17/09/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐/๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
| ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
BESUT - Telah berlangsung Majlis Perasmian Penutup Minggu Mesra Siswa Kemasukan Pelajar Baharu Diploma & Sarjana Muda Sesi 2026/2027 Kampus Besut bertempat di Dataran Kompleks Akademik & Pentadbiran , UniSZA Kampus Besut.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Madya Dato' Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff @ Che Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).
Turut hadir ke majlis perasmian tersebut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi): YBrs. Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abd Razak, Pendaftar UniSZA: YBrs. Encik Muzafar bin Mohd Din, Pengarah Kampus: YBrs. Prof. Madya Dr. Azman bin Azid, Ketua Pustakawan: Puan Norulhuda binti Makhtar, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat & Pengurusan Perhubungan: Prof. Madya Dr. Syarilla Iryani binti Ahmad Saany, Dekan Fakulti, Wakil Ketua Pusat Tanggungjawab serta Pegawai-pegawai Kanan di UniSZA.
Majlis ini merupakan kemuncak kepada Minggu Mesra Siswa yang bermula pada 13 September 2026 dengan menghimpunkan pelbagai pengisian dan aktiviti bagi membantu pelajar baharu menyesuaikan diri dengan persekitaran universiti, mengenali warga kampus serta memahami kehidupan sebagai mahasiswa UniSZA.
Lebih daripada sekadar minggu suai kenal, Minggu Mesra Siswa menjadi titik awal pembentukan jati diri, semangat kekitaan dan aspirasi baharu dalam kalangan mahasiswa yang bakal mencorakkan perjalanan akademik dan kehidupan mereka di UniSZA.
Selamat datang dan selamat melangkah ke dunia kampus, mahasiswa baharu UniSZA!
Semoga setiap langkah, pengalaman dan cabaran sepanjang berada di UniSZA menjadi sebahagian daripada perjalanan bermakna menuju kecemerlangan.