Jawatankuasa Tindakan Kolej Kediaman JTK KIAS

Jawatankuasa Tindakan Kolej Kediaman JTK KIAS "MAHASISWA MUHIBBIN, MELAHIRKAN SAHSIAH YANG TERBINA"

🕌SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA AL-MUBARAK🐂السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُPimpinan Jawatanku...
26/05/2026

🕌SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA AL-MUBARAK🐂

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pimpinan Jawatankuasa Tindakan Kolej Kediaman (JTK) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Sesi 2026/2027 dengan penuh rasa syukur mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha Al-Mubarak kepada seluruh warga Mahasiswa KIAS serta umat Islam seluruhnya.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, memperkukuhkan nilai pengorbanan, keikhlasan serta ketaatan kepada Allah SWT dalam setiap aspek kehidupan.

Firman Allah SWT:

لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ

“Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.”
(Surah Al-Hajj: Ayat 37)

Semoga semangat Aidiladha mendidik kita untuk terus berkorban demi agama, masyarakat dan ummah serta mengeratkan ukhuwah sesama insan.

_________________________

"DI SINI LAHIRNYA GENERASI RABBANI"
"MAHASISWA MUHIBBIN, MELAHIRKAN SAHSIAH YANG TERBINA"

JAWATANKUASA TINDAKAN KOLEJ KEDIAMAN (JTK) KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS) SESI 2026/2027

💐 SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH KEPADA MAHASISWA KIAS 💐السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُPimpinan Jaw...
21/05/2026

💐 SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH KEPADA MAHASISWA KIAS 💐

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pimpinan Jawatankuasa Tindakan Kolej Kediaman (JTK) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Sesi 2026/2027 dengan penuh rasa syukur dan sukacita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh Mahasiswa KIAS atas kejayaan meraih keputusan
Peperiksaan Akhir Semester Sesi 2025/2026 (2.2).

Firman Allah SWT:

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ
"Dan bahawasanya seorang manusia itu tidak memperoleh selain apa yang telah diusahakannya."
(Surah An-Najm: Ayat 39)

Semoga kejayaan yang diperoleh ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang masing-masing serta memberikan impak yang positif kepada institusi, masyarakat dan negara. Kepada yang belum mencapai keputusan yang diharapkan, teruskan berusaha dan jangan berputus asa. Setiap langkah adalah proses pembelajaran yang berharga dan sebahagian daripada tarbiah diri.

_________________________

"DI SINI LAHIRNYA GENERASI RABBANI"
"MAHASISWA MUHIBBIN, MELAHIRKAN SAHSIAH YANG TERBINA"

JAWATANKUASA TINDAKAN KOLEJ KEDIAMAN (JTK) KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS) SESI 2026/2027

📚UCAPAN SELAMAT MENJALANI CUTI AKHIR SEMESTER📚✨السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✨ Pimpinan Jawatankuasa Tindakan Kolej Ked...
27/04/2026

📚UCAPAN SELAMAT MENJALANI CUTI AKHIR SEMESTER📚

✨السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✨

Pimpinan Jawatankuasa Tindakan Kolej Kediaman (JTK) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Sesi 2026/2027 amat berbesar hati ingin mengucapkan selamat menjalani cuti akhir semester kepada semua mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Nabi SAW bersabda:

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ

Maksudnya : “Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Hadis ini menunjukkan bahawa masa lapang adalah satu nikmat besar yang sering disia-siakan oleh manusia. Islam menekankan agar setiap detik yang lapang dimanfaatkan untuk perkara yang mendekatkan diri kepada Allah, seperti menuntut ilmu, membantu orang lain, beribadah, atau melakukan kerja-kerja bermanfaat. Masa lapang bukan untuk dibuang begitu sahaja, tetapi peluang untuk beramal.

Jadi, manfaatkanlah masa cuti ini dengan sebaiknya dengan meluangkan masa dan berbakti kepada keluarga. Semoga cuti ini dapat dipenuhi sebaiknya dengan aktiviti- aktiviti yang berfaedah

____________________________________

"Di Sini Lahirnya Generasi Rabbani"
"Mahasiswa Muhibbin, Melahirkan Sahsiah Yang Terbina"

JAWATANKUASA TINDAKAN KOLEJ KEDIAMAN (JTK) KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS) SESI 2026/2027

✨🌙 Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak🌙✨✨مرحبا يا رمضان✨السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهSempena kedatangan bulan R...
18/02/2026

✨🌙 Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak🌙✨

✨مرحبا يا رمضان

✨السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia, kami daripada barisan pimpinan Jawatankuasa Tindakan Kolej Kediaman (JTK) Sesi 2025/2026, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh warga Mahasiswa KIAS.

Ramadan hadir sebagai bulan rahmat, keampunan dan peluang terbaik untuk memperbaiki diri serta mendidik jiwa. Inilah bulan di mana pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu sebagai tanda luasnya rahmat Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang beriman.

Rasulullah SAW bersabda:
> إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ، وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ
(Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1899; Muslim, no. 1079)

Marilah kita bersama-sama merebut keberkatan bulan Ramadan ini dengan memperbanyakkan ibadah, memperbaiki akhlak, menghidupkan al-Quran, mengeratkan silaturahim serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. Semoga Ramadan kali ini menjadi madrasah rohani yang membentuk diri kita menjadi insan yang lebih sabar, ikhlas dan bertaqwa.

Akhir kalam, semoga setiap amalan yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadan ini diterima oleh Allah SWT dan dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda.

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak.
🤍🌙

----------------------------

_“DI SINI LAHIRNYA GENERASI RABBANI"_

_“MAHASISWA RABBANI, TONGGAK MASA DEPAN UMMAH_"

PAGE FB: https://www.facebook.com/share/1DSELjhcT2/?mibextid=wwXIfr

PAGE IG: https://www.instagram.com/p/DU5hDumAXiq/?igsh=MTQ1dHBwbzNxazNoaw==

BIRO DAKWAH & KEROHANIAN (BDK) JAWATANKUASA TINDAKAN KOLEJ KEDIAMAN (JTK) KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS) 2025/2026

《SELAMAT MENJALANI CUTI PERTENGAHAN SEMESTER》✨بسم الله الرحمن الرحيم✨السلام عليكم ورحمة الله وبركتهBersempena dengan cut...
15/02/2026

《SELAMAT MENJALANI CUTI PERTENGAHAN SEMESTER》

✨بسم الله الرحمن الرحيم✨
السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Bersempena dengan cuti pertengahan semester, kami dari Jawatankuasa Tindakan Kolej Kediaman (JTK KIAS) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra ingin mengucapkan selamat menjalani cuti pertengahan semester buat semua Mahasiswa KIAS.

Allah S.W.T berfirman:
وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًۭا (٩) وَجَعَلْنَا ٱلَّيْلَ لِبَاسًۭا (١٠) وَجَعَلْنَا ٱلنَّهَارَ مَعَاشًۭا (١١)

"Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat. Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi). Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki."
(Surah An-Naba' 78:9-11)

Semoga semua Mahasiswa dapat mengisi masa lapang yang diberikan dengan penuh bermakna dan berfaedah kepada insan yang tercinta dan jagalah kesihatan diri sepanjang cuti semester dengan sebaiknya.
Semoga sentiasa berada di dalam perlindungan dan jagaan Tuhan

" DI SINI LAHIRNYA GENERASI RABBANI"
"MAHASISWA RABBANI, TONGGAK MASA DEPAN UMMAH"
———————————————-

PAGE FB:https://www.facebook.com/share/p/1AqXFgqJtP/

PAGE IG :

BIRO PERKHIDMATAN & PENEMPATAN (PNP) JAWATANKUASA TINDAKAN KOLEJ KEDIAMAN (JTK ) KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA ISMAIL PETRA SESI 2025/2026

📸 LENSA PROGRAM TEMU MATO BERSAMA WARDEN📸السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 💫Alhamdulillah telah selesai pertemuan santai y...
12/02/2026

📸 LENSA PROGRAM TEMU MATO BERSAMA WARDEN📸

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 💫

Alhamdulillah telah selesai pertemuan santai yang dianjurkan oleh barisan pimpinan Jawatankuasa Tindakan Kolej Kediaman (JTK) KIAS.

Pertemuan ini dilaksanakan secara santai melalui perbualan bersama
semua penghuni sakan dan Pembantu Operasi Asrama iaitu Ustaz Afzal dan Puan Haziyah.

Pertemuan ini diadakan bagi memberi pendedahan lebih lagi berkaitan peraturan serta pergerakan penghuni sakan dan dalam masa yang sama untuk mengekalkan hubungan bersama pihak pengurusan asrama.

_✨DI SINI LAHIRNYA GENERASI RABBANI✨_

_✨MAHASISWA RABBANI, TONGGAK MASA DEPAN UMMAH✨_
__________________________

PAGE FB JTK: https://www.facebook.com/share/p/1ZPCYuydaT/?mibextid=wwXIfr

PAGE IG JTK: https://www.instagram.com/p/DUrQpn7k5OY/?igsh=MWdjM2t2Z2k2cmZ1NA==

> JAWATANKUASA TINDAKAN KOLEJ KEDIAMAN (JTK) KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS) SESI 2025/2026

🔮TEMU MATO BERSAMA WARDEN🔮✨السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهMakluman kepada penghuni sakan Abu Bakar, Umar & Khadijah, ins...
10/02/2026

🔮TEMU MATO BERSAMA WARDEN🔮

✨السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Makluman kepada penghuni sakan Abu Bakar, Umar & Khadijah, insyaallah akan diadakan satu program santai bersama Pembantu Operasi Asrama (Warden) bagi memberi penerangan lebih lagi berkaitan asrama.

Maklumat pertemuan adalah sepertimana berikut:

🗓️Tarikh: 12 Syaaban 1447H / 10 Februari 2026M
🏠Tempat:

👳🏻‍♀️Muslimin:
- Surau Sakan Abu Bakar
🧕🏻Muslimat:
- Surau Sakan Khadijah

‼️JADI, PAKAT-PAKAT TURUN SURAU, KITO TEMU MATO‼️

"DI SINI LAHIRNYA GENERASI RABBANI"

"MAHASISWA RABBANI, TONGGAK MASA UMMAH"

________________________________

Page FB JTK: https://www.facebook.com/share/p/1ATfWGZHrQ/

Page IG JTK: https://www.instagram.com/p/DUj6JGlgYWw/?igsh=MXFtdmJwZTk2ZnpuMA==

JAWATANKUASA TINDAKAN KOLEJ KEDIAMAN (JTK) KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS) SESI 2025/2026

✨MALAM NISFU SYA'BAN ✨السلام عليكم ورحمة الله وبركاته_💫SALAM MEMPERINGATI MALAM NISFU SYA'BAN_📆Selasa, 3 Februari 2026 b...
02/02/2026

✨MALAM NISFU SYA'BAN ✨

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

_💫SALAM MEMPERINGATI MALAM NISFU SYA'BAN_

📆Selasa, 3 Februari 2026 bersamaan 1447 H

يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

Maksud Hadis :

_Allah melihat kepada seluruh makhluk-Nya pada malam Nisfu Sya‘ban, lalu Dia mengampunkan semua hamba-Nya kecuali orang yang melakukan syirik dan orang yang bermusuhan._ (Riwayat Ibnu Mājah)

Kami mewakili pimpinan Jawatankuasa Tindakan Kolej Kediaman (JTK) bagi sesi ini ingin mengucapkan _Selamat Memperingati Malam Nisfu Sya'ban_ kepada semua umat Islam. Semoga malam yang penuh dengan keberkatan ini membawa rahmat dan keampunan kepada kita semua.

🔶Tarikh Nisfu Syaaban bagi tahun ini ialah pada hari Selasa, 3 Februari 2026 yang bermakna Malam Nisfu Syaaban bermula selepas waktu maghrib pada Isnin, 2 Februari 2026 dan berlanjutan hingga terbit fajar keesokan harinya.

🔶Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh keberkatan dan rahmat, di mana Allah SWT membuka pintu keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang memohon keampunan dengan penuh keikhlasan. Umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan amalan ibadah seperti berdoa, beristighfar, bermuhasabah serta memperbaiki hubungan sesama manusia.

_" DI SINI LAHIRNYA GENERASI RABBANI"_

_" MAHASISWA RABBANI, TONGGAK MASA DEPAN UMMAH"_
___________________________

PAGE FB: https://www.facebook.com/share/p/1C3fKbuwRg/?mibextid=wwXIfr

PAGE IG: https://www.instagram.com/p/DUQihAWgR-d/?igsh=eGYzdzJuNTY0aTU4

> BIRO DAKWAH DAN KEROHANIAN (BDK) JAWATANKUASA TINDAKAN KOLEJ KEDIAMAN (JTK) KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS) SESI 2025/2026

📸 LENSA PROGRAM SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 1447H : DARI LANGIT KE HATI, ISRAK MIKRAJ DAN KEHIDUPAN MAHASISWA 📸⸙ بِسْـــــــــ...
27/01/2026

📸 LENSA PROGRAM SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 1447H : DARI LANGIT KE HATI, ISRAK MIKRAJ DAN KEHIDUPAN MAHASISWA 📸

⸙ بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ⸙

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 💫
Alhamdulillah telah selesai Program Sambutan Israk Mikraj 1447H yang dianjurkan oleh Biro Dakwah & Kerohanian Jawatankuasa Tindakan Kolej Kediaman (JTK) KIAS

Program ini diisi dengan pengisian penuh hikmah oleh
Al-Fadhil Prof. Madya Dr. Mohd Ramizu bin Abdullah @ Zakaria,
yang menekankan penghayatan peristiwa Israk Mikraj dalam membentuk jati diri dan keperibadian mahasiswa rabbani

💡 Turut diadakan juga sesi soal jawab bersama peserta dan penyampaian hadiah kepada mahasiswa yang menjawab soalan.

__________________________

✨DI SINI LAHIRNYA GENERASI RABBANI✨

✨MAHASISWA RABBANI, TONGGAK MASA DEPAN UMMAH✨

BIRO DAKWAH DAN KEROHANIAN (BDK) JAWATANKUASA TINDAKAN KOLEJ KEDIAMAN (JTK) KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS) SESI 2026

📑KUNJUNG HORMAT JTK BERSAMA PIHAK PENGURUSAN ASRAMA📑السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهAlhamdulillah, telah berlangsungnya k...
23/01/2026

📑KUNJUNG HORMAT JTK BERSAMA PIHAK PENGURUSAN ASRAMA📑

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, telah berlangsungnya kunjung hormat yang diwakili oleh barisan pimpinan syura Jawatankuasa Tindakan Kolej Kediaman (JTK) pada:

🗓️Tarikh: 1 Syaaban 1447H / 19 Januari 2026M
🏠Tempat: Bilik Mesyuarat Utama

Kunjungan ini diadakan bagi mengangkat aduan permasalahan yang berkaitan ketiga-tiga sakan iaitu Sakan Abu Bakar, Sakan Umar dan Sakan Khadijah.

Oleh itu, ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan yang terlibat dan diharapkan agar segala aduan serta permasalahan yang diangkat dapat diselesaikan dengan segera.

"DI SINI LAHIRNYA GENERASI RABBANI"
"MAHASISWA RABBANI, TONGGAK MASA UMMAH"

________________________________

Page FB JTK: https://www.facebook.com/share/p/17oYJSsqEv/

Page IG JTK: https://www.instagram.com/p/DT2FS3LkRJs/?igsh=Z2YzdGdzMjg2dGVh

JAWATANKUASA TINDAKAN KOLEJ KEDIAMAN (JTK) KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS) SESI 2025/2026

Address

Sultan Ismail Petra International Islamic University, Jalan Kuala Krai, 15730 Bandar Kota Bharu
Kota Bharu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jawatankuasa Tindakan Kolej Kediaman JTK KIAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share