Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam - INSPIRE

Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam - INSPIRE Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam - INSPIRE, College & University, Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak, Kampong Gong Badak.

25/08/2026
19/08/2026

Kitab Kuning 400 Tahun: Sembang Manuskrip al-Sirat al-Mustaqim

Ayuh bersama menelusuri khazanah manuskrip Islam dan menyingkap warisan keilmuan ulama Nusantara melalui sebuah sesi bedah manuskrip yang sarat dengan nilai sejarah, ilmu dan pemikiran.

πŸŽ™οΈ Penceramah: Prof. Madya Dr. Jamalluddin Bin Hashim

🎀 Moderator: Syahir Abd Razak

Menelusuri khazanah ilmu dan naskhah untuk memahami pemikiran Islam dan warisan intelektual ulama Nusantara. Sultan Zainal Abidin - FB RasmimKementerian Pendidikan Tinggigi

Pelantikan Tan Sri Dato' Dr. Mohd Yusof bin Haji Md. Noor Sebagai Felo Kehormat INSPIRE UniSZA dan Perbincangan Kolabora...
18/08/2026

Pelantikan Tan Sri Dato' Dr. Mohd Yusof bin Haji Md. Noor Sebagai Felo Kehormat INSPIRE UniSZA dan Perbincangan Kolaborasi Antara INSPIRE dan Kelab Rakan Kebijaksanaan (KRK)

KUALA NERUS, 18 Ogos 2026 – Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini menganjurkan Sesi Pembentangan Hala Tuju INSPIRE sempena pelantikan YBhg. Tan Sri Dato' Dr. Mohd Yusof bin Haji Md. Noor sebagai Felo Kehormat institut berkenaan.

Majlis dan perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Ts. Dr. Shukor Abd Razak, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) dan hadir sama Prof. Dr. Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin, Pengarah INSPIRE, Prof. Madya Dr. Wan Khairul Aiman Wan Mokhtar, Timbalan Pengarah INSPIRE, Felo Penyelidik INSPIRE, kakitangan INSPIRE.

Turut hadir menyerikan majlis adalah delegasi daripada Kelab Rakan Kebijaksanaan (KRK) yang diketuai sendiri oleh Tan Sri Dato' Dr. Mohd Yusof bin Haji Md. Noor. Kehadiran delegasi ini memfokuskan kepada jaringan kerjasama strategik bersama Unit Hikmah di bawah INSPIRE bagi memperkasakan lagi usaha penyelidikan dan pembangunan keilmuan.

Sesi pembentangan ini diadakan bagi memperincikan perancangan strategik serta hala tuju masa depan INSPIRE. Kehadiran pihak akademik dan delegasi jemputan disifatkan penting sebagai komitmen sokongan dalam memastikan kelancaran program dan pencapaian objektif yang telah dirancang bagi memperkasakan penyelidikan ketamadunan Melayu dan Islam.

Menurut Pengarah INSPIRE, Profesor Dr. Wan Mohd Khairul Firdaus bin Wan Khairuldin, penganjuran majlis ini bukan sahaja memperlihatkan sokongan padu warga universiti, malah menjadi titik tolak penting dalam melonjakkan peranan INSPIRE di peringkat akademik dan masyarakat melalui kolaborasi bersama pelbagai pihak.

KUANTAN, 17 Ogos 2026β€” Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE) hari ini mengadakan kunjungan...
17/08/2026

KUANTAN, 17 Ogos 2026β€” Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE) hari ini mengadakan kunjungan hormat dan perbincangan kolaborasi strategik bersama Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang bertempat di ibu pejabat PKZ Pahang, di sini. Pihak INSPIRE telah diketuai oleh Prof. Dr. Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairulddin, Pengarah INSPIRE, Prof. Madya Dr. Wan Khairul Aiman Wan Mokhtar, Timbalan Pengarah INSPIRE. Pihak PKZ Pahang telah dihadiri oleh Dr. Haji Mohd Azmi Haji Othman, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PKZ Pahang bersama-sama para pegawai.
Pertemuan tersebut berfokus kepada potensi kerjasama akademik dan penyelidikan berteraskan peningatan kearifan tempatan, pemeliharaan warisan, serta pemerkasaan ekonomi ummah menerusi instrumen zakat.
Fokus Utama Perbincangan
* Pendigitalan Manuskrip & Kearifan Tempatan: Usaha pemeliharaan dan pendigitalan manuskrip Melayu Islam bagi mengabadikan kearifan tempatan, sekaligus membolehkan khazanah ilmu silam diakses secara luas menerusi teknologi digital.
* Kajian Zakat & Isu Contemporari: Pelaksanaan penyelidikan komprehensif berkaitan pengurusan zakat, menangani isu-isu semasa seperti ketaksamaan sosioekonomi, serta menilai impak agihan zakat terhadap pembangunan ummah secara mampan.
* Integrasi Keilmuan & Teknologi: Menggabungkan analisis saintifik INSPIRE dengan data lapangan PKZ Pahang bagi merangka penyelesaian berasaskan bukti (evidence-based solution) untuk menangani cabaran masyarakat Islam.
Delegasi INSPIRE menyifatkan jaringan kerjasama ini sebagai langkah proaktif dalam menzahirkan nilai ketamadunan Islam secara praktikal menerusi pemeliharaan warisan dan pemantapan institusi zakat. Pihak PKZ Pahang turut menyambut baik inisiatif ini bagi memperkasakan lagi kefahaman masyarakat serta kecekapan pengurusan zakat secara berimpak tinggi.

16/08/2026

Falsafah memainkan peranan yang penting dalam membina identiti diri - Dr. Razi Yaakob

πŸ“œ TELAH | Bedah ManuskripKitab Kuning 400 Tahun: Sembang Manuskrip al-Sirat al-MustaqimAyuh bersama menelusuri khazanah ...
12/08/2026

πŸ“œ TELAH | Bedah Manuskrip

Kitab Kuning 400 Tahun: Sembang Manuskrip al-Sirat al-Mustaqim

Ayuh bersama menelusuri khazanah manuskrip Islam dan menyingkap warisan keilmuan ulama Nusantara melalui sebuah sesi bedah manuskrip yang sarat dengan nilai sejarah, ilmu dan pemikiran.

πŸŽ™οΈ Penceramah: Prof. Madya Dr. Jamalluddin Bin Hashim
🎀 Moderator: Syahir Abd Razak
πŸ“… 19 Ogos 2026 (Rabu)
⏰ 10:00 pagi
πŸ“± Siaran langsung: FB INSPIRE UniSZA

Anjuran:
Institut Penyelidikan Produk & Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE), UniSZA

Menelusuri khazanah ilmu dan naskhah untuk memahami pemikiran Islam dan warisan intelektual ulama Nusantara.

Kementerian Pendidikan Tinggi
Universiti Sultan Zainal Abidin - FB Rasmi

11/08/2026

Ilmu Kolonial - Dr. Nurshuhada Mohamed

10/08/2026

Sejauh manakah hubungan antara Sir Malcolm MacDonald dan Dato’ Onn Jaafar telah membentuk landskap politik serta perpaduan di Tanah Melayu?

Ikuti kupasan ilmiah oleh Dr. Nurshuhada binti Mohamed, Pensyarah Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG), UniSZA, yang akan mengupas dimensi sejarah dan politik di sebalik pakatan kedua-dua tokoh ini berdasarkan penelitian terhadap sumber dan manuskrip.

Universiti Sultan Zainal Abidin - FB Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi

10/08/2026

TELAAH BEDAH MANUSKRIP

Sejauh manakah hubungan antara Sir Malcolm MacDonald dan Dato’ Onn Jaafar telah membentuk landskap politik serta perpaduan di Tanah Melayu?

Ikuti kupasan ilmiah oleh Dr. Nurshuhada binti Mohamed, Pensyarah Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG), UniSZA, yang akan mengupas dimensi sejarah dan politik di sebalik pakatan kedua-dua tokoh ini berdasarkan penelitian terhadap sumber dan manuskrip.

πŸ—“ 10 Ogos 2026 (Isnin)
πŸ•™ 10.00 pagi
πŸ“ Siaran langsung di Facebook INSPIRE UniSZA

Kementerian Pendidikan Tinggi
Universiti Sultan Zainal Abidin - FB Rasmi

Jangan lepaskan peluang untuk menambah kefahaman tentang sejarah politik Tanah Melayu melalui perspektif penyelidikan yang berasaskan sumber primer.

09/08/2026

Ilham ketika mengkaji manuskrip - Dr. Baharrudin Zainal

Address

Institut Penyelidikan Produk Dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak
Kampong Gong Badak
21300

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:45
Tuesday 08:00 - 16:45
Wednesday 08:00 - 16:45
Thursday 08:00 - 16:30
Sunday 08:00 - 16:45

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam - INSPIRE posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam - INSPIRE:

Shortcuts

Share