15/02/2016
KAJIAN TAHAP KEPUASAN STAF DAN MAHASISWA UniMAP 2015
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Pusat Pembangunan Korporat dan Pengurusan Kualiti (PUSPEK) sedang menjalankan Kajian Tahap Kepuasan Staf dan Mahasiswa bagi tahun 2015. Kajian ini dilaksanakan bagi membantu pihak pengurusan UniMAP menambah baik kemudahan universiti, sekali gus sebagai asas untuk merangka strategi serta inisiatif baru pengurusan perkhidmatan UniMAP pada masa akan datang. Kajian ini juga penting untuk dilaporkan kepada Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP), UniMAP, selain sebagai KPI Naib Canselor yang perlu dilaporkan kepada YB Menteri Pendidikan Malaysia.
2. Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dipohon untuk memastikan semua staf di PTJ/PPK dan mahasiswa di PPK YBhg. Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan mengisi borang soal selidik berkenaan yang boleh dicapai melalui: http://tahapkepuasan.unimap.edu.my . Untuk makluman YBhg. Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, kajian ini boleh dicapai dengan menggunakan smartphone dan akan berakhir pada 1 Mac 2016.
3. Saya amat berharap agar semua staf dan mahasiswa dapat memberikan jawapan dan maklumat dengan ikhlas dan jujur agar hasilnya dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dan menepati keperluan semua pihak. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi staf PUSPEK melalui talian 04-976 2750 atau e-mel: [email protected].
4. Perhatian dan kerjasama YBhg. Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dalam hal ini amat saya hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
"Mencarik Adat, Melarik Hasrat"
Kajian ini dilaksanakan bagi membantu pihak pengurusan UniMAP menambah baik kemudahan/perkhidmatan universiti, sekali gus sebagai asas untuk merangka strategi serta inisiatif baru pengurusan perkhidmatan UniMAP pada masa akan datang. Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato'/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tua…