31/08/2021
[ SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-64 ]
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Malaysia sudah mengharungi 64 tahun sebagai negara merdeka. Justeru itu, Urus Setia Latihan Pembangunan Mahasiswa (ULPM) Sesi Akademik 2020/2021 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-64 buat semua warga USIM dan seluruh rakyat Malaysia.
Marilah sama-sama kita berganding bahu menyemarakkan ikatan perpaduan sesama kita. Semoga Hari Kemerdekaan yang disambut pada tahun ini dapat memberikan manfaat yang lebih baik. Didoakan juga semoga Malaysia bebas daripada wabak COVID-19.
Pelbagai bangsa pelbagai budaya,
Perpaduan rakyat teras utama,
Rakyat bersatu negara berjaya,
Malaysia Prihatin aman sejahtera.
"PERINTIS MAHASISWA BERKUALITI"
URUS SETIA LATIHAN PEMBANGUNAN MAHASISWA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
31 OGOS 2021 | 22 MUHARRAM 1443H