Pusat Komunikasi Korporat & Pengurusan Perhubungan

Website Contact the university

Pusat Komunikasi Korporat & Pengurusan Perhubungan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

29/09/2026

REFRESHER COURSE SIRI 2: KURSUS PEMANTAPAN BAGI PEGAWAI PENGIRING DAN PEGAWAI PROTOKOL UniSZA

Refresher Course Siri 2: Kursus Pemantapan bagi Pegawai Pengiring dan Pegawai Protokol Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berlangsung pada 28 September 2026 bertempat di UniSiswa, UniSZA Kampus Gong Badak.

Kursus ini dikendalikan oleh Encik M. Nor Aishamuddin bin Sazali, Timbalan Pengarah Bahagian Pentadbiran Kewangan, Pengurusan Acara & Protokol, bagi memperkukuh pengetahuan, kemahiran serta kefahaman para pegawai dalam melaksanakan tugas pengiring dan protokol dengan lebih teratur dan profesional.

Semoga perkongsian dan pendedahan yang diberikan dapat dimanfaatkan dalam memastikan setiap tugasan serta pengurusan acara rasmi UniSZA dapat dilaksanakan dengan lancar dan penuh berhemah.

Universiti Sultan Zainal Abidin - FB Rasmi

REFRESHER COURSE SIRI 2: KURSUS PEMANTAPAN BAGI PEGAWAI PENGIRING DAN PEGAWAI PROTOKOL UniSZA Refresher Course Siri 2: K...
29/09/2026

REFRESHER COURSE SIRI 2: KURSUS PEMANTAPAN BAGI PEGAWAI PENGIRING DAN PEGAWAI PROTOKOL UniSZA

Refresher Course Siri 2: Kursus Pemantapan bagi Pegawai Pengiring dan Pegawai Protokol Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berlangsung pada 28 September 2026 bertempat di UniSiswa, UniSZA Kampus Gong Badak.

Kursus ini dikendalikan oleh Encik M. Nor Aishamuddin bin Sazali, Timbalan Pengarah Bahagian Pentadbiran Kewangan, Pengurusan Acara & Protokol, bagi memperkukuh pengetahuan, kemahiran serta kefahaman para pegawai dalam melaksanakan tugas pengiring dan protokol dengan lebih teratur dan profesional.

Semoga perkongsian dan pendedahan yang diberikan dapat dimanfaatkan dalam memastikan setiap tugasan serta pengurusan acara rasmi UniSZA dapat dilaksanakan dengan lancar dan penuh berhemah.

Universiti Sultan Zainal Abidin - FB Rasmi

Menjejak Ilmu, Menggapai Impian 24 September 2026Smart Classroom, UniSZASeramai 12 orang pelajar tingkatan 6 bersama 4 o...
23/09/2026

Menjejak Ilmu, Menggapai Impian

24 September 2026
Smart Classroom, UniSZA

Seramai 12 orang pelajar tingkatan 6 bersama 4 orang guru dari SMK Agama Miri, Sarawak telah berkunjung ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam satu lawatan pendidikan bagi mengenali dengan lebih dekat persekitaran universiti, peluang pendidikan tinggi serta program-program pengajian yang ditawarkan di UniSZA.

Lawatan ini menjadi ruang kepada para pelajar untuk mendapatkan gambaran awal tentang kehidupan di alam universiti, di samping membuka peluang untuk mereka meneroka pelbagai pilihan pengajian yang selari dengan minat, potensi dan cita-cita masing-masing.

Turut berlangsung sesi perkongsian ilmu dan pengalaman yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Noorsafuwan bin Che Noh, Pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, yang memberikan pendedahan serta inspirasi kepada para pelajar dalam merancang perjalanan pendidikan dan membina hala tuju masa hadapan.

Sesungguhnya, kunjungan ke institusi pendidikan tinggi bukan sekadar sebuah lawatan, tetapi merupakan satu pengalaman yang mampu mencetuskan inspirasi dan membina keyakinan untuk melangkah lebih jauh dalam mengejar impian.

Setiap impian bermula dengan satu langkah.
Hari ini mereka hadir untuk mengenali dan meneroka,
esok mereka melangkah dengan ilmu dan keyakinan,
dan semoga suatu hari nanti, langkah tersebut membawa mereka kembali ke UniSZA sebagai mahasiswa yang menggapai cita-cita dan membina masa depan.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 🇲🇾16 SEPTEMBER 2026Semarak Bulan Kebangsaan 2026Universiti Sultan Zainal AbidinMALAYS...
15/09/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 🇲🇾

16 SEPTEMBER 2026

Semarak Bulan Kebangsaan 2026
Universiti Sultan Zainal Abidin

MALAYSIA MADANI
Kesejahteraan Dinikmati

Semoga sambutan Hari Malaysia terus menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta menyuburkan rasa cinta kepada negara dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia.

Ikhlas daripada:
Pengarah CCoRM dan Seluruh Warga CCoRM
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Prof. Madya Dr. Syarilla Iryani binti Ahmad Saany
Pengarah CCoRM

12/09/2026

REFRESHER COURSE: KURSUS PEMANTAPAN PEGAWAI PENGIRING DAN PEGAWAI PROTOKOL UniSZA

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan (CCoRM) telah menganjurkan Refresher Course: Kursus Pemantapan bagi Pegawai Pengiring dan Pegawai Protokol UniSZA pada 10 September 2026 bertempat di Makmal Komputer, Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, UniSZA Kampus Gong Badak.

Kursus yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah (Pentadbiran Kewangan, Pengurusan Acara & Protokol), Encik M. Nor Aishamuddin bin Sazali ini diadakan sebagai platform untuk memperkukuh pengetahuan dan kemahiran para pegawai dalam aspek pengurusan protokol serta pelaksanaan tugas sebagai pegawai pengiring, khususnya dalam memastikan kelancaran dan profesionalisme sepanjang pengendalian majlis rasmi universiti.

Program ini turut dihadiri oleh Pengarah CCoRM, Prof. Madya Dr. Syarilla Iryani binti Ahmad Saany.

Diharapkan penganjuran kursus ini dapat meningkatkan tahap kompetensi dan kefahaman peserta, sekali gus memantapkan mutu pengurusan protokol serta penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan profesional di UniSZA.

REFRESHER COURSE: KURSUS PEMANTAPAN PEGAWAI PENGIRING DAN PEGAWAI PROTOKOL UniSZAUniversiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA...
12/09/2026

REFRESHER COURSE: KURSUS PEMANTAPAN PEGAWAI PENGIRING DAN PEGAWAI PROTOKOL UniSZA

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan (CCoRM) telah menganjurkan Refresher Course: Kursus Pemantapan bagi Pegawai Pengiring dan Pegawai Protokol UniSZA pada 10 September 2026 bertempat di Makmal Komputer, Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, UniSZA Kampus Gong Badak.

Kursus yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah (Pentadbiran Kewangan, Pengurusan Acara & Protokol), Encik M. Nor Aishamuddin bin Sazali ini diadakan sebagai platform untuk memperkukuh pengetahuan dan kemahiran para pegawai dalam aspek pengurusan protokol serta pelaksanaan tugas sebagai pegawai pengiring, khususnya dalam memastikan kelancaran dan profesionalisme sepanjang pengendalian majlis rasmi universiti.

Program ini turut dihadiri oleh Pengarah CCoRM, Prof. Madya Dr. Syarilla Iryani binti Ahmad Saany.

Diharapkan penganjuran kursus ini dapat meningkatkan tahap kompetensi dan kefahaman peserta, sekali gus memantapkan mutu pengurusan protokol serta penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan profesional di UniSZA.

PODCAST KALANG WARISAN PODCAST EDISI SUKUM 2026: CERITA KITA BERSAMA PEGAWAI BELAKANG TABIR UniSZA @ SUKUM 20261 SEPTEMB...
01/09/2026

PODCAST KALANG WARISAN
PODCAST EDISI SUKUM 2026: CERITA KITA BERSAMA PEGAWAI BELAKANG TABIR UniSZA @ SUKUM 2026

1 SEPTEMBER 2026, SELASA

PODCAST KALANG WARISAN PODCAST EDISI SUKUM 2026: CERITA KITA BERSA...

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H“Madani Dihayati, Ummah Diberkati”Semoga sambutan Maulidur Rasul menjadi wadah untuk kita memp...
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

“Madani Dihayati, Ummah Diberkati”

Semoga sambutan Maulidur Rasul menjadi wadah untuk kita memperingati perjuangan dan pengorbanan Rasulullah SAW serta menghayati sunnah dan akhlak Baginda dalam kehidupan seharian.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua memperoleh syafaat Baginda di akhirat kelak.

25 Ogos 2026 | 12 Rabiulawal 1448 Hijrah

Ikhlas daripada:
Pusat Komunikasi Korporat & Pengurusan Perhubungan (CCoRM)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H“Madani Dihayati, Ummah Diberkati”Semoga sambutan Maulidur Rasul menjadi wadah untuk kita memp...
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

“Madani Dihayati, Ummah Diberkati”

Semoga sambutan Maulidur Rasul menjadi wadah untuk kita memperingati perjuangan dan pengorbanan Rasulullah SAW serta menghayati sunnah dan akhlak Baginda dalam kehidupan seharian.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua memperoleh syafaat Baginda di akhirat kelak.

25 Ogos 2026 | 12 Rabiulawal 1448 Hijrah

Ikhlas daripada:
Prof. Madya Dr. Syarilla Iryani binti Ahmad Saany
Pengarah CCoRM
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Address

UniSZA Kampus Gong Badak
Kampong Gong Badak
21300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Komunikasi Korporat & Pengurusan Perhubungan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Komunikasi Korporat & Pengurusan Perhubungan:

Shortcuts

Share