Info Kelestarian USMKK

Info Kelestarian USMKK Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Info Kelestarian USMKK, College & University, Kota Bharu.

🌨️ Warm Their Winter: Misi Selesai! 🧥🧣Alhamdulillah, program “Warm Their Winter” anjuran Syria Care dengan kerjasama Jaw...
23/10/2025

🌨️ Warm Their Winter: Misi Selesai! 🧥

🧣Alhamdulillah, program “Warm Their Winter” anjuran Syria Care dengan kerjasama Jawatankuasa Kelestarian Kampus Kesihatan USM telah melabuhkan tirainya pada 21 Oktober 2025.

Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang budiman yang telah menghulurkan pakaian musim sejuk demi membantu saudara-saudara kita yang memerlukan di Syria.

Setiap helai pakaian yang disumbangkan membawa harapan dan kehangatan buat mereka yang sedang menghadapi musim sejuk yang mencabar.

Tidak dilupakan juga, setinggi-tinggi penghargaan buat para sukarelawan yang telah bertungkus-lumus menjaga khemah pengumpulan sepanjang program ini berlangsung. Komitmen dan semangat kalian amat kami hargai.

💖 Semoga segala usaha dan sumbangan ini menjadi amal jariah yang berpanjangan dan membawa keberkatan buat semua.






USM INTERNATIONAL COASTAL CLEANUP 2025 SEMAI KESEDARAN PRINSIP KELESTARIAN DALAM KALANGAN WARGA KAMPUS KESIHATANBACHOK, ...
22/10/2025

USM INTERNATIONAL COASTAL CLEANUP 2025 SEMAI KESEDARAN PRINSIP KELESTARIAN DALAM KALANGAN WARGA KAMPUS KESIHATAN

BACHOK, 11 OKTOBER 2025, AMeLS bersama Jawatankuasa Kelestarian Kampus Kesihatan USM dan USAINS Healthcare Sdn Bhd terus komited memberi kesedaran tentang peri penting menjaga alam sekitar dengan menekan Sustainable Development Goal (SDG) 4 ,11 dan 14 dalam kalangan warga USM Kampus Kesihatan.

Program tahunan sebegini berjaya mengumpulkan kehadiran staf dan orang awam seramai hampir 100 orang penyertaan. Bagi anak-anak sekolah rendah pendedahan sebegini sangat bagus agar mereka menghayati penjagaan kebersihan pantai. Ibu bapa dalam kalangan staf sekaligus dapat mendidik keluarga agar lebih menghargai ekosistem hidupan laut dengan menjaga kebersihan kawasan pantai.

Walaupun kawasan Pantai Impian,Kemasin ini dilihat bersih daripada jauh, hakikatnya masih terdapat lagi sampah-sampah kecil seperti puntung rokok, getah pembalut makanan, tali, plastik-plastik kecil bawaan air laut.

Program sebegini sentiasa dinantikan oleh warga kampus kerana ia menunjukkan kebersamaan warga USM dalam menjayakan setiap SDG yang diperjuang oleh pihak universiti.

Bagi pihak AMeLS saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli AMeLS yang sentiasa memberi sokongan dalam program komuniti sebegini. Kehadiran wakil-wakil PTJ dari kampus juga semakin bertambah dan saya berharap agar lebih ramai penyertaan dimasa akan datang. Tidak dilupakan badan korporat USAINS Healthcare Sdn Bhd yang sentiasa menyokong usaha pihak penganjur yang memasuki tahun kedua.

Selamat Menyambut Hari DeepavaliDaripada seluruh warga Jawatankuasa Kelestarian Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malay...
18/10/2025

Selamat Menyambut Hari Deepavali

Daripada seluruh warga Jawatankuasa Kelestarian Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, kami mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua yang meraikan.

Semoga cahaya Deepavali menerangi jalan kita menuju kehidupan yang lebih positif, bersemangat dengan amalan kelestarian.
Dalam setiap cabaran untuk mengekalkan kemampanan untuk masa hadapan, pasti ada sinar harapan. Jadikan Deepavali sebagai inspirasi untuk terus melangkah ke hadapan dengan tekad dan keyakinan, demi masa depan yang lebih cerah dan bermakna.

“Seperti cahaya yang menghambat kegelapan, biarlah semangat dan usaha kita menerangi dunia dengan kebaikan dan kelestarian.”

Mari kita bersama-sama menyemai semangat perpaduan, keharmonian dan kelestarian dalam komuniti kampus dan masyarakat.

🌺 Deepavali Valthukkal! 🌺

kredit
Imej poster adalah janaan AI

📣 *HEBAHAN: KEMPEN DERMA PAKAIAN MUSIM SEJUK "WARM THEIR WINTER"* ❄️🧥🧤*Untuk Rakyat Syria* 🇸🇾*Jawatankuasa Kelestarian U...
16/10/2025

📣 *HEBAHAN: KEMPEN DERMA PAKAIAN MUSIM SEJUK "WARM THEIR WINTER"* ❄️🧥🧤

*Untuk Rakyat Syria* 🇸🇾

*Jawatankuasa Kelestarian USM Kampus Kesihatan* dengan kerjasama *Syria Care Malaysia* mengajak anda untuk menyertai kempen *"Warm Their Winter"*, bagi mengumpul pakaian musim sejuk untuk rakyat Syria yang sedang berdepan musim sejuk melampau. Ayuh, hulurkan sumbangan demi kesejahteraan mereka! ❤️

✅ *Pakaian Yang Diterima:*

* Baju sejuk & jaket
* Baju thermal
* Baju lengan panjang
* Selimut tebal
* Kasut boot tahan lasak
* Aksesori musim sejuk (snow cap, mafla, sarung tangan, stoking tebal)

🚫 *Pakaian Yang Tidak Diterima:*

* Baju nipis, koyak, rosak
* Baju kurung, kebaya, melayu
* Baju lengan pendek
* Pakaian tidak sopan / tidak sesuai untuk musim sejuk

📍 *LOKASI PENGUMPULAN (KELANTAN):*

https://maps.google.com/?q=6.099622,102.284904

*Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan*
Perpustakaan Hamdan Tahir (Foyer Belakang)
16150 Kubang Kerian, Kelantan

📅 *Tarikh:* 14 - 21 Oktober 2025
🕗 *Masa:* 8:00 pagi - 6:00 petang

📞 *Maklumat lanjut:*
*Dr. Anisa:* 013-438 4740
*Rabiatul:* 013-980 8142

---

💝 *Bantu kos penghantaran melalui sumbangan tunai:*
*Maybank Islamic*
No. Akaun: *5505 1424 0445*
Rujukan: *WTW*
Atau imbas kod QR di poster.

🌐 Laman web: [www.syriacare.org.my](http://www.syriacare.org.my)
📱 Media sosial: /

✅ *Satu baju, satu harapan. Hulurkan bantuan, hangatkan musim sejuk mereka di Syria.* 🧣🧤🧥

Program Pengumpulan Toner TerpakaiSemua staf Kampus Kesihatan dijemput untuk menyertai kempen E-Waste pengumpulan toner ...
14/04/2024

Program Pengumpulan Toner Terpakai

Semua staf Kampus Kesihatan dijemput untuk menyertai kempen E-Waste pengumpulan toner terpakai yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 14 - 15 April 2024
Masa : 9.00 pagi – 3.00 petang
Lokasi : Parkir Timbalan Bendahari
Kompleks Pentadbiran Kampus
*Penghantaran adalah secara pandu lalu.

Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran pelajar dan staf tentang kepentingan memelihara kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan komuniti setempat dan generasi akan datang.

Dah mula mengemas untuk menyambut Aidilfitri? Jika terdapat pakaian terpakai, langsir lama, sarung kusyen lusuh yang ing...
25/03/2024

Dah mula mengemas untuk menyambut Aidilfitri? Jika terdapat pakaian terpakai, langsir lama, sarung kusyen lusuh yang ingin ditukar -- tolong JANGAN BUANG!

Hantar ke lokasi yang dinyatakan di dalam poster, semuanya akan dikitar semula.

Jom!

19/03/2024
Pick-up day today!After 2 days of collecting items for the clothes and paper recycling programme, today 2 lorries have c...
05/03/2024

Pick-up day today!

After 2 days of collecting items for the clothes and paper recycling programme, today 2 lorries have come to pick up the collected items.

Kudos to those who have participated!

JK Kelestarian Kampus Kesihatan USM dengan kerjasama JK Kelestarian PHT akan menganjurkan satu program kelestarian: *Pro...
28/02/2024

JK Kelestarian Kampus Kesihatan USM dengan kerjasama JK Kelestarian PHT akan menganjurkan satu program kelestarian: *Program Kitar Semula Pakaian & Kertas*.

🌏 Lokasi pengumpulan: Kawasan Parkir, Perpustakaan Hamdan Tahir, Kampus Kesihatan USM
🌏 Tarikh: 3 – 4 Mac 2024 (Ahad - Isnin)
🌏 Masa:
Sesi 1 pada 9.00 pagi - 12.00 tgh hari
Sesi 2 pada 2.30 ptg - 4.30 ptg

📍Kami juga menerima juga beg, kasut, soft/ hard toys, langsir, cadar, karpet, kain perca dan apa sahaja fabrik terpakai yang BERSIH & KERING

📍 Kami mengumpul semua jenis kertas, kotak, buku sama ada terpakai atau masih boleh digunakan. SILA ASINGKAN BUKU YANG BOLEH DIGUNAKAN!

📍 Pakaian lama akan diambil oleh syarikat kitar semula iaitu Syarikat Life Line Clothing Malaysia Sdn. Bhd.

📍 Kertas dan kotak akan dikitar semula manakala buku yang masih boleh digunakan akan digunakan oleh PHT untuk program kemasyarakatan.

Jangan lupa untuk bawa baju-baju lama, pakaian lusuh, langsir dan dan karpet koyak ke pusat pengumpulan Kitar Semula Pak...
01/02/2024

Jangan lupa untuk bawa baju-baju lama, pakaian lusuh, langsir dan dan karpet koyak ke pusat pengumpulan Kitar Semula Pakaian kami:
1. Econsave Kubang Kerian pada 2 – 5 Februari 2024 (Jumaat - Isnin)
2. Perpustakaan Hamdan Tahir, Kampus Kesihatan pada 4 – 5 Februari 2024 (Ahad - Isnin)
Lokasi: https://maps.app.goo.gl/jMCdaSVkWsmVTDr57

Yang penting, mesti KERING & BERSIH

Address

Kota Bharu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Info Kelestarian USMKK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share