Pusat Kualiti Akademik dan Kurikulum - UTM CAQ

Pusat Kualiti Akademik dan Kurikulum - UTM CAQ Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Kualiti Akademik dan Kurikulum - UTM CAQ, College & University, Pusat Kualiti Akademik & Kurikulum (UTM CAQ), Jabatan Timb. Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Aras 3, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Darul Takzim.

TAKLIMAT PRA BENGKEL PENYELARASAN DAN PENGESAHAN PARENT CODE PROGRAM AKADEMIK BERSAMA FAKULTIJOHOR BAHRU, 18 Ogos 2026 –...
18/08/2026

TAKLIMAT PRA BENGKEL PENYELARASAN DAN PENGESAHAN PARENT CODE PROGRAM AKADEMIK BERSAMA FAKULTI

JOHOR BAHRU, 18 Ogos 2026 – Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) melalui UTM CAQ telah menganjurkan Taklimat Pra-Bengkel Penyelarasan dan Pengesahan Parent Code Program Akademik bersama wakil fakulti secara atas talian.

Sesi persediaan ini diadakan khas bersama wakil-wakil fakulti bagi memastikan semua struktur data dan penjelas maklumat kod program (Parent Code) mematuhi piawaian universiti sebelum bengkel penyelarasan penuh dijalankan.

SESI BENCHMARKING CAQ UTM  UPM (DALAM TALIAN)Sesi penanda aras secara dalam talian antara UTM CAQ dengan Pusat Jaminan K...
13/08/2026

SESI BENCHMARKING CAQ UTM UPM (DALAM TALIAN)

Sesi penanda aras secara dalam talian antara UTM CAQ dengan Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 7 Ogos 2026 (Jumaat).

Objektif sesi ini bertujuan mempelajari serta bertukar pandangan mengenai:
i. Pengurusan pembangunan dan inovasi dalam kurikulum di UPM;
ii. Pengurusan akreditasi program akademik UPM;
iii. Pengurusan Audit Dalam (AuditSementara/ Audit Penuh/ Penilaian Pematuhan);
iv. Sistem-sistem berkaitan kualiti yang digunakan oleh CQA UPM; dan
v. Lain-lain praktis pengurusan IQA di UPM

Sesi dimulakan dengan Ucapan Pembukaan oleh Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Akademik CQA UPM, diikuti pembentangan daripada Pengarah UTM CAQ. Seterusnya sesi perkongsian amalan terbaik CQA UPM dan diakhiri dengan sesi soal jawab.

Wakil CQA UPM yang hadir:
i. Dr. Zufarzaana Zulkeflee (Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Akademik CQA UPM)
ii. Pn. Rahmawati Umar (Ketua Seksyen Data Program)
iii. Pn. Shaerin Azlin Ab Rahman (Ketua Seksyen Audit Program)

UTM CAQ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak CQA UPM kerana sudi melapangkan masa secara maya untuk membuat perkongsian tersebut.






#

TAKLIMAT PENYELARASAN KURSUS UMUM PG BAGI SISTEM I-OBE SECARA ATAS TALIANJOHOR BAHRU, 13 Ogos 2026 – Jabatan Timbalan Na...
13/08/2026

TAKLIMAT PENYELARASAN KURSUS UMUM PG BAGI SISTEM I-OBE SECARA ATAS TALIAN

JOHOR BAHRU, 13 Ogos 2026 – Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) melalui Pusat Kualiti Akademik & Kurikulum (UTM CAQ) telah berjaya menganjurkan Taklimat Penggunaan Sistem i-OBE (PG) secara atas talian.

Penganjuran taklimat ini bertujuan memperkasa kefahaman para pensyarah terhadap pengunaan sistem ini. Pada masa yang sama, peserta turut didedahkan dengan panduan teknikal kemasukan data pentaksiran dalam sistem i-OBE bagi menjamin kelancaran pelaporan akademik tanpa menjejaskan rekod pencapaian pelajar.

BENGKEL PENULISAN SELF-REVIEW REPORT (SRR) PROGRAM ODL (SIRI 1)JOHOR BAHRU, 11 Ogos 2026 Bengkel Penulisan Self-Review R...
13/08/2026

BENGKEL PENULISAN SELF-REVIEW REPORT (SRR) PROGRAM ODL (SIRI 1)

JOHOR BAHRU, 11 Ogos 2026 Bengkel Penulisan Self-Review Report (SRR) Program ODL (SIRI 1) .Bengkel yang dianjurkan ini adalah untuk mengurangkan risiko ketidakpatuhan semasa audit.

Bengkel ini merupakan satu platform untuk penyediaan dokumen SRR/SAR khusus untuk program ODL UTM agar dokumen yang dihasilkan lebih sistematik, komprehensif dan memenuhi kehendak MQA dalam menyediakan satu standard dokumen SRR untuk kegunaan bersama.

#

BENGKEL PEMANTAPAN SISTEM i-OBE BAGI KURSUS UMUMBengkel Pemantapan Sistem i-OBE bagi Kursus Umum telah diadakan pada 24 ...
28/07/2026

BENGKEL PEMANTAPAN SISTEM i-OBE BAGI KURSUS UMUM

Bengkel Pemantapan Sistem i-OBE bagi Kursus Umum telah diadakan pada 24 Julai 2026 di Bilik Hyflex, Fakulti Komputeran, UTM Johor Bahru. Tujuan bengkel ini adalah untuk meningkatkan kefahaman terhadap prinsip, konsep dan pelaksanaan OBE secara menyeluruh serta memantapkan kemahiran para ahli akademik UTM dalam membangunkan dan memetakan CLO, PLO dan Program Educational Objectives (PEO) secara sistematik.

Melalui penganjuran bengkel ini, dapat menyeragamkan amalan penggunaan sistem pengurusan OBE dalam pengajaran dan penilaian, serta meningkatkan keberkesanan pelaporan dan analisis data OBE bagi tujuan pemantauan dan Continuous Quality Improvement (CQI) dan penambahbaikan berterusan terhadap reka bentuk dan pelaksanaan kurikulum akademik melalui sistem yang efisien dan bersepadu.

CALL FOR INNOVATORS (CFI) – NALI 2026 🚀Assalamu’alaikum and Warm Greetings, Professor/Associate Professor/Dr./Sir/Madam....
20/07/2026

CALL FOR INNOVATORS (CFI) – NALI 2026 🚀

Assalamu’alaikum and Warm Greetings,
Professor/Associate Professor/Dr./Sir/Madam.

UTM CDex and UTM CAQ are thrilled to announce the return of the New Academia Learning Innovation (NALI) 2026 - an extraordinary platform to accelerate innovation in teaching and learning.

💡 Theme: Human-AI Synergy in Pedagogy
📅 Date: 28–29 October 2026
📍 Venue: Dewan Sultan Iskandar (DSI), UTM Johor Bahru

KEY EVENTS 🔥

🛠️ NALI Workshops
🎙️ NALI Plenary & Keynote Sessions
🏆 Innovation Competition & Exhibition (ICE)
🎖️ NALI Award (UTM Staff only)
👑 NALI Educator Award (UTM Staff, by invitation)

CFI for INNOVATION COMPETITION & EXHIBITION (ICE) 🌟

Open to educators and innovators from schools, polytechnics, universities, government, and corporate industries !

Categories Include:
✅ Innovation in Pedagogy, Assessment & Curriculum Design
✅ AI-Enhanced Teaching & Learning
✅ Digital, Immersive, & Flexible Learning Ecosystem
✅ Inclusive & Accessible Digital Education
✅ Lifelong Learning

⏰ Important Dates (ICE):
Early Bird Deadline: 3 August 2026
Normal Fee Deadline: 1 September 2026

💶 Fee: Early Bird: RM 300 | Normal: RM 350

CFI for NALI AWARD (UTM Staff Only) 🌟

Celebrating educators who have revolutionized student learning through creativity and forward-thinking practices.

⏰ Important Dates (NALI Award):
Submission Deadline: 1 September 2026

💶 Fee: FREE

🔗 REGISTER NOW: https://utmcdex.utm.my/nali2026
(A video guide for registration & payment is available on the website)

Let’s make learning smarter, more inclusive, and AI-empowered — together! 🤝🌐

For more details:
🌐 Website: utmcdex.utm.my/nali2026
📱FB: facebook.com/utm.nali

Contact us:
📧 Email: [email protected]

See you at NALI 2026 ! 🚀

Best regards,
The NALI 2026 Organizing Committee

BENGKEL PENYELARASAN STRUKTUR PARENT CODE PROGRAM AKADEMIK UTMJOHOR BAHRU, 15 Julai 2026 – Jabatan Timbalan Naib Canselo...
17/07/2026

BENGKEL PENYELARASAN STRUKTUR PARENT CODE PROGRAM AKADEMIK UTM

JOHOR BAHRU, 15 Julai 2026 – Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) melalui Pusat Kualiti Akademik & Kurikulum (UTM CAQ) telah berjaya menganjurkan Bengkel Penyelarasan Struktur Parent Code Program Akademik UTM.

Penganjuran bengkel ini bertujuan memuktamadkan pemetaan Parent Code bersama National Education Code (NEC) Tunggal agar sentiasa selari dengan Daftar Kelayakan Malaysia (MQR). Pada masa yang sama, hierarki kod program lama disusun semula sebagai child code bagi menjamin kelancaran pelaporan MyMoheS dan SKPG tanpa menjejaskan status pelajar sedia ada, termasuk pelajar SPACE. Usaha ini disusuli dengan penyelarasan struktur belakang (back-end) sistem MyAIMS secara selamat menerusi kerjasama erat antara UTM Digital dan Bahagian Pengurusan Akademik (AMD).

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang komited dalam memantapkan kualiti tadbir urus akademik UTM! 🎓✨

Sesi Penyerahan dan Penerimaan Kunci Pejabat UTM CAQ diadakan pada 8 Julai 2026 jam 3.00 petang di Pejabat UTM CAQ, Blok...
09/07/2026

Sesi Penyerahan dan Penerimaan Kunci Pejabat UTM CAQ diadakan pada 8 Julai 2026 jam 3.00 petang di Pejabat UTM CAQ, Blok F54. Penyerahan kunci oleh Bahagian Pengurusan Aset, UTM kepada Pusat Kualiti Akademik dan Kurikulum, UTM CAQ

BENGKEL LANJUTAN (SIRI 2) PEMBANGUNAN MODEL BAHARU KERANGKA SEMAKAN KURIKULUMJOHOR BAHRU, 3 Jun 2026 – Jabatan Timbalan ...
03/06/2026

BENGKEL LANJUTAN (SIRI 2) PEMBANGUNAN MODEL BAHARU KERANGKA SEMAKAN KURIKULUM

JOHOR BAHRU, 3 Jun 2026 – Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) melalui Pusat Kualiti Akademik & Kurikulum (UTM CAQ) telah menganjurkan Bengkel Lanjutan (Siri 2) Pembangunan Model Baharu Kerangka Semakan Kurikulum telah diadakan dan dipengerusikan oleh Pengarah, Pusat Kualiti Akademik dan Kurikulum (CAQ).

Bengkel ini bertujuan memuktamadkan kerangka awal bagi semakan kurikulum universiti yang telah di draf pada bengkel pertama. Menyediakan contoh pelaksanaan praktikal mengenai bagaimana nilai-nilai teras dan atribut graduan (seperti ADAB, Social Intelligence, Constructive Citizen) boleh diterapkan dalam kursus-kursus di bawah bidang utama UTM dan menghasilkan bahan dan penulisan terperinci yang akan dihimpunkan ke dalam Buku Panduan Semakan Kurikulum UTM.

Pusat Kualiti Akademik dan Kurikulum, UTM CAQ mengucapkan TAHNIAH kepada YBrs. Prof. Madya Ir. Dr. Istas Fahrurrazi Bin ...
08/05/2026

Pusat Kualiti Akademik dan Kurikulum, UTM CAQ mengucapkan TAHNIAH kepada YBrs. Prof. Madya Ir. Dr. Istas Fahrurrazi Bin Nursyirwan atas pelantikan sebagai Penyelaras Pusat Kualiti Akademik dan Kurikulum (UTM CAQ) berkuat kuasa 1 April 2026 sehingga 31 Mac 2028

Address

Pusat Kualiti Akademik & Kurikulum (UTM CAQ), Jabatan Timb. Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Aras 3, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, Universiti Teknologi Malaysia
Johor Darul Takzim
81310

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kualiti Akademik dan Kurikulum - UTM CAQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Kualiti Akademik dan Kurikulum - UTM CAQ:

Shortcuts

Share