Research Management Centre Universiti Malaysia Perlis

Research Management Centre Universiti Malaysia Perlis Research Management Centre under the purview of the Office of Deputy Vice-Chancellor (Research & Innovation)

Tahniah diucapkan kepada penyelidik UniMAP!
09/04/2026

Tahniah diucapkan kepada penyelidik UniMAP!

29/03/2026

PELAWAAN MENGEMUKAKAN CADANGAN PROJEK DI BAWAH CANADA FUND FOR LOCAL INITIATIVES (CFLI) 2026–2027

Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa calon yang layak untuk mengemukakan cadangan projek di bawah Canada Fund for Local Initiatives 2026–2027 (CFLI) melalui Kementerian Luar Negeri (KLN). Dana ini bertujuan menyokong projek berskala kecil tetapi berimpak tinggi di negara anggota ASEAN, selaras dengan bidang keutamaan penglibatan Kanada di peringkat global.

Tumpuan kepada tiga tema utama seperti berikut:

(i) Tadbir urus inklusif, termasuk demokrasi, hak asasi manusia dan penglibatan politik wanita;
(ii) Keamanan dan keselamatan, dengan fokus kepada Women, Peace and Security (WPS), keselamatan siber, kecerdasan buatan (AI), keselamatan maritim serta bidang-bidang yang boleh mendapat manfaat daripada kepakaran Kanada dalam Pelan Tindakan Perkongsian Strategik ASEAN-Kanada; dan
(iii) Pertumbuhan yang inklusif, termasuk hak ekonomi wanita dan keselamatan ekonomi.

Keutamaan tambahan kepada inisiatif yang menyentuh isu-isu berikut:

(i) Tadbir urus kecerdasan buatan (AI);
(ii) Pusat penipuan dalam talian;
(iii) Belia dan pembinaan keamanan;
(iv) Women, Peace and Security (WPS);
(v) Keselamatan ekonomi dan kesaksamaan gender;
(vi) Tadbir urus demokratik; dan
(vii) Kerjasama maritim.

📅 Tarikh tutup: 30 April 2026

Permohonan dan maklumat lanjut mengenai kriteria boleh diakses melalui pautan: https://bit.ly/4dwfMPN

Tahun Ini, Tahun Kita






🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨🌙Ikhlas daripada Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)🕊️An...
19/03/2026

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨🌙

Ikhlas daripada Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

🕊️Anak merpati terbang ke taman,
Hinggap sebentar di dahan jati;
Raya disambut penuh kegembiraan,
Salah dan silap harap dimaafi. 🕊️

Di kesempatan yang mulia ini, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga UniMAP, rakan kolaborasi industri dan akademia, serta semua yang meraikan.

Semoga Syawal yang menjelma membawa keberkatan, kebahagiaan dan kejayaan berterusan dalam setiap usaha, khususnya dalam memacu kecemerlangan penyelidikan, inovasi dan pemindahan ilmu.

Maaf Zahir & Batin 🌸
Semoga ukhuwah terus terjalin dan kolaborasi terus diperkukuh.





11 MAC 2026 | RABUMAKLUMAN TAKLIMAT TATACARA PERMOHONAN BAGI  GERAN PENYELIDIKAN EKSPLORATORI DAN TRANSFORMASI (GET) TAH...
11/03/2026

11 MAC 2026 | RABU

MAKLUMAN TAKLIMAT TATACARA PERMOHONAN BAGI GERAN PENYELIDIKAN EKSPLORATORI DAN TRANSFORMASI (GET) TAHUN 2026

Sebagaimana YBhg. Prof./Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan sedia maklum, YAB Perdana Menteri pada 31 Julai 2025 telah melancarkan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) dengan tema “Melakar Semula Pembangunan” untuk membentuk hala tuju sosioekonomi negara. Dalam RMK13, Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (RDC&I) memainkan peranan kritikal sebagai enjin utama untuk mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan berteraskan teknologi tinggi.

Untuk pengetahuan YBhg. Prof./Prof.Madya/Dr./Tuan /Puan, Kerajaan telah meluluskan peruntukan pembangunan bagi Dana Kelestarian Penyelidikan di bawah Rolling Plan Pertama (RP1) Tahun 2026.

Sehubungan itu, bagi memastikan kelancaran proses permohonan geran ini, pihak RMC akan membuat satu Taklimat Tatacara Permohonan Geran GET tahun 2026 kepada semua penyelidik yang akan disampaikan oleh *Prof. Dr. Mohd Shahir Shamsir Omar dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)* seperti butiran di bawah ;

Tarikh : 16 Mac 2026 (Isnin)
Masa : 3.30 petang
Tempat : atas talian ( meet.google.com/uik-josz-qos )

Penyelidik yang berkelapangan adalah dijemput untuk sama-sama mendengar taklimat tersebut. Segala kerjasama yang akan diberikan amatlah dihargai.





10/03/2026
Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) ingin mengucapkan setinggi - tinggi tahniah dan syabas kepada penyelidik-penyelidik ...
09/03/2026

Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) ingin mengucapkan setinggi - tinggi tahniah dan syabas kepada penyelidik-penyelidik UniMAP di atas penerimaan dana penyelidikan agensi kerajaan dan industri.

Pihak RMC juga mengharapkan kejayaan ini akan menjadi pemangkin semangat oleh penyelidik - penyelidik UniMAP yang lain untuk merebut peluang melalui permohonan dana penyelidikan yang ditawarkan dan mempergiatkan lagi usaha dalam jaringan kerjasama geran penyelidikan bersama dengan pihak industri, NGO dan lain-lain agensi sama ada dalam atau luar negara.





27 FEBRUARI 2026 | JUMAATMAKLUMAN TAKLIMAT GARIS PANDUAN DANA KELESTARIAN PENYELIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN TINGGI BAGI  G...
27/02/2026

27 FEBRUARI 2026 | JUMAAT

MAKLUMAN TAKLIMAT GARIS PANDUAN DANA KELESTARIAN PENYELIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN TINGGI BAGI GERAN PENYELIDIKAN EKSPLORATORI DAN TRANSFORMASI (GET)

Dimaklumkan bahawa JPT telah diluluskan peruntukan dalam tempoh rolling plan pertama tahun 2026 bagi membiayai Dana Kelestarian Penyelidikan. Antara Skim Geran di bawah dana ini adalah Geran Penyelidikan Eksploratori dan Transformatif (GET).

Selaras dengan perkara tersebut, permohonan Geran GET Tahun 2026 akan dibuka mulai 1 Mac 2026 sehingga 15 April 2026 dan terbuka kepada kakitangan akademik di Universiti Awam dan Universiti Swasta (termasuk Kolej Universiti Swasta).

Sehubungan itu, bagi memastikan kelancaran proses permohonan geran GET ini, pihak RMC akan membuat satu taklimat kepada semua penyelidik seperti butiran di bawah ;

Tarikh : 4 Mac 2026 (Rabu)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : atas talian ( meet.google.com/tpv-ehqw-aiv )

Semua penyelidik dijemput hadir.





Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) ingin mengucapkan setinggi - tinggi tahniah dan syabas kepada penyelidik-penyelidik ...
11/02/2026

Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) ingin mengucapkan setinggi - tinggi tahniah dan syabas kepada penyelidik-penyelidik UniMAP di atas penerimaan dana penyelidikan agensi kerajaan, industri dan antarabangsa.

Pihak RMC juga mengharapkan kejayaan ini akan menjadi pemangkin semangat oleh penyelidik - penyelidik UniMAP yang lain untuk merebut peluang melalui permohonan dana penyelidikan yang ditawarkan dan mempergiatkan lagi usaha dalam jaringan kerjasama geran penyelidikan bersama dengan pihak industri, NGO dan lain-lain agensi sama ada dalam atau luar negara.





Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) ingin mengucapkan setinggi - tinggi tahniah dan syabas kepada penyelidik-penyelidik ...
23/01/2026

Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) ingin mengucapkan setinggi - tinggi tahniah dan syabas kepada penyelidik-penyelidik UniMAP di atas penerimaan dana penyelidikan agensi kerajaan, mobiliti antarabangsa dan antarabangsa.

Pihak RMC juga mengharapkan kejayaan ini akan menjadi pemangkin semangat oleh penyelidik - penyelidik UniMAP yang lain untuk merebut peluang melalui permohonan dana penyelidikan yang ditawarkan dan mempergiatkan lagi usaha dalam jaringan kerjasama geran penyelidikan bersama dengan pihak industri, NGO dan lain-lain agensi sama ada dalam atau luar negara.





Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) ingin mengucapkan setinggi - tinggi tahniah dan syabas kepada penyelidik-penyelidik ...
07/01/2026

Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) ingin mengucapkan setinggi - tinggi tahniah dan syabas kepada penyelidik-penyelidik UniMAP di atas penerimaan dana penyelidikan agensi kerajaan dan antarabangsa.

Pihak RMC juga mengharapkan kejayaan ini akan menjadi pemangkin semangat oleh penyelidik - penyelidik UniMAP yang lain untuk merebut peluang melalui permohonan dana penyelidikan yang ditawarkan dan mempergiatkan lagi usaha dalam jaringan kerjasama geran penyelidikan bersama dengan pihak industri, NGO dan lain-lain agensi sama ada dalam atau luar negara.





Address

Kangar
Kangar

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Research Management Centre Universiti Malaysia Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Research Management Centre Universiti Malaysia Perlis:

Share