11/09/2022
Rangka manusia dan rangka gorilla yang diletakkan bersebelahan ❤️
Tanpa warna kulit yang berbeza, kita adalah satu spesis hampir serupa. Mamalia haiwan berdarah panas.
Bezanya kita penuh keegoan dan takbur menjadi manusia maka merasa lebih tinggi dari spesis bernyawa yang lain.
Hutan ditebang, haiwan di rantai, diburu dibunuh, anjing dan kucing jalanan diludahi kerana merasa diri ini manusia sangat suci untuk berkongsi makan mahupun berjalan di tanah yang sama ditapaki mereka.
Semoga suatu hari nanti manusia akan sedar bahawa salah satu fungsi kita hidup menjadi manusia di bumi ini antaranya adalah untuk menyantuni alam dan meneladani haiwan.
Dengan sama-sama hidup harmoni dan aman tanpa memikirkan kepentingan kita lebih utama dari mereka.