UMKEI

UMKEI You can follow us on:
Instagram: https://instagram.com/umkeiofficial
Twitter: https://twitter.com/_UMKEI

A Center of entrepreneurial development excellence for in-campus and of-campus communities through focused, competitive, resilient and viable entrepreneurship training, advisory, counseling and networking entrepreneurship

๐Ÿš€๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—ฉ๐—ข๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ (๐— ๐—ฃ๐—ž๐—ฉ) ๐—ญ๐—ข๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› & ๐—ช๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—จ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—•๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐—จ๐— ๐—ž๐Ÿš€Universiti Malay...
11/08/2026

๐Ÿš€๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—ฉ๐—ข๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ (๐— ๐—ฃ๐—ž๐—ฉ) ๐—ญ๐—ข๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› & ๐—ช๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—จ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—•๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐—จ๐— ๐—ž๐Ÿš€

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini menerima kunjungan hormat seramai 12 orang delegasi Majlis Pengarah Kolej Vokasional (MPKV) Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebagai wadah untuk memperkukuh hubungan strategik, berkongsi ilmu dan pengalaman, serta meneroka potensi kerjasama dalam bidang pendidikan dan keusahawanan.

Kunjungan hormat ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Prof. Dr. Mohd Nor Hakimin bin Yusoff, Pengarah Kanan UMKEI, diikuti ucapan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Dzulkifli bin Mukhtar, Dekan FKP, dan YBrs. Encik Ahmad Fakhrurazi Haji Hamzah, Pengerusi Majlis Pengarah Kolej Vokasional Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sesi diteruskan dengan Sesi Pengenalan dan Taklimat Keusahawanan UMK oleh Institut Keusahawanan UMK (UMKEI), diikuti Taklimat Program Pengajian oleh Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) serta sesi perbincangan dan soal jawab yang membuka ruang kepada perkongsian pandangan dan pengalaman antara kedua-dua pihak.

๐ŸŒฑ Lawatan ke Inkubator Keusahawanan UMK turut menjadi antara pengisian utama kunjungan ini. Delegasi berkesempatan meninjau Elysian Spa dan ChillX, sekali gus mendapatkan gambaran secara langsung mengenai inisiatif, kemudahan serta ekosistem keusahawanan yang dibangunkan di UMK dalam menyokong pembangunan usahawan siswa.

๐ŸŽจ Sebagai pelengkap kepada pengalaman kunjungan, delegasi turut dibawa menyertai aktiviti mewarna batik di Ignite Venture Lab (IVL). Aktiviti ini bukan sahaja mengetengahkan elemen kreativiti dan warisan, malah memberikan pengalaman secara langsung dalam menghayati nilai inovasi, kreativiti dan keusahawanan yang menjadi sebahagian daripada ekosistem UMK.

๐Ÿค Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pusat Komunikasi Korporat (PKK), Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) serta semua inkubator keusahawanan yang terlibat atas kerjasama, komitmen dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan kunjungan hormat ini.

Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan jaringan strategik, perkongsian kepakaran dan penerokaan peluang kerjasama yang lebih luas antara MPKV dan UMK, khususnya dalam memperkasa pendidikan serta pembangunan keusahawanan pada masa hadapan. ๐ŸŒŸ

b.p Pengarah
Center of Entrepreneurship Education and Development (CEED)
UMK Entrepreneurship Institute (UMKEI)

Kita





Do follow us @
Facebook: https://www.facebook.com/INSTITUTKEUSAHAWANUMK
Instagram: https://www.instagram.com/umkeiofficial
FacebookUMKRasmi: https://www.facebook.com/share/18b9poWxXi/

๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก: ๐—ฆ๐—˜๐—ช๐—”๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ฆ ๐—ก๐—œ๐—”๐—š๐—” (๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—”) ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—๐—œ๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ฃ๐—˜...
09/08/2026

๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก: ๐—ฆ๐—˜๐—ช๐—”๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ฆ ๐—ก๐—œ๐—”๐—š๐—” (๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—”) ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—๐—œ๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ ๐—ž๐—ข๐—ฅ ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—ฆ๐—œ๐—ฆ ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐—ž๐—˜-๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐Ÿ—“๏ธ16 September 2026 (Rabu)

โฐ8.00 Pagi - 2.00 Petang

๐Ÿ“Kompleks Guna Sama, Universiti Malaysia Kelantan (Bachok), 16300 Bachok, Kelantan.

Kaedah permohonan: Imbas kod QR pada poster hebahan untuk mendapatkan borang serta syarat dan peraturan
Tarikh permohonan dibuka: 9 - 16 Ogos 2026

Info lanjut boleh hubungi:
Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (09-7717014 / 09-7717167)

๐—๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ก๐—œ๐—”๐—š๐—” (๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ก/๐— ๐—œ๐—ก๐—จ๐— ๐—”๐—ก) ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—๐—œ๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ ...
09/08/2026

๐—๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ก๐—œ๐—”๐—š๐—” (๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ก/๐— ๐—œ๐—ก๐—จ๐— ๐—”๐—ก) ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—๐—œ๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ ๐—ž๐—ข๐—ฅ ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—ฆ๐—œ๐—ฆ ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐—ž๐—˜-๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Pengusaha dan peniaga jom pakat tempah tapak niaga anda sekarang โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ

๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ

๐ŸŸขRM500.00 (SEWAAN TAPAK)
๐ŸŽชkhemah 20x10, 1 meja, 2 kerusi, 1 plug point, 1 kipas

MAKLUMAT PROGRAM:

๐Ÿ—“๏ธ16 September 2026 (Rabu)

โฐ8.00 Pagi - 2.00 Petang

๐Ÿ“Kompleks Guna Sama, Universiti Malaysia Kelantan (Bachok), 16300 Bachok, Kelantan.

Penganjur tidak menghadkan bilangan penjual minuman/makanan dan lain-lain jualan.

Kaedah permohonan: Imbas kod QR pada poster hebahan
Tarikh tutup permohonan: 16 Ogos 2026 (Rabu)

Info lanjut boleh hubungi:
Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (09-7717167 / 09-7717014)

31/07/2026
22/07/2026

Kopi Dulu Baru Kelass

Universiti Malaysia Kelantan (Rasmi) menerapkan pendekatan berbeza untuk membantu pelajar asnaf iaitu menerusi sebuah kafe yang berfungsi sebagai platform latihan keusahawanan serta penjanaan pendapatan ketika menuntut di universiti.

Inisiatif itu dilaksanakan menerusi projek NusuKopi, hasil kerjasama strategik antara UMK dan Maybank Islamic Berhad yang menyalurkan sumbangan zakat (Tabung Wakalah) berjumlah RM277,000 bagi membangunkan kafe tersebut.

Naib Canselor UMK, Dato' Prof. Ir. Ts. Dr. Arham Abdullah, berkata seramai 20 pelajar daripada golongan asnaf dan B40 dipilih menyertai program bekerja sambil belajar itu bagi melahirkan usahawan sejak di bangku universiti.

Menurut beliau, peserta terdiri daripada pelajar Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan serta Fakulti Perubatan Veterinar.

"Selama ini mereka menerima bantuan secara langsung seperti zakat dan bantuan kewangan, namun kali ini kami mahu menyediakan platform supaya mereka belajar sambil bekerja serta memperoleh pendapatan sendiri.

>"Mereka dilatih menjadi barista, mempelajari penyediaan pastri, pengurusan pembelian bahan mentah, operasi harian kafe, pengurusan kewangan dan kaedah menjalankan perniagaan," katanya.

Sepanjang tempoh operasi dari Oktober 2025 hingga Jun 2026, Kafe NusuKopi merekodkan jualan melebihi RM20,000 dengan keuntungan hampir RM10,000.

Menurut beliau, keuntungan itu turut dikongsi bersama pelajar menerusi skim perkongsian keuntungan, selain mereka menerima elaun sepanjang mengendalikan operasi kafe berkenaan.

Katanya, matlamat utama program itu bukan sekadar membantu pelajar memperoleh pendapatan ketika belajar, tetapi melahirkan graduan yang mampu membuka kafe atau perniagaan sendiri selepas menamatkan pengajian.

"Kami mahu lebih ramai graduan yang mampu mencipta peluang pekerjaan, bukan hanya mencari pekerjaan.

"Harapan kami, lima tahun dari sekarang peserta NusuKopi dapat membuka kafe sendiri sama ada menggunakan jenama NusuKopi atau jenama masing-masing. Itulah ukuran sebenar kejayaan program ini kerana kami bukan sekadar memberi bantuan, tetapi membina keupayaan mereka menjadi usahawan yang mampu berdikari," katanya.

Gambar dan maklumat: UMKEI

๐ŸŽ‰ UCAPAN TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA ATAS PENYERTAAN KE PROGRAM DIGITAL INNOVATION CREATIVEPRENEUR (DICE) 4.0 BAGI TAH...
21/07/2026

๐ŸŽ‰ UCAPAN TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA ATAS PENYERTAAN KE PROGRAM DIGITAL INNOVATION CREATIVEPRENEUR (DICE) 4.0 BAGI TAHUN 2026 โ€“ PERINGKAT NASIONAL

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Tahniah diucapkan kepada tiga (3) pasukan daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang telah berjaya terpilih mewakili universiti ke Program Digital Innovation Creativepreneur (DICE) 4.0 Peringkat Nasional anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

๐Ÿ† Pasukan yang terpilih ialah:
* Niskala: Pusaka Cekak (FTKW)
* Wira Deman Si Waris Kayangan (FTKW)
* Titipan Warisan (FHPK)

Pasukan ini juga akan mengikuti sesi Kem Idea Kreatif DICE 4.0 pada 31 Julai โ€“ 3 Ogos 2026 bertempat di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu. Program ini akan diteruskan dengan sesi mentoring dari Ogos hingga November 2026 dan pertandingan akhir yang dijangka berlangsung pada 17โ€“19 November 2026 bersempena Festival of Idea di Putrajaya.

Institut Keusahawanan UMK (UMKEI) menerusi Ignite Venture Lab (IVL) dan Centre of Entrepreneurship Education and Development (CEED) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pasukan. Semoga berjaya mengharumkan nama Universiti Malaysia Kelantan di peringkat kebangsaan.

Tahniah dan selamat maju jaya!

๐Ÿš€ ๐—•๐—ข๐—ข๐—ง๐—–๐—”๐— ๐—ฃ ๐—จ๐— ๐—ž ๐—ซ ๐—•๐—ฆ๐—ก ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—œ๐—”๐—š๐—” ๐Ÿš€โœจ Melakar Aspirasi, Mencorak Usahawanโœจ๐Ÿ“… 19โ€“20 Julai 2026๐Ÿ“ Hotel Ibis Styles, Kota BharuT...
21/07/2026

๐Ÿš€ ๐—•๐—ข๐—ข๐—ง๐—–๐—”๐— ๐—ฃ ๐—จ๐— ๐—ž ๐—ซ ๐—•๐—ฆ๐—ก ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—œ๐—”๐—š๐—” ๐Ÿš€
โœจ Melakar Aspirasi, Mencorak Usahawanโœจ

๐Ÿ“… 19โ€“20 Julai 2026
๐Ÿ“ Hotel Ibis Styles, Kota Bharu

Telah berlangsung dengan jayanya Bootcamp UMK X BSN MulaNiaga 2026 yang menghimpunkan 20 usahawan siswa UMK dan 20 usahawan komuniti mikro dalam program pembangunan keusahawanan yang komprehensif.

๐Ÿ“š Sepanjang dua hari program, para peserta mengikuti lima modul utama yang dikendalikan oleh pakar industri dan pensyarah Universiti Malaysia Kelantan (UMK), iaitu:

๐Ÿ“— Modul 1: Minda dan Personaliti Usahawan Sukses
๐Ÿ‘ค Penceramah: Encik Mohammad Afizul bin Mohammad
Pengarah Urusan, Aspire Mind Sdn. Bhd.

๐Ÿ’ก Modul 2: Bina Idea dan Model Perniagaan
๐Ÿ‘ค Penceramah: Encik Muhammad Naqib bin Mat Yunoh
Pensyarah, Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP)

๐Ÿ’ฐ Modul 3: Mula Rancang Kewangan
๐Ÿ‘ค Penceramah: Dr. Amira binti Jamil
Pensyarah Kanan, Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP)

๐Ÿท๏ธ Modul 4: Dari Nama ke Jenama
๐Ÿ‘ค Penceramah: Ts. Dr. Hana Yazmeen binti Hapiz
Pengarah, Ignite Venture Lab (IVL)

๐Ÿ“ฑ Modul 5: Hands-on Pemasaran Digital: AI dan TikTok
๐Ÿ‘ค Penceramah: Dr. Mohd Ikhwan bin Aziz
Pengarah, Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME)

Peserta turut mengikuti Slot bersama Bank Simpanan Nasional (BSN) yang merangkumi proses pembukaan akaun korporat dan ucapan dari Encik Ilham Rosdi wakil BSN Kelantan serta pendaftaran Takaful iTEKAD Protection bersama Encik Irwan Wahid dan Encik Amir Zariff pegawai dari Team PruBSN.

๐Ÿค Sesi mentoring bersama 20 orang mentor yang terdiri daripada pensyarah UMK turut dilaksanakan bagi membimbing peserta memperkukuh perniagaan masing-masing.

๐Ÿ’ต Melalui program ini, setiap peserta yang memenuhi syarat akan menerima sokongan dana pemula sebanyak RM5,000.00 bagi membantu memulakan dan mengembangkan perniagaan masing-masing.

๐Ÿ“ˆ Perjalanan program ini tidak terhenti di sini. Para peserta akan meneruskan sesi bimbingan dan pemantauan bersama mentor sehingga Oktober 2026 bagi memastikan perkembangan perniagaan sentiasa dipantau dan diperkasakan, sebelum program diakhiri dengan Sesi Pembentangan Akhir dan Majlis Penutup Program pada November 2026.

๐ŸŒŸ Semoga ilmu, pengalaman, bimbingan dan sokongan yang diterima sepanjang program ini menjadi pemangkin kepada para peserta untuk terus membina perniagaan yang mampan, berdaya saing dan memberi impak kepada komuniti.

b.p Pengarah
Center of Entrepreneurship Education and Development (CEED)
UMK Entrepreneurship Institute (UMKEI)

Kita





Do follow us @
Facebook: https://www.facebook.com/INSTITUTKEUSAHAWANUMK
Instagram: https://www.instagram.com/umkeiofficial
FacebookUMKRasmi: https://www.facebook.com/share/18b9poWxXi/

๐Ÿš€ ๐—•๐—ข๐—ข๐—ง๐—–๐—”๐— ๐—ฃ ๐—จ๐— ๐—ž ๐—ซ ๐—•๐—ฆ๐—ก ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—œ๐—”๐—š๐—” ๐Ÿš€Melakar Aspirasi, Mencorak Usahawan๐Ÿ“… 20 Julai 2026 (Isnin)๐Ÿ“ Hotel Ibis Styles, Kota Bhar...
21/07/2026

๐Ÿš€ ๐—•๐—ข๐—ข๐—ง๐—–๐—”๐— ๐—ฃ ๐—จ๐— ๐—ž ๐—ซ ๐—•๐—ฆ๐—ก ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—œ๐—”๐—š๐—” ๐Ÿš€
Melakar Aspirasi, Mencorak Usahawan

๐Ÿ“… 20 Julai 2026 (Isnin)
๐Ÿ“ Hotel Ibis Styles, Kota Bharu

Bootcamp UMK X BSN MulaNiaga 2026 melabuhkan tirai dengan Modul 5: Hands-on Pemasaran Digital: AI dan TikTok, yang memberi pendedahan secara praktikal kepada peserta mengenai strategi pemasaran digital berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI) serta penggunaan platform TikTok sebagai medium promosi yang efektif.

Melalui sesi interaktif ini, peserta didedahkan kepada teknik menghasilkan kandungan yang kreatif, membina strategi pemasaran digital yang berimpak serta memanfaatkan teknologi AI bagi meningkatkan keterlihatan jenama dan daya saing perniagaan dalam era digital.

๐Ÿ“” Modul 5: Hands-on Pemasaran Digital: AI dan TikTok
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ’ผ Penceramah: Dr. Mohd Ikhwan bin Aziz
Pengarah, Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME), Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang bootcamp ini menjadi pemangkin kepada para peserta untuk terus berinovasi, memperkasa perniagaan dan melahirkan usahawan yang lebih kompetitif serta bersedia menghadapi cabaran ekonomi digital.

b.p Pengarah
Center of Entrepreneurship Education and Development (CEED)
UMK Entrepreneurship Institute (UMKEI)

Kita





Do follow us @
Facebook: https://www.facebook.com/INSTITUTKEUSAHAWANUMK
Instagram: https://www.instagram.com/umkeiofficial
FacebookUMKRasmi: https://www.facebook.com/share/18b9poWxXi/

๐Ÿš€ ๐—•๐—ข๐—ข๐—ง๐—–๐—”๐— ๐—ฃ ๐—จ๐— ๐—ž ๐—ซ ๐—•๐—ฆ๐—ก ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—œ๐—”๐—š๐—” ๐Ÿš€Melakar Aspirasi, Mencorak Usahawan๐Ÿ“… 19 Julai 2026 (Ahad)๐Ÿ“ Hotel Ibis Styles, Kota Bharu...
21/07/2026

๐Ÿš€ ๐—•๐—ข๐—ข๐—ง๐—–๐—”๐— ๐—ฃ ๐—จ๐— ๐—ž ๐—ซ ๐—•๐—ฆ๐—ก ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—œ๐—”๐—š๐—” ๐Ÿš€
Melakar Aspirasi, Mencorak Usahawan

๐Ÿ“… 19 Julai 2026 (Ahad)
๐Ÿ“ Hotel Ibis Styles, Kota Bharu

Sesi diteruskan dengan Modul 4: Dari Nama ke Jenama, yang memberi penekanan kepada kepentingan membina identiti jenama yang kukuh sebagai nilai tambah dalam memperkasakan sesebuah perniagaan. Peserta didedahkan kepada strategi penjenamaan yang berkesan, termasuk membentuk identiti jenama, meningkatkan nilai produk serta membina kepercayaan pelanggan bagi memastikan perniagaan kekal relevan dan berdaya saing.

๐Ÿ“” Modul 4: Dari Nama ke Jenama
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ’ผ Penceramah: Ts. Dr. Hana Yazmeen binti Hapiz
Pengarah, Ignite Venture Lab (IVL), Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman sepanjang sesi ini menjadi inspirasi kepada para peserta untuk membangunkan jenama yang lebih kukuh, berimpak dan mampu menembusi pasaran yang lebih luas.

b.p Pengarah
Center of Entrepreneurship Education and Development (CEED)
UMK Entrepreneurship Institute (UMKEI)

Kita





Do follow us @
Facebook: https://www.facebook.com/INSTITUTKEUSAHAWANUMK
Instagram: https://www.instagram.com/umkeiofficial
FacebookUMKRasmi: https://www.facebook.com/share/18b9poWxXi/

๐Ÿš€ ๐—•๐—ข๐—ข๐—ง๐—–๐—”๐— ๐—ฃ ๐—จ๐— ๐—ž ๐—ซ ๐—•๐—ฆ๐—ก ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—œ๐—”๐—š๐—” ๐Ÿš€Melakar Aspirasi, Mencorak Usahawan๐Ÿ“… 19 Julai 2026 (Ahad)๐Ÿ“ Hotel Ibis Styles, Kota Bharu...
21/07/2026

๐Ÿš€ ๐—•๐—ข๐—ข๐—ง๐—–๐—”๐— ๐—ฃ ๐—จ๐— ๐—ž ๐—ซ ๐—•๐—ฆ๐—ก ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—œ๐—”๐—š๐—” ๐Ÿš€
Melakar Aspirasi, Mencorak Usahawan

๐Ÿ“… 19 Julai 2026 (Ahad)
๐Ÿ“ Hotel Ibis Styles, Kota Bharu

Program Bootcamp UMK X BSN MulaNiaga 2026 diteruskan dengan Modul 3: Mula Rancang Kewangan, yang memberi penekanan kepada kepentingan pengurusan kewangan sebagai asas membina perniagaan yang mampan dan berdaya saing.

Melalui sesi ini, para peserta didedahkan kepada strategi perancangan kewangan yang sistematik, pengurusan aliran tunai serta penyediaan pelan kewangan yang efektif bagi membantu usahawan membuat keputusan perniagaan dengan lebih yakin dan berkesan.

๐Ÿ“” Modul 3: Mula Rancang Kewangan
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ’ผ Penceramah: Dr. Amira binti Jamil
Pensyarah Kanan, Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

b.p Pengarah
Center of Entrepreneurship Education and Development (CEED)
UMK Entrepreneurship Institute (UMKEI)

Kita





Do follow us @
Facebook: https://www.facebook.com/INSTITUTKEUSAHAWANUMK
Instagram: https://www.instagram.com/umkeiofficial
FacebookUMKRasmi: https://www.facebook.com/share/18b9poWxXi/

Address

Kota Bharu
16100

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Sunday 08:00 - 05:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMKEI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to UMKEI:

Shortcuts

Share