Sek Ren Islam Darul Taqwa Kemaman

Call

Sek Ren Islam Darul Taqwa Kemaman Halaman Rasmi Sekolah Rendah Islam Darul Taqwa Kemaman

17/09/2026
KHAMIS, 17 SEPTEMBER 2026 - ✨ SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA ✨Tahniah kepada semua peserta yang telah menga...
17/09/2026

KHAMIS, 17 SEPTEMBER 2026 - ✨ SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA ✨

Tahniah kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian mengikut kategori yang dipertandingkan mengikut tahun.

Tahniah dan syabas juga kepada barisan ibu bapa yang telah memberikan kerjasama dalam memastikan anak-anak dapat menghasilkan persembahan yang terbaik mengikut kategori masing-masing.

KHAMIS, 10 SEPTEMBER 2026 - ✨ TEMU MURNI SERAHAN KEPUTUSAN UJIAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEKOLAH RENDAH ISLAM ( UPPSRI ) 2...
10/09/2026

KHAMIS, 10 SEPTEMBER 2026 - ✨ TEMU MURNI SERAHAN KEPUTUSAN UJIAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEKOLAH RENDAH ISLAM ( UPPSRI ) 2026 ✨

KHAMIS, 10 SEPTEMBER 2026 - ✨ SESI ZIARAH DARIPADA UIN SUSKA RIAU BAGI KEGIATAN PENGABDIAN MASYARAKAT ✨Pihak pengurusan ...
10/09/2026

KHAMIS, 10 SEPTEMBER 2026 - ✨ SESI ZIARAH DARIPADA UIN SUSKA RIAU BAGI KEGIATAN PENGABDIAN MASYARAKAT ✨

Pihak pengurusan sekolah telah menerima kunjungan silaturrahim daripada pihak tenaga pengajar UIN Suska Riau yang telah diketuai oleh Dr Haji Ahmad Zikri dan juga beberapa lagi anggota pengajar dan juga wakil mahasiswinya.

Terima kasih kepada Ustaz Muhammad Nur Iman yang juga merupakan alumni UIN Suska Riau menguruskan aturcara bagi melancarkan program ziarah ini. Turut terlibat program ziarah ini merupakan barisan murid daripada kelas 6 Abu Bakar bagi memberi sedikit pendedahan awal mengenai pengalaman menimba ilmu dibumi Indonesia.

Semoga ukhuwwah yang dibina pada hari ini dapat membina satu hubungan serantau yang baru serta berkekalan hingga akhirnya. InsyaAllah.

✨ LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHUN 6 KE LANGKAWI ✨Pada tahun ini, Pulau Langkawi telah dipilih sebagai destinasi pilihan bag...
31/08/2026

✨ LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHUN 6 KE LANGKAWI ✨

Pada tahun ini, Pulau Langkawi telah dipilih sebagai destinasi pilihan bagi lawatan sambil belajar. Perjalanan yang bermula pada petang Rabu, 26 Ogos 2026 jam 5.30 petang telah dikendalikan dengan kerjasama agensi pelancongan CSH Holdings Sdn Bhd. Lawatan kali ini mengambil masa selama 4 hari 2 malam bermula Rabu, 26 Ogos 2026 sehingga Sabtu, 29 Ogos 2026.

Perjalanan hari pertama ke Pulau Langkawi telah dimulakan dengan menaiki feri di Jeti Kuala Perlis. Seusai tiba, rombongan terus ke Dataran Helang bagi sesi fotografi sebagai tanda kenang-kenangan dan juga makan tengah hari. Destinasi seterusnya ke MH Saujana Enterprise ( kedai jualan minyak gamat ) dan juga Toko Batik sebagai destinasi membeli belah barangan Pulau Langkawi. Kemudian telah dibawa ke Taman Agroteknologi MARDI Langkawi dan disini pihak rombongan menaiki tram mengelilingi kawasan MARDI melihat tanam-tanaman sekitar. Sebagai penutup perjalanan di MARDI, pihak rombongan telah dijamu buah-buahan bermusim hasil tanaman di MARDI tersebut. Pada sesi malam p**a, rombongan telah ke Maha Tower berdekatan dengan kawasan penginapan di Bandar Kuah.

Pada hari kedua p**a, pihak rombongan telah dibawa ke Kompleks Kraf Malaysia, Langkawi sebelum ke destinasi utama pada hari tersebut iaitu Langkawi Skycab. Di Langkawi Skycab, murid-murid telah menaiki “cable car” bersama guru pembimbing kump**an masing-masing. Pelbagai karenah dan telatah murid-murid sepanjang berada di dalam “cable car”, ada yang teruja gembira malah ada juga yang kegerunan melawan ketinggian. Sebagai penutup acara pada hari kedua yang juga merupakan hari terakhir di Langkawi, pihak rombongan telah dibawa ke dua kedai coklat bagi membeli belah sepuas hatinya. Kedai pertama ialah Rams Duty Free Shopping Center di Kuah dan TS Duty Free Shop Padang Matsirat.

Pada hari terakhir, pihak rombongan telah bertolak p**ang menaiki feri pada jam 10.30 pagi ke Jeti Kuala Perlis dan menaiki bas p**ang ke Kemaman, Terengganu. Tepat jam 3.30 pagi, pihak rombongan telah selamat tiba di perkarangan sekolah dan murid-murid telah disambut oleh ibu bapa masing-masing p**ang ke rumah. Alhamdulillah, semoga lawatan kali ini memberikan pengalaman baru dan kenangan manis buat semua murid yang terlibat.

Address

Kemaman
24000

Opening Hours

Monday 08:00 - 15:00
Tuesday 08:00 - 15:00
Wednesday 08:00 - 15:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 15:00

Telephone

+6098581765

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sek Ren Islam Darul Taqwa Kemaman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share