Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Sarawak

Call Contact the university

Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Sarawak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Sarawak, College & University, Aras LG, Bangunan Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan.

📢 MAKLUMAN OPERASI MINIMA PKU UNIMASMohon perhatian pelajar UNIMAS terhadap makluman operasi Pusat Kesihatan UNIMAS pada...
30/09/2026

📢 MAKLUMAN OPERASI MINIMA PKU UNIMAS

Mohon perhatian pelajar UNIMAS terhadap makluman operasi Pusat Kesihatan UNIMAS pada 1 Oktober 2026 seperti di poster.

Kerjasama dan perhatian semua amat dihargai. 💙

📢 Pemeriksaan Kesihatan Pelajar Baharu UNIMAS (Sesi 2026/2027) 📢Kepada semua pelajar baharu Fakulti Sains Komputer dan T...
29/09/2026

📢 Pemeriksaan Kesihatan Pelajar Baharu UNIMAS (Sesi 2026/2027) 📢

Kepada semua pelajar baharu Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), sila ambil perhatian untuk jadual pemeriksaan kesihatan anda.

Pastikan anda hadir mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sebarkan kepada rakan-rakan sefakulti anda! 🎓✨

Tahniah dan terima kasih kepada semua 240 pelajar Fakulti Kejuruteraan yang telah berjaya menjalani pemeriksaan kesihata...
26/09/2026

Tahniah dan terima kasih kepada semua 240 pelajar Fakulti Kejuruteraan yang telah berjaya menjalani pemeriksaan kesihatan (medical checkup) hari ini! 🩺✨

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah juga buat team PKU yang bertungkus-lumus tanpa henti selama 6 jam bagi memastikan keseluruhan proses berjalan lancar dan teratur! Kesihatan terjaga, pembelajaran pun lebih lancar! 💪📚

📷 Jangan lupa cari dan tag gambar masing-masing di bawah!


📢 Pemeriksaan Kesihatan Pelajar Baharu UNIMAS (Sesi 2026/2027) 📢Kepada semua pelajar baharu Fakulti Sains Gunaan dan Kre...
23/09/2026

📢 Pemeriksaan Kesihatan Pelajar Baharu UNIMAS (Sesi 2026/2027) 📢

Kepada semua pelajar baharu Fakulti Sains Gunaan dan Kreatif (FSGK), sila ambil perhatian untuk jadual pemeriksaan kesihatan anda.

Pastikan anda hadir mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sebarkan kepada rakan-rakan sefakulti anda! 🎓✨

Hari pertama medical check-up (MCU) selesai dengan jayanya! 🎉🩺21 September 2026, Pusat Kesihatan UNIMAS - PKU kembali me...
21/09/2026

Hari pertama medical check-up (MCU) selesai dengan jayanya! 🎉🩺

21 September 2026, Pusat Kesihatan UNIMAS - PKU kembali meriah selepas cuti semester dengan kehadiran pelajar baharu! Terima kasih buat seluruh staf PKU & protege yang bertungkus-lumus dari pagi ke petang. Korang memang terbaik! 👏❤️

Syabas juga buat pelajar yang hadir menepati masa mengikut jadual. Korang mmg awesome!

Utk pelajar seterusnya:

📌 Stay alert dengan jadual masing-masing.
⏰ Hadir ikut masa & beri kerjasama sepenuhnya.

Teruskan semangat ni utk hari-hari mendatang! Jumpa di PKU! 💪🔥

21/09/2026

🩺 Musim Medical Check-Up Is Back! 🩺

Perhatian kepada semua students! Musim pemeriksaan kesihatan dah bermula kembali. Nak tahu perjalanan dan flow pemeriksaan? Boleh tonton video pendek yang kami sediakan di atas! 🎬👇

Untuk pastikan proses korang berjalan smooth dan tak buang masa, sila ambil perhatian perkara penting ini:

1️⃣ Ikut Jadual:
Sila hadir mengikut slot tarikh dan masa yang telah ditetapkan untuk korang.

2️⃣ Dokumen Wajib Dibawa:
Kad Matrik ATAU Kad Pengenalan (IC)Borang Pemeriksaan Kesihatan (PKU-03/2016)

3️⃣ Isi Borang Siap-Siap (Settle-kan Sebelum Datang!):
Pastikan korang dah isi Bahagian 1 (Maklumat Diri) dan Bahagian 2 (Pengakuan Kesihatan & Tandatangan). Jangan lupa tampal gambar ukuran pasport!

Peringatan:
Bahagian 3 & 4 biar doktor yang isi ya.

Kerjasama korang amat dihargai. See you there dan pastikan borang dah ready sebelum beratur! ✨🙌

🏥 PEMERIKSAAN KESIHATAN PELAJAR PRASISWAZAH UNIMAS (SESI AMBILAN 2026/2027) 🩺Perhatian kepada pelajar baharu prasiswazah...
18/09/2026

🏥 PEMERIKSAAN KESIHATAN PELAJAR PRASISWAZAH UNIMAS (SESI AMBILAN 2026/2027) 🩺

Perhatian kepada pelajar baharu prasiswazah UNIMAS! Jangan lupa untuk hadir ke Pemeriksaan Kesihatan mengikut tarikh dan slot fakulti anda.

Sila rujuk poster di atas untuk pecahan kuota harian (slot pagi/petang) mengikut fakulti masing-masing.

Jumpa nanti! 🫶🏻

WELCOME TO TEAM PKU! 🩺✨Seluruh warga Pusat Kesihatan UNIMAS mengucapkan Selamat Datang kepada Airul Shamirzuan bin Moham...
17/09/2026

WELCOME TO TEAM PKU! 🩺✨

Seluruh warga Pusat Kesihatan UNIMAS mengucapkan Selamat Datang kepada Airul Shamirzuan bin Mohamad Safri yang melangkah masuk sebagai Protégé bermula 14 September 2026.

Tahniah diucapkan kerana telah lulus Professional Exam dan sedang menantikan Konvokesyen November ini. Menimba pengalaman awal di PKU adalah persediaan terbaik sebelum melangkah ke dunia housemanship kelak. 👍

Selamat bertugas dan semoga terus cemerlang bersama keluarga PKU UNIMAS! 🌟

SELESAI TUGASAN MEDICAL STANDBY MAP 2026 & POLYCC CONVO12–15 September 2026 — Berjalan serentak! Selain pasukan bertugas...
17/09/2026

SELESAI TUGASAN MEDICAL STANDBY MAP 2026 & POLYCC CONVO

12–15 September 2026 — Berjalan serentak! Selain pasukan bertugas di Majlis Konvokesyen POLYCC 2026, satu lagi pasukan Medical Standby PKU turut bersiap sedia di klinik sempena Pendaftaran Pelajar Baharu & Minggu Aluan Pelajar (MAP 2026).

Komitmen berkembar ini jelas membuktikan semangat teamwork yang tinggi, kualiti kerjasama padu, dan dedikasi penuh warga PKU dalam mengalas pelbagai tanggungjawab pada satu-satu masa demi keselamatan warga kampus dan komuniti. 🏥💪✨

Sepanjang 4 hari program MAP berlangsung, PKU telah mengoperasikan perkhidmatan extended hours sehingga jam 10.00 malam bagi mengendalikan kes rawatan biasa serta kes kecemasan pelajar.

Setinggi-tinggi syabas dan terima kasih kepada seluruh warga PKU atas komitmen luar biasa yang diberikan, serta pengurusan universiti dan pihak kolej atas kerjasama yang amat erat. 🤝

Selamat datang dan selamat menjadi warga UNIMAS kepada semua mahasiswa baharu! 💙🎓

Pasukan Perlindungan Perubatan (Medical Standby) PKU  Konvokesyen POLYCC 202612-13 September 2026, DeTAR PUTRA - Selesai...
17/09/2026

Pasukan Perlindungan Perubatan (Medical Standby) PKU Konvokesyen POLYCC 2026

12-13 September 2026, DeTAR PUTRA - Selesai sudah tugasan untuk Medical Standby sepanjang 2 hari majlis konvokesyen POLYCC! 🩺❤️

Syabas dan terima kasih kepada seluruh Team PKU yang sentiasa komited dan bersiap sedia. Terima kasih juga POLYCC atas kepercayaan yang diberikan kepada kami.

Syabas dan tahniah kepada para graduan! Teruskan kecemerlangan anda!💐🎓

Address

Aras LG, Bangunan Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Kota Samarahan
94300

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:45
14:30 - 17:00

Telephone

+6082581000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Sarawak:

Shortcuts

Share