIRI 2/2026
CEK BEG ANAK, SEKOLAH LEBIH SELAMAT

Keselamatan murid bermula dari rumah.

Ibu bapa dan penjaga memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak membawa hanya barangan yang diperlukan ke sekolah. Luangkan hanya 2 minit setiap hari untuk memeriksa beg anak sebelum mereka melangkah ke sekolah.

✅ Buka beg bersama anak.
✅ Periksa setiap ruang beg.
✅ Pastikan tiada barang terlarang.
✅ Bawa hanya keperluan pembelajaran.
✅ Berbual dengan anak tentang kepentingan menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan.

🚫 Jangan sesekali membawa ke sekolah:
• V**e atau rokok
• Senjata tajam
• Mercun
• Pemetik api
• Dadah atau bahan terlarang
• Ubat tanpa kebenaran
• Sebarang barangan yang boleh membahayakan murid lain

Sekolah yang selamat bukan hanya tanggungjawab pihak sekolah, tetapi merupakan tanggungjawab bersama ibu bapa, masyarakat dan seluruh komuniti.

Marilah kita berganding bahu membudayakan amalan "Cek Beg Anak" sebagai langkah pencegahan awal demi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, kondusif dan sejahtera untuk semua murid di Negeri Johor.

JPN Johor komited memastikan setiap sekolah kekal sebagai tempat yang selamat, kondusif dan bebas daripada sebarang ancaman.

INFO J-SAFE
Siri perkongsian rasmi JPN Johor bagi memperkasakan budaya keselamatan, kesejahteraan dan perlindungan murid di semua institusi pendidikan negeri Johor.

Tahun Ini, Tahun Kita, Imej Kita











Youtube rasmi JPNJ : Official JPN Johor
https://www.youtube.com/

Facebook rasmi JPNJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/

Instagram rasmi JPNJ :
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/

YouTube Cikgu Podcast :
https://youtube.com/

TikTok Cikgu Podcast :
https://www.tiktok.com/

Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my

15/05/2026

Seluruh Warga SK TMN JOHOR JAYA 3 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor atas sumbangan RM5000 kepada Bilik Guru.

𝗣𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲 𝗣𝗿𝗮𝘀𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (𝗞𝗣𝗠) 𝗦𝗲𝘀𝗶 𝗔𝗸𝗮𝗱𝗲𝗺𝗶𝗸 𝟮𝟬𝟮𝟳📅TARIKH PERMOHONANSecara Dala...
28/02/2026

𝗣𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲 𝗣𝗿𝗮𝘀𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (𝗞𝗣𝗠) 𝗦𝗲𝘀𝗶 𝗔𝗸𝗮𝗱𝗲𝗺𝗶𝗸 𝟮𝟬𝟮𝟳

📅TARIKH PERMOHONAN
Secara Dalam Talian : 2 Mac - 31 Mei 2026
💻 https://eprasekolah.moe.gov.my

✅SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN
a. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
b. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2021 hingga 31 Disember 2023 sahaja yang layak untuk memohon.

MARILAH RAMAI RAMAI KITA MERIAHKAN LAGI TAYANGAN SIARAN LANGSUNG AKHIR FINAL FA JDT VS SABAH DI DATARAN SK TAMAN JOHOR J...
14/12/2025

MARILAH RAMAI RAMAI KITA MERIAHKAN LAGI TAYANGAN SIARAN LANGSUNG AKHIR FINAL FA JDT VS SABAH DI DATARAN SK TAMAN JOHOR JAYA 3 !

14/12/2025
14/12/2025

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

📣⚽️RASAI SUASANA SEPERTI DI STADIUM SEBENAR* ⚽️📣

Jom ramai-ramai kita saksikan 📣

TAYANGAN SIARAN LANGSUNG AKHIR PIALA FA JDT VS SABAH 2025/2026⚽️

Saksikan detik penuh debaran dan semangat bola sepak bersama-sama di SK TMN JOHOR JAYA 3!!

📅 Ahad (14 Disember 2025)
🕡 6.00 petang - 11.00 malam
📍Dataran SK Taman Johor Jaya 3

Bawa keluarga dan rakan rakan!
Mari kita menyokong pasukan JDT💙❤️!!!

Tiket masuk RM 3.00 sahaja

Pelbagai jualan makanan, minuman, mainan dan “preloved item” turut ada.

Selain itu juga turut diadakan pertandingan mewarna dan mini permainan serta cabutan bertuah.

Jangan lepaskan peluang ini‼️

2 kumpulan daripada SK Taman Johor Jaya 3 telah menyertai Pertandingan Reka Bentuk Poster Lestari bersempena dengan Samb...
04/12/2025

2 kumpulan daripada SK Taman Johor Jaya 3 telah menyertai Pertandingan Reka Bentuk Poster Lestari bersempena dengan Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan yang telah dianjurkan oleh Perpusatakaan Sultan Ismail dengan kerjasama SWM Environment dan Iskandar Regional Development Authority.

Kumpulan pertama yang terdiri daripada murid darjah 6, membawa karya bertajuk "Sekolah Lestari" dan kumpulan kedua daripada murid tahun 5 dengan karya " Together For A Greener Earth".
Penjurian adalah berdasarkan karya bersize A3 yang dibina daripada bahan kitar semula dan murid perlu menghantar video pembentangan mereka. Sebanyak 114 penyertaan telah diterima.

Tahniah kepada kumpulan "Sekolah Lestari" kerana terpilih sebagai 10 peserta finalis kategori sekolah rendah yang akan membentangkan karya mereka di Perpustakaan Sultan Ismail pada 10 Disember 2025 di hadapan para juri.

Semoga kumpulan ini dapat memberikan yang terbaik di hari penjurian.

Terima kasih
-Unit Kelestarian SK Taman Johor Jaya 3-

Tahniah diucapkan kepada murid-murid tahun 6 yang telah menyertai cabaran Iskandar Ecolife Challenge (IMELC). SK TAMAN J...
04/12/2025

Tahniah diucapkan kepada murid-murid tahun 6 yang telah menyertai cabaran Iskandar Ecolife Challenge (IMELC). SK TAMAN Johor JAYA 3 telah tersenarai dalam top 50 negeri Johor.

Penilaian melibatkan :
1) Pelaksaan cabaran oleh murid :
🪴 Semakan awal penggunaan tenaga
🪴 6 Cabaran IMELC (urus sisa dan penggunaan tenaga)
🪴 Semakan akhir penggunaan tenaga

2) Pelaporan sekolah :
📤 Penjimatan Bil Elektrik
📤 Penjimatan Bil Air
📤 Resit Urus sisa
📤 Pelaporan aktiviti kelestarian (Mengikut template yang diberikan)

Terima kasih kepada semua murid SKTJJ3, ibu bapa, barisan AJK PIBG, kakitangan sekolah, guru-guru dan barisan pentadbiran yang telah memberikan sokongan dalam cabaran ini.

Semoga kedudukan kita lebih baik lagi pada tahun hadapan🎉

Terima kasih
-Unit Kelestarian SK Taman Johor Jaya 3-

Address

SK Taman Johor Jaya 3, Jalan Teratai 50

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6073575860

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Taman Johor Jaya 3 Officials posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your university to be the top-listed University?

Share