17/05/2026
Festival IT4U 15.0 yang bertemakan βKe Arah Generasi Khalifah Masa Depan Celik AIβ telah berjaya melabuhkan tirainya dengan jayanya! Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Besut (PPD Besut) serta Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UniSZA. Penganjuran program ini adalah selaras dengan Pelan Strategik Universiti 2026 (PSU 2023β2030) ST5: Khalifah Masa Depan [SP3: Pemerkasaan Komuniti] yang menekankan usaha memperkasa peranan universiti, khususnya Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), dalam melaksanakan tanggungjawab sosial melalui jalinan kerjasama strategik bersama institusi pendidikan sekolah.
Festival IT4U kali ini menyaksikan penganjuran tiga bengkel AI Generatif (GenAI) dan satu bengkel Internet Benda (IoT) untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar Besut. Secara keseluruhannya, program ini telah melibatkan 18 orang guru dan 63 orang pelajar. Lebih menarik lagi, bengkel-bengkel untuk pelajar telah dikendalikan oleh mahasiswa & mahasiswi PMFIK dan RoboPro selaku fasilitator. Penglibatan ini jelas menunjukkan pemerkasaan mahasiswa & mahasiswi UniSZA dalam menyumbang ilmu, kemahiran dan kepakaran kepada komuniti setempat, khususnya dalam bidang teknologi digital dan kecerdasan buatan.
Festival selama dua hari ini mencapai kemuncaknya pada Majlis Perasmian Penutup yang telah berlangsung pada 14 Mei. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Syarilla Iryani binti Ahmad Saany, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan (CCoRM) UniSZA, mewakili Prof. Madya Datoβ Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff @ Che Abdullah, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniSZA. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Encik Rozaidi Majid, Pegawai SIP+, yang hadir mewakili Encik Mohd Aliziyad bin Abas, Pegawai Pendidikan Daerah Besut. Pada majlis tersebut juga, penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Poster Inovasi GenAI telah diadakan sebagai penghargaan terhadap kreativiti, inovasi dan usaha para peserta dalam mengaplikasikan pengetahuan berkaitan Generatif AI.
Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh melalui Festival IT4U 15.0 ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta, serta menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi khalifah masa depan yang celik teknologi, berdaya saing dan berakhlak mulia.
FIKTerbanglah