27/09/2026
Unit Kesedaran & Penyelidikan Kanser Payudara (BestARI), Hospital Pakar USM dengan kerjasama Institusi Komuniti Setempat dan Pusat Tanggungjawab (PTJ), USM telah menganjurkan program bertempat di Wat Machimmaram, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan pada 12 September 2026.
Banyak aktiviti yang telah dijalankan selain memberi ceramah mengenai kesedaran penjagaan kesihatan seperti ujian saringan awal kesihatan, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, cabutan bertuah, kuiz dan lain-lain lagi. Sambutan komuniti setempat sangat memberangsangkan.
Tahniah diucapkan terutamanya penglibatan staf dalam menjayakan program ini.