Fakulti Ekonomi dan Muamalat / Faculty of Economics and Muamalat - FEM

Website

Fakulti Ekonomi dan Muamalat / Faculty of Economics and Muamalat - FEM Ditubuhkan pada tahun 2001. Semoga Fakulti ini terus menghasilkan graduan yang berpengetahuan, mahir dan profesional dalam bidang pentadbiran muamalat.

๐Ÿ“šโœจ MINGGU PENGHAYATAN AKADEMIK FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT (FEM) โœจ๐Ÿ“šAlhamdulillah, Program Minggu Penghayatan Akademik F...
17/09/2026

๐Ÿ“šโœจ MINGGU PENGHAYATAN AKADEMIK FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT (FEM) โœจ๐Ÿ“š

Alhamdulillah, Program Minggu Penghayatan Akademik Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) telah berlangsung dengan jayanya sebagai salah satu inisiatif dalam memberikan pendedahan serta pemahaman kepada para pelajar baharu mengenai kehidupan akademik, persekitaran pembelajaran dan hala tuju pengajian di FEM.

Program ini turut dihadiri oleh Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Timbalan-Timbalan Dekan serta Ketua-Ketua Program yang bersama-sama memberikan penerangan, perkongsian dan panduan kepada para pelajar bagi membantu mereka memulakan perjalanan pengajian di universiti dengan lebih yakin dan terarah.

Semoga program ini dapat menjadi titik permulaan yang baik dalam membina kefahaman, keyakinan dan semangat para pelajar untuk menempuh kehidupan akademik di FEM serta mencapai kecemerlangan sepanjang tempoh pengajian. ๐ŸŒŸ

๐ŸŽ“ Selamat datang dan selamat memulakan perjalanan akademik kepada seluruh pelajar baharu FEM! Semoga terus bersemangat menimba ilmu, membina sahsiah dan mencipta kejayaan. Jadilah mahasiswa yang berilmu, berdisiplin dan bertakwa serta manfaatkan setiap peluang yang ada untuk mengembangkan potensi diri. ๐Ÿ’™

Tulus ikhlas daripada Seluruh warga Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM ๐Ÿ’™


11/09/2026
๐ŸŽ‰ 12th Islamic Banking, Accounting & Finance International Conference 2026 (iBAF 2026) ๐ŸŽ‰Universiti Sains Islam Malaysia ...
11/09/2026

๐ŸŽ‰ 12th Islamic Banking, Accounting & Finance International Conference 2026 (iBAF 2026) ๐ŸŽ‰

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya menganjurkan The 12th Islamic Banking, Accounting & Finance International Conference 2026 (iBAF 2026) yang telah berlangsung pada 9 dan 10 September 2026 bertempat di Mรถvenpick Hotel & Convention Centre KLIA.

Mengangkat tema โ€œFuture-Ready Islamic Accounting, Banking and Finance: Integrating Artificial Intelligence, Sustainability, and Governanceโ€, persidangan ini telah menghimpunkan para akademik, pengamal industri, penyelidik serta pelbagai pihak berkepentingan dalam membincangkan perkembangan dan masa depan bidang perbankan, perakaunan serta kewangan Islam dalam mendepani perubahan teknologi dan cabaran global.

Turut menjayakan persidangan ini ialah barisan officiator, panel dan moderator yang terdiri daripada tokoh akademik serta pemain industri dari dalam dan luar negara, sekali gus memperkayakan perkongsian ilmu dan perbincangan sepanjang persidangan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), USIM serta seluruh jawatankuasa dan pihak yang terlibat atas kejayaan penganjuran iBAF 2026. Semoga persidangan ini terus menjadi wadah dalam memperkukuh jaringan akademik dan industri serta memperkasa ekosistem kewangan Islam di peringkat nasional dan antarabangsa. ๐Ÿ’™

Tulus ikhlas daripada Seluruh warga Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM ๐Ÿ’™

๐ŸŒฑ CONNECTING COMMUNITIES, CREATING COMMUNITIES: ENTREPRENEURSHIP FOR SUSTAINABLE IMPACT ๐ŸŒฑFakulti Ekonomi dan Muamalat (F...
04/09/2026

๐ŸŒฑ CONNECTING COMMUNITIES, CREATING COMMUNITIES: ENTREPRENEURSHIP FOR SUSTAINABLE IMPACT ๐ŸŒฑ

Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berbesar hati menerima kunjungan delegasi dari tiga universiti dari Indonesia, iaitu Universitas International Batam, Universitas Buddhi Dharma dan BINUS University dalam menjayakan program Connecting Communities, Creating Communities: Entrepreneurship for Sustainable Impact.

Program ini menjadi platform bermakna dalam memperkukuh hubungan akademik dan jaringan keusahawanan antara institusi pendidikan tinggi Malaysia dan Indonesia, khususnya melalui perkongsian ilmu, pengalaman serta amalan terbaik dalam bidang keusahawanan dan pembangunan lestari.

Turut sama menjayakan program ini ialah KOSISWA USIM, GENBA Bakery serta Pusat Keusahawanan USIM, yang memberikan pengalaman secara langsung berkaitan ekosistem keusahawanan kepada para peserta.

Semoga jalinan kerjasama dan pertukaran ilmu yang terjalin melalui program ini terus berkembang serta memberi impak yang mampan kepada komuniti, institusi dan generasi usahawan masa hadapan. ๐Ÿค๐ŸŒ

๐Ÿ“š BENGKEL SMART & EFFECTIVE SUPERVISION๐Ÿ“… 2 September 2026Graduate School of Muamalat (GSM), Fakulti Ekonomi dan Muamalat...
04/09/2026

๐Ÿ“š BENGKEL SMART & EFFECTIVE SUPERVISION
๐Ÿ“… 2 September 2026

Graduate School of Muamalat (GSM), Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) telah menganjurkan Bengkel Smart & Effective Supervision bagi memperkukuhkan kemahiran dan amalan terbaik dalam penyeliaan pelajar siswazah.
Bengkel ini turut memberi pendedahan berkaitan strategi penyeliaan, pemantauan kemajuan penyelidikan, serta pengisian borang penilaian baharu bagi Qualifying Test (QT) dan Viva Voce.

โœจ Semoga perkongsian ini dapat memperkasakan penyelia dalam meningkatkan kualiti penyelidikan dan kejayaan pengajian pelajar siswazah.

Graduate School of Muamalat, FEM - USIM

๐Ÿ“ข *Survey: APEL (C) for the Master of Islamic Finance (MIF), USIM*๐Ÿ“*APEL (C)*, introduced by the Malaysian Qualification...
27/08/2026

๐Ÿ“ข *Survey: APEL (C) for the Master of Islamic Finance (MIF), USIM*

๐Ÿ“*APEL (C)*, introduced by the Malaysian Qualifications Agency (MQA), recognises relevant prior learning and experience for potential credit transfer towards selected courses, subject to the required assessment.

The Faculty of Economics and Muamalat (FEM), USIM is conducting a short survey to understand the *profile, professional experience, and readiness of prospective candidates for APEL (C) for MIF*.

Your feedback also will help us identify potential candidates and assess the suitability of MIF courses for credit transfer through APEL (C).

โฑ๏ธ Estimated time: 5โ€“7 minutes
๐Ÿ”’ All responses will be treated as confidential and used for academic and programme planning purposes.

We would greatly appreaciate your participation and valuable feedback.

๐Ÿ‘‰ Click the link below to participate:
๐Ÿ”— https://forms.gle/kbgFtYHezWVdP5GJ6

Thank you for your valuable time and participation!

-Graduate School of Muamalat (GSM), Faculty of Economics and Muamalat (FEM), USIM-

โœจ PROGRAM EDUCATIONAL AND CAMPUS EXPERIENCE PROGRAMME โœจFakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malays...
27/08/2026

โœจ PROGRAM EDUCATIONAL AND CAMPUS EXPERIENCE PROGRAMME โœจ

Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berbesar hati menerima lawatan daripada Mas Ar Risalah, Indonesia sempena Program Educational and Campus Experience Programme.

Program ini menjadi platform yang bermakna dalam memberikan pengalaman pembelajaran dan pendedahan kepada para peserta tentang suasana kehidupan kampus, di samping memperkukuh hubungan serta ukhuwah antara kedua-dua pihak.

Semoga kunjungan ini memberikan pengalaman yang berharga, memperluas pengetahuan serta mencipta kenangan indah buat seluruh peserta.

๐Ÿ“ธ Sekitar lawatan dan aktiviti bersama peserta Mas Ar Risalah di FEM, USIM.







๐ŸŽ‰ ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ: ๐—ง๐—˜๐—•๐—จ๐—ฆ ๐—•๐—”๐—จ๐—–๐—”๐—ฅ ๐—•๐—จ๐—ž๐—จ ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—•๐—œ๐—ง ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐— ! ๐Ÿ“šโœจBerita baik untuk semua pelajar ๐—œ๐—ฃ๐—ง๐—” & ๐—œ๐—ฃ๐—ง๐—ฆ! And...
21/08/2026

๐ŸŽ‰ ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ: ๐—ง๐—˜๐—•๐—จ๐—ฆ ๐—•๐—”๐—จ๐—–๐—”๐—ฅ ๐—•๐—จ๐—ž๐—จ ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—•๐—œ๐—ง ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐— ! ๐Ÿ“šโœจ

Berita baik untuk semua pelajar ๐—œ๐—ฃ๐—ง๐—” & ๐—œ๐—ฃ๐—ง๐—ฆ! Anda kini boleh menggunakan ๐—•๐—ฎ๐˜‚๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ ๐—•๐˜‚๐—ธ๐˜‚ ๐— ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ bernilai ๐—ฅ๐— ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ untuk mendapatkan koleksi buku ilmiah dan akademik terbaik daripada Penerbit USIM.
๐Ÿ—“๏ธ Tempoh Program: 15 Julai hingga 31 Oktober 2026
Tarikh Mula Penebusan: 15 Julai 2026 - 11.00 Pagi
Tarikh Akhir Penebusan: 31 Oktober 2026 - 11:59 Malam

๐Ÿข Platform Pembelian: laman web MySiswaPlace (Imbas kod QR pada poster) atau layari website https://mysiswaplace.my/bookstore?id=156

Pelbagai naskhah menarik menanti anda seperti buku Basic Medical Procedure Guidelines for Junior Doctor, Bankruptcy Laws in Malaysia: Student Handbook, Teori Kunseling dan Psikoterapi Edisi Keenam dan banyak lagi!

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk penuhkan rak buku anda dengan ilmu bermanfaat. Jom imbas kod QR sekarang dan tebus baucar buku anda untuk mula berbelanja! ๐Ÿš€๐Ÿ›๏ธ

PROFESSIONAL DEVELOPMENT SESSION | iBAF2026Join us for โ€œAgile Leadership for Future-Ready Talent in Islamic Financeโ€ โ€” a...
17/08/2026

PROFESSIONAL DEVELOPMENT SESSION | iBAF2026

Join us for โ€œAgile Leadership for Future-Ready Talent in Islamic Financeโ€ โ€” a professional development session designed for industry professionals and organisations seeking to strengthen leadership capabilities and prepare talent for the evolving Islamic finance landscape.

๐Ÿ“… 9 September 2026 (Wednesday)
โฐ 2.00 โ€“ 5.00 p.m.
๐Ÿ“ Mรถvenpick Hotel & Convention Centre KLIA

๐Ÿ”— Registration:
https://forms.gle/26TJYKkyKM58o4ah6

๐ŸŒ More information:
https://ibaf.usim.edu.my

Develop your people. Prepare for the future.

Address

Kampong Nilai
71800

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Ekonomi dan Muamalat / Faculty of Economics and Muamalat - FEM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share