16/07/2024
SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN (SPN)
Graduan akan menerima 2 sijil iaitu:
1. Sijil Institusi Pendidikan MARA (IPMa)
2. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
โPembuatanโ ni buat apaโ๏ธ
Sinopsis program:
Program ini menekankan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali melibatkan kerja pembuatan logam menggunakan mesin konvensional (mesin melarik, mengisar, mencanai dan membentuk) serta mesin berkomputer- Computer Numerical Control (CNC) dan Electric Discharge Machine (EDM).
Pelajar turut didedahkan dengan kerja penyelenggaraan peralatan dan mesin pembuatan logam di samping mengembangkan kreativiti dengan penggunaan perisian CAD/ CAM.
Antara prospek kerjaya graduan Sijil Teknologi Kejuruteraan Pembuatan:
โ๏ธ Juruteknik Kejuruteraan Mekanikal
โ๏ธ Juruteknik Jentera Industri
โ๏ธ Juruteknik Penyelenggaraan
โ๏ธ Pelukis Pelan
โ๏ธ Juruteknik CAD/ CAM
โ๏ธ Juruteknik Pengeluaran
โ๏ธ Juruteknik R&D
โ๏ธ Pengajar Teknikal
โ๏ธ Juruteknik Kawalan Kualiti
โ๏ธ Pengaturcara CAM
โ๏ธ Usahawan teknikal seperti membuat cenderahati
Jika graduan menyambung pengajian ke peringkat seterusnya, mereka layak memohon jawatan lebih tinggi.
Kelebihan Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Pembuatan di IKM JB:
โ
Pelajar didedahkan dengan penggunaan pelbagai mesin sama seperti kegunaan di industri termasuk Mesin CNC 5 axis- IKM JB satu satunya pusat TVET MARA pengajian peringkat sijil yang memiliki mesin tersebut.
โ
Pensyarah berpengalaman dan kompeten- mereka dilatih dan menjalani kursus mengendalikan mesin secara berkala seiring keperluan di industri.
โ
Johor khususnya Johor Bahru mempunyai banyak kawasan perindustrian, ini memberi kelebihan kepada kebolehpasaran graduan.
โ
Selain sijil IPMA, graduan juga mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan diiktiraf oleh MQA.
โ
Jalinan industri dan hubungan rapat antara pensyarah dan individu di industri membuatkan kami di IKM JB selalu menerima informasi peluang kerjaya (job vacancy).
Cadangan laluan pendidikan dalam bidang Pembuatan di TVET MARA:
IKM (Sijil)โก๏ธ KKTM/ GMI (Diploma) โก๏ธ UniKL (Ijazah)
KENAPA PERLU MEMILIH SPN IKM JBโ
Kerana peluang kerjaya yang terjamin.
IKM JB menjadi โfeederโ kepada beberapa syarikat dan pelajar/ graduan kami menjadi rebutan di industri.
Sebagai bukti, ramai pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri (LI) dibayar elaun LI sama nilai dengan gaji minimum yang ditetapkan pihak kerajaan.
Syarat layak memohon ke Program SPN:
1. LULUS SPM
2. Kepujian SATU (1) subjek
3. Lulus Matematik
Bacaan tambahan:
Kenapa perlu pilih IKM/ KKTMโ
https://www.facebook.com/1759556614/posts/10208754236330814/?d=n
Jom sembang sembang dengan Pegawai Promosi IKM JB:
Pn Shazwani
http://www.wasap.my/+601126655453/jommasukpembuatanikmjb
Atau mohon terus di link www.tvetmara.edu.my.
Dan kemudian whatsapp kepada Pegawai Promosi:
1. Nama
2. No kad pengenalan
3. No telefon
4. Program yang dimohon