Meatech Creative Academy

  • Home
  • Meatech Creative Academy
Call Website Contact the university

Meatech Creative Academy EXPLORE YOUR CREATIVITY Daftar belajar SMS:NAMA Jarak IC ke +60193595684 Layari www.meatechskill.edu.my

With concerns of providing quality education for those who seek to excel in their academic pursuits, Meatech Creative Academy was established with a mission to provide quality human capital required by a Nation. Focusing on relevant courses to meet crucial current and future market demands, emphasis was given to areas of Media Creative.

📢 𝐌𝐄𝐀𝐓𝐄𝐂𝐇 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐀𝐍𝐃𝐔𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐅𝐀𝐇𝐀𝐌𝐀𝐍 (𝐌𝐨𝐔) 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑30 September 2026 | Bangi Avenu...
30/09/2026

📢 𝐌𝐄𝐀𝐓𝐄𝐂𝐇 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐀𝐍𝐃𝐔𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐅𝐀𝐇𝐀𝐌𝐀𝐍 (𝐌𝐨𝐔) 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑

30 September 2026 | Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Kajang, Selangor

Meatech Creative Academy berbesar hati menjadi salah satu institusi TVET yang terlibat dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Belia Mahir dengan Institusi-Institusi TVET yang berlangsung pada hari ini.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta membuka lebih banyak peluang kepada golongan belia untuk mendapatkan kemahiran yang relevan dengan keperluan industri.

Sebagai institusi TVET, Meatech Creative Academy sentiasa komited dalam menyediakan pendidikan dan latihan berasaskan kemahiran yang mampu membantu melahirkan generasi belia berkemahiran, berdaya saing dan bersedia menghadapi dunia pekerjaan.

🤝 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐌𝐚𝐡𝐢𝐫, 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐂𝐞𝐫𝐚𝐡.
🎓 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧, 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧.

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia! 🇲🇾Bersama membina masa depan yang lebih gemilang! ✨Jom sertai Meatech Creative Academy dan reb...
16/09/2026

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia! 🇲🇾

Bersama membina masa depan yang lebih gemilang! ✨
Jom sertai Meatech Creative Academy dan rebut peluang untuk generasi baharu.

🎓 Program yang ditawarkan:
🎬 Digital Media
🎨 Creative Multimedia Designer
❤️ Healthcare
🖌️ Digital Graphic Design
⚡ Teknologi Elektrik

📚 Intake Oktober kini dibuka!
Daftar sekarang dan mulakan langkah anda ke arah masa depan yang lebih cerah.

🎓 TVET & KERJAYA @ SMK PERIMBUNMembuka ruang kepada para pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat dunia TVET, peluang ...
14/09/2026

🎓 TVET & KERJAYA @ SMK PERIMBUN

Membuka ruang kepada para pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat dunia TVET, peluang kerjaya dan laluan pendidikan selepas sekolah. 🚀

Melalui program ini, pelajar didedahkan kepada pelbagai pilihan bidang kemahiran yang relevan dengan keperluan industri serta peluang membina kerjaya berdasarkan minat dan bakat masing-masing.

✨ Kenali TVET
✨ Terokai bidang kerjaya
✨ Kenal pasti minat & potensi diri
✨ Rancang laluan selepas sekolah

Terima kasih SMK Perimbun atas peluang dan kerjasama dalam menjayakan program ini. 🤝

TVET bukan sekadar kemahiran — ia adalah laluan kepada masa depan.

🚀 Dah kenal TVET, sekarang masa untuk pilih laluan yang sesuai!

Bagi pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian dalam bidang Kreatif, Multimedia, Grafik, Digital Media, Elektrik atau Penjagaan Kesihatan, Meatech Creative Academy sedia membantu anda merancang langkah seterusnya.

📲 Nak tahu program & intake terkini Meatech?
WhatsApp kami sekarang: 019-359 5684

MEATECH CREATIVE ACADEMY
🎓 Bina Kemahiran. Bina Kerjaya. Bina Masa Depan.

🤖🔥 AI MEATECH ON GOING!Tadi kita lepak sambil explore dunia AI dekat SMK Jalan Reko! 🚀💻Banyak benda menarik, banyak ilmu...
11/09/2026

🤖🔥 AI MEATECH ON GOING!

Tadi kita lepak sambil explore dunia AI dekat SMK Jalan Reko! 🚀💻

Banyak benda menarik, banyak ilmu baru, dan mestilah ada moment best dengan pelajar SMK JALAN REKO! 😎✨

AI bukan sekadar trend — jom belajar, cuba & enjoy! 🧠⚡

Minat?
JOM hubungi 0193595684 utk dapatkan info yg berkaitan!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾🔥69 tahun bukan sekadar angka — ia adalah perjalanan, perjuangan dan kebanggaan sebuah nega...
30/08/2026

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾🔥

69 tahun bukan sekadar angka — ia adalah perjalanan, perjuangan dan kebanggaan sebuah negara yang terus melangkah ke hadapan. ❤️🤍💙💛

Sempena Hari Kebangsaan ke-69, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dan menghargai setiap pengorbanan yang membentuk Malaysia hari ini.

Sebagai generasi masa kini, tugas kita bukan hanya untuk mengenang sejarah, tetapi untuk mencipta masa depan yang lebih gemilang melalui ilmu, kreativiti, kemahiran dan inovasi. 🚀✨

Di Meatech Creative Academy, kami percaya bahawa generasi muda yang berkemahiran dan berani mencipta adalah sebahagian daripada kekuatan masa depan Malaysia. 🇲🇾💪🏻

Dari kreativiti kepada inovasi, dari kemahiran kepada kejayaan bersama kita bina masa depan Malaysia!

🎉 Selamat Hari Kemerdekaan ke-69!
🇲🇾 Jalur Gemilang, Kita Kibarkan Dengan Bangga!

KeluargaMalaysia GenerasiMuda TVETMalaysia TVET CreativeAcademy MeatechCreativeAcademy MeatechCreative BanggaMalaysia MalaysiaBoleh 🇲🇾✨

🤖 AI MOVEMENT @ SMK JALAN BUKIT, KAJANG🚀Satu lagi langkah dalam membawa pendedahan Artificial Intelligence (AI) kepada g...
27/08/2026

🤖 AI MOVEMENT @ SMK JALAN BUKIT, KAJANG🚀

Satu lagi langkah dalam membawa pendedahan Artificial Intelligence (AI) kepada generasi muda!

Program ini membuka minda pelajar tentang AI, teknologi masa kini dan peluang masa hadapan. 💡✨

Terima kasih atas sambutan dan kerjasama yang diberikan! 🙌

AI bukan lagi masa hadapan. AI bermula sekarang!

✨ Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H / 2026M ✨"Meneladani Akhlak Rasulullah, Membina Ummah Madani".Marilah kita bers...
24/08/2026

✨ Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H / 2026M ✨

"Meneladani Akhlak Rasulullah, Membina Ummah Madani".

Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan menghayati ajaran serta akhlak baginda dalam kehidupan seharian. Semoga syiar Islam terus bersinar dan membawa keberkatan buat kita semua 🌙✨

🤝 KUNJUNGAN HORMAT MEATECH CREATIVE ACADEMY KE BPLTV, KPMMeatech Creative Academy telah mengadakan Kunjungan Hormat ke B...
29/07/2026

🤝 KUNJUNGAN HORMAT MEATECH CREATIVE ACADEMY KE BPLTV, KPM

Meatech Creative Academy telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV), Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik dalam memperkasakan agenda TVET negara.

Kunjungan ini telah disambut oleh Puan Nur Fakhriyyah El-Emin binti Muhardi, Timbalan Pengarah BPLTV, yang turut berkongsi pandangan mengenai pembangunan pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional di Malaysia.

Pertemuan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan mengenai pembangunan pendidikan kemahiran, pengukuhan kolaborasi strategik, serta inisiatif melahirkan modal insan berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan industri dan negara.

Meatech Creative Academy merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Nur Fakhriyyah El-Emin binti Muhardi dan seluruh warga BPLTV atas sambutan mesra serta kesudian menerima kunjungan ini. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin akan membuka lebih banyak peluang kolaborasi demi memartabatkan TVET di Malaysia.

KolaborasiStrategik TVETMADANI

Sesi bergambar bersama Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran, JPK Ir. Ts. Dr. Kamaruzaman Bin Hj. Md. Ali & barisan EXCO ...
11/07/2026

Sesi bergambar bersama Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran, JPK Ir. Ts. Dr. Kamaruzaman Bin Hj. Md. Ali & barisan EXCO FeMAC Kebangsaan

Satu pentas. Seribu impian. ✨Hari ini bukan sekadar majlis konvokesyen, tetapi simbol usaha, pengorbanan dan impian yang...
11/07/2026

Satu pentas. Seribu impian. ✨

Hari ini bukan sekadar majlis konvokesyen, tetapi simbol usaha, pengorbanan dan impian yang akhirnya menjadi kenyataan.

MEATECH mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua graduan Istiadat Konvokesyen Femac Kebangsaan 2026 Kali Ke-2. Teruskan melangkah, teruskan mencipta kejayaan!

Address


Opening Hours

Monday 08:30 - 05:30
Tuesday 08:30 - 05:30
Wednesday 08:30 - 05:30
Thursday 08:30 - 05:30
Friday 08:30 - 05:30

Telephone

+60387395684

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Meatech Creative Academy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Meatech Creative Academy:

Shortcuts

  • Want your university to be the top-listed university?

Share