02/10/2026
🌱 Perjumpaan pagi dengan perkongsian ilmu, pengalaman dan kesihatan.
📅 2 Oktober 2026
⏰ 8.00 – 9.00 pagi
Terima kasih kepada seluruh warga Pusat Pengurusan Strategik (PPS) yang telah meluangkan masa untuk bersama-sama dalam sesi perjumpaan pagi pada hari ini. 🤝
Kali ini, sempat berkongsi pelbagai pengalaman, ilmu dan inspirasi daripada rakan sepejabat 🌷
Cik Dyana berkongsi pengalaman dan tips berkaitan urutan Shiatsu, Cik Mardhia p**a menitipkan motivasi agar kita tidak mudah mengalah. PM Dr. M. Sani menekankan kepentingan menjaga kesihatan fizikal, Prof. Ir. Dr. Nurmin berkongsi tentang keluarga sebagai sumber kekuatan dan motivasi, manakala Cik Zika mengingatkan tentang pentingnya membina keyakinan diri.
Setiap perkongsian membawa mesej yang berbeza, tetapi semuanya menuju kepada satu perkara terus menjaga diri, kekal positif dan bergerak ke hadapan. 🌿
Semoga sesi santai ini terus menjadi ruang untuk berkongsi cerita, bertukar pandangan dan memperkukuh hubungan silaturahim, di samping memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga PPS. 💬🌿
☕ Secawan Kopi, Sejuta Ilmu. ✨