Jom Masuk Instedt

Jom Masuk Instedt Sebuah medium saluran untuk pelajar-pelajar lepasan SPM yang mencari institusi pengajian tinggi bagi melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya.

Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) merupakan sebuah Kolej Bersekutu UiTM milik Bumiputera yang terkenal di Selatan tanah air iaitu Negeri Johor Darul Takzim. Sebuah Institusi yang berkonsepkan kolej dalam taman serta berhampiran kawasan peranginan yang menjadi tumpuan iaitu Desaru, Tanjung Balau, Batu Layar, dan sekitarnya. Terletak di lokasi yang tenang jauh dari hiruk pikuk band

ar, sangat sesuai dalam membantu mahasiswa/mahasiswi INSTEDT di dalam pengajian masing-masing. Suasana yang tenang mampu menjadi pemangkin kepada pola pemikiran pelajar yang kreatif. INSTEDT menawarkan program-program Diploma yang diiktiraf Lembaga Akreditasi Negara (MQA). INSTEDT mempunyai pensyarah-pensyarah yang berpengalaman dan kompeten dalam melahirkan graduan-graduan INSTEDT yang mempunyai jati diri yang unggul dan berdaya saing.

07/02/2023
Konvokesyen INSTEDT ke-15
24/12/2022

Konvokesyen INSTEDT ke-15

16/08/2022
Diploma Pengurusan Perniagaan====================DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN (DPP) melahirkan graduan yang berkemahira...
23/06/2022

Diploma Pengurusan Perniagaan
====================

DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN (DPP) melahirkan graduan yang berkemahiran khususnya dalam bidang perniagaan dan pengurusan bagi memenuhi pasaran masa kini. Pelajar didedahkan dengan pelbagai maklumat terkini berkenaan bidang perniagaan dan pengurusan seperti pemasaran, pengurusan pejabat, pelaburan, pengeluaran, amalan insuran dan pelbagai pengetahuan asas.

Semua yang ditawarkan ini menjadi pakej fleksibiliti bagi pelajar-pelajar untuk memiliki peluang besar dalam memasuki industri seperti pentadbiran, kewangan, pemasaran, perhubungan awam dan insuran.

Graduan DPP boleh menceburi bidang kerjaya sebagai
- Penolong Pegawai Latihan
- Penolong Akauntan
- Penolong Pengurus Pemasaran
- Eksekutif Pentadbiran
- Eksekutif Pemasaran
- Eksekutif Perhubungan Awam
- Pembantu Akaun.

Syarat Kelayakan:
Lulus SPM + 3 kepujian dan lulus B.Inggeris

Tempoh pengajian : 3 tahun / 6 semester
DAFTAR SEKARANG!
www.wasap.my/601163591911/SayaNakSambungDiploma

Diploma Kesetiausahaan Undang-Undang====================DIPLOMA KESETIAUSAHAAN UNDANG-UNDANG (DLS) adalah program berasa...
23/06/2022

Diploma Kesetiausahaan Undang-Undang
====================

DIPLOMA KESETIAUSAHAAN UNDANG-UNDANG (DLS) adalah program berasaskan bidang kesetiausahaan, pentadbiran pejabat dan undang-undang bagi membentuk pelajar menjadi seorang setiausaha atau pembantu yang mahir.

Pelajar dilatih untuk melakukan pelbagai pekerjaan yang memerlukan pengetahuan yang lengkap dalam undang-undang prosedur, terminologi undang-undang dan pelbagai aspek undang-undang seperti undang-undang jenayah, wasiat & probet, undang-undang keluarga, undang-undang tanah dan sistem perundangan Malaysia.

Graduan DLS boleh menceburi bidang kerjaya sebagai:
- Setiausaha undang-undang
- Eksekutif undang-undang
- Pegawai atau pembantu pentadbiran di Mahkamah
- Ejen hartanah
- Bank ( Jabatan undang-undang )
- Syarikat insuran

Syarat Kelayakan:
Lulus SPM + 3 kepujian dan lulus B.Inggeris

Tempoh pengajian = 3 tahun / 6 semester
DAFTAR SEKARANG!
www.wasap.my/601163591911/SayaNakSambungDiploma

Diploma Kesetiausahaan Kesihatan====================DIPLOMA KESETIAUSAHAAN KESIHATAN (DMS) adalah program yg melahirkan ...
23/06/2022

Diploma Kesetiausahaan Kesihatan
====================

DIPLOMA KESETIAUSAHAAN KESIHATAN (DMS) adalah program yg melahirkan pelajar yang mampu menggalas tanggungjawab sebagai setiausaha bahagian kesihatan dan pembantu-pembatu doktor yang merangkumi semua aspek termasuk fizikal, emosi, dan social manusia.

Graduan DMS boleh berkerja di hospital kerajaan atau swasta sbg
- Medical Secretary
- Medical Transcriptionist
- Medical Record Secretary
- Medical Office Receptionist
- Dental Secretary
- Physician Office Specialist
- Surgery Scheduler
- Insurance Specialist
- Rehabilitation Specialist Assistant
- Rehabilitation Secretary
- Medical Voucher Clerk
- Clinic Clerk, Admission Clerk
- Underwriting Clerk
- Medical Billing Coder
- Medical Billing Specialist.

Syarat Kelayakan:
Lulus SPM + 3 kepujian dan lulus subjek sains atau mana-mana matapelajaran sains tulen

Tempoh Pengajian : 3 Tahun / 6 semester
DAFTAR SEKARANG!
www.wasap.my/601163591911/SayaNakSambungDiploma

Diploma Kejururawatan====================DIPLOMA KEJURURAWATAN (DNUR) membentuk pelajar untuk bekerjasama dengan doktor ...
23/06/2022

Diploma Kejururawatan
====================

DIPLOMA KEJURURAWATAN (DNUR) membentuk pelajar untuk bekerjasama dengan doktor dalam satu pasukan bagi melaksanakan tugas-tugas merawat dan menjalankan prosedur klinikal. Kerjaya ini menuntut kesabaran yang tinggi terutama semasa melayan pesakit.

Walaubagaimanapun bidang ini mempunyai prospek kerja yang sangat cerah samada di dalam atau luar negara. Struktur kurikulum adalah mengikut piawaian Lembaga Jururawat Malaysia.

Pekerjaan yang tergolong dalam bidang kejururawatan adalah seperti Jururawat Am, Jururawat Khusus dan Jururawat Perindustrian.

Syarat Kelayakan:
Lulus SPM + 5 kepujian termasuk B.Melayu, Matematik dan Sains, serta Lulus mata pelajaran B.Inggeris.

Tempoh pengajian : 3 tahun / 6 semester
DAFTAR SEKARANG!
www.wasap.my/601163591911/SayaNakSambungDiploma

Address

Bangunan Kejora, Jalan Dato Onn
Kota Tinggi
81930

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+601163591911

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jom Masuk Instedt posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share