05/05/2026
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21 SESI 2026/2027 KOLEJ VOKASIONAL SEPANG
ποΈ Tarikh : 30 April 2026
β° Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
πTempat : Dewan Al-Jazari Kolej Vokasional Sepang
πMesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali Ke-21 Sesi 2026/2027 telah diadakan dengan jayanya pada 30 April 2026 bertempat di Dewan Al-Jazari, Kolej Vokasional Sepang. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perkembangan semasa kolej, membentangkan laporan aktiviti dan kewangan PIBG, serta mengukuhkan kerjasama antara pihak kolej dan ibu bapa demi kecemerlangan pelajar.
πMajlis ini telah dihadiri oleh barisan pengurusan kolej, guru-guru, ibu bapa serta para jemputan. Kehadiran yang memberangsangkan menunjukkan komitmen tinggi semua pihak terhadap pembangunan akademik, sahsiah dan kebajikan pelajar.
πAntara objektif Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21 adalah:
a) Membentangkan laporan aktiviti dan kewangan PIBG bagi sesi terdahulu.
b) Membincangkan usul-usul yang dikemukakan oleh ibu bapa dan ahli PIBG.
c) Mengukuhkan hubungan kerjasama antara ibu bapa dan pihak kolej.
d) Menambah baik kebajikan, kemudahan dan kecemerlangan pelajar.
e) Melantik Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2026/2027.