Sarjana Muda Industri Pertanian - Universiti Sultan Azlan Shah

Sarjana Muda Industri Pertanian - Universiti Sultan Azlan Shah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sarjana Muda Industri Pertanian - Universiti Sultan Azlan Shah, College & University, University Registration Number : DU048(A) Bukit Chandan Bandar Diraja Kuala Kangsar Perak Darul Ridzuan, Kuala Kangsar.

22/05/2026

Lawatan Sambil Belajar ke Farm Fresh UPM @ Serdang, Selangor

Pada 16 Mei 2026, seramai 38 orang pelajar bersama tiga orang pensyarah pengiring telah menyertai lawatan sambil belajar ke Farm Fresh UPM @ Serdang. Program ini merupakan kolaborasi antara Persatuan STEM dan Kelab MyAgrosi yang bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada industri tenusu dan pengurusan ladang komersial berskala moden di Malaysia. Pensyarah pengiring yang turut serta dalam program ini ialah Encik Ts Mejar Hairul Fadzli bin Ab Razak, Encik Muhammad Khairul Anam bin Zakaria, dan Encik Helmy Hanyff Bin Hairudin Ruzaili.

Sepanjang lawatan, para pelajar telah didedahkan kepada proses pengeluaran susu segar bermula daripada pengurusan lembu tenusu, sistem pemakanan ternakan, teknik pemerah susu menggunakan teknologi moden, sehingga kepada proses pemprosesan dan pengedaran produk tenusu kepada pengguna. Pendedahan ini memberi kefahaman yang lebih mendalam terhadap aspek teknologi pertanian dan inovasi dalam industri agromakanan.

22/05/2026

Lawatan Akademik ke Santing AgriFarm, Padang Rengas, Perak

Padang Rengas, 19 Mei 2026I Seramai 12 orang pelajar Sarjana Muda Industri Pertanian (Kepujian) Universiti Sultan Azlan Shah bersama seorang pensyarah pengiring, En. Muhammad Aiman bin Adam, telah menjalankan lawatan akademik ke Santing AgriFarm, Padang Rengas, Perak. Lawatan ini memberi pendedahan secara langsung kepada industri penternakan haiwan, khususnya pengurusan baka ayam belanda seperti Kelass Turkey dan White Turkey di Santing AgriFarm.

Selain ayam belanda, ladang ini turut menternak pelbagai jenis haiwan lain seperti lembu, itik, ayam, dan biri-biri yang menunjukkan kepelbagaian sistem penternakan bersepadu. Para pelajar berpeluang memahami aspek pengurusan ternakan merangkumi sistem pemeliharaan, pemakanan, biosekuriti, serta penjagaan kesihatan haiwan bagi memastikan produktiviti berada pada tahap optimum.

Lawatan ini bukan sahaja mengukuhkan kefahaman teori dalam bidang penternakan moden, malah memberi pengalaman sebenar tentang aplikasi teknologi dan pengurusan ladang secara komersial. Ia diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan serta membuka perspektif lebih luas terhadap potensi industri agropenternakan di Malaysia.

17/05/2026
๐Œ๐˜๐€๐†๐‘๐Ž๐’๐ˆ๐’ ๐„๐๐“๐‘๐„๐๐‘๐„๐๐„๐”๐‘๐’๐‡๐ˆ๐ ๐‚๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐„๐๐ƒ๐€๐๐€๐“ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐๐Ž๐’๐ˆ๐“๐ˆ๐…Program ๐Œ๐˜๐€๐†๐‘๐Ž๐’๐ˆ๐’ ๐„๐ง๐ญ๐ซ๐ž๐ฉ๐ซ๐ž๐ง๐ž๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ก๐ข๐ฉ ๐‚๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ...
17/05/2026

๐Œ๐˜๐€๐†๐‘๐Ž๐’๐ˆ๐’ ๐„๐๐“๐‘๐„๐๐‘๐„๐๐„๐”๐‘๐’๐‡๐ˆ๐ ๐‚๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐„๐๐ƒ๐€๐๐€๐“ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐๐Ž๐’๐ˆ๐“๐ˆ๐…

Program ๐Œ๐˜๐€๐†๐‘๐Ž๐’๐ˆ๐’ ๐„๐ง๐ญ๐ซ๐ž๐ฉ๐ซ๐ž๐ง๐ž๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ก๐ข๐ฉ ๐‚๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” yang telah berlangsung pada 13 dan 14 Mei 2026 di Perkarangan Perpustakaan Raja Ashman Shah USAS telah berjaya dilaksanakan dengan meriah serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga universiti. Pelbagai jualan makanan, minuman, dessert serta aktiviti menarik telah disediakan oleh lebih daripada 25 kelab dan persatuan pelajar yang mengambil bahagian sepanjang program berlangsung.

Pihak penganjur ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua pelajar, kelab dan persatuan pelajar USAS yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan usaha yang sangat baik dalam menjayakan program ini. Penglibatan aktif semua pihak bukan sahaja memeriahkan suasana karnival, malah berjaya memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan mahasiswa.

Ucapan penghargaan turut ditujukan kepada pihak pengurusan khususnya Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat (.usas )atas sokongan, dorongan serta bantuan yang diberikan sepanjang perancangan dan pelaksanaan program ini. Tidak dilupakan juga kepada para pensyarah dan staf USAS yang turun padang bagi memberikan sokongan dengan hadir serta membeli di gerai-gerai jualan yang disediakan.

Secara keseluruhannya, program ini telah memberikan hasil yang sangat memberangsangkan serta menerima pelbagai maklum balas positif daripada peserta dan pengunjung. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuhkan budaya keusahawanan dan hubungan silaturahim dalam kalangan warga USAS.

14/05/2026

Jemput datang semua โค๏ธ

๐ŸŽ‰ MYAGROSIS ENTREPRENEURSHIP FESTIVAL 2026 ๐ŸŽ‰Jom memeriahkan festival keusahawanan terbesar warga USAS yang bakal berlang...
12/05/2026

๐ŸŽ‰ MYAGROSIS ENTREPRENEURSHIP FESTIVAL 2026 ๐ŸŽ‰

Jom memeriahkan festival keusahawanan terbesar warga USAS yang bakal berlangsung pada:

๐Ÿ“… 13 & 14 Mei 2026 (Rabu & Khamis)
โฐ 8.00 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ Perkarangan Perpustakaan Raja Ashman Shah, USAS

๐Ÿ”ฅ Lebih daripada 25 kelab dan persatuan akan mengadakan jualan serta pelbagai aktiviti menarik untuk anda semua!

๐Ÿ” Makanan
๐Ÿฅค Minuman
๐Ÿฐ Dessert
๐ŸŽฏ Aktiviti Menarik

Jangan lepaskan peluang untuk support warga USAS sambil menikmati pelbagai juadah dan kemeriahan festival! โœจ

๐Ÿ“ข Jumpa anda di sana!

12/05/2026

๐ŸŽ‰ MYAGROSIS ENTREPRENEURSHIP FESTIVAL 2026 ๐ŸŽ‰

Jom memeriahkan festival keusahawanan terbesar warga USAS yang bakal berlangsung pada:

๐Ÿ“… 13 & 14 Mei 2026 (Rabu & Khamis)
โฐ 8.00 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ Perkarangan Perpustakaan Raja Ashman Shah, USAS

๐Ÿ”ฅ Lebih daripada 25 kelab dan persatuan akan mengadakan jualan serta pelbagai aktiviti menarik untuk anda semua!

๐Ÿ” Makanan
๐Ÿฅค Minuman
๐Ÿฐ Dessert
๐ŸŽฏ Aktiviti Menarik

Jangan lepaskan peluang untuk support warga USAS sambil menikmati pelbagai juadah dan kemeriahan festival! โœจ

๐Ÿ“ข Jumpa anda di sana!

๐Ÿ“ข OPEN VENDOR KARNIVAL KEUSAHAWANAN MYAGROSIS 2026 ๐ŸŽ‰Kelab MyAgrosis membuka peluang kepada semua kelab, persatuan & pela...
07/05/2026

๐Ÿ“ข OPEN VENDOR KARNIVAL KEUSAHAWANAN MYAGROSIS 2026 ๐ŸŽ‰

Kelab MyAgrosis membuka peluang kepada semua kelab, persatuan & pelajar USAS untuk menjadi vendor sempena Karnival Keusahawanan pada:

๐Ÿ“… 13 & 14 Mei 2026
๐Ÿ“ Perkarangan Perpustakaan Ashman Shah, USAS

๐Ÿ” Makanan | ๐Ÿง‹ Minuman | ๐Ÿ‘• Pakaian | ๐ŸŽฏ & lain-lain

๐Ÿ’ฐ Jana pendapatan & meriahkan karnival bersama warga USAS!
๐Ÿ’ต Sewaan tapak hanya RM30 untuk 2 hari ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ“Œ Tempat terhad , cepat daftar sekarang!

๐Ÿ“ž [ 01175095942 - Syamina]

07/05/2026

๐Ÿ“ข OPEN VENDOR KARNIVAL KEUSAHAWANAN MYAGROSIS 2026 ๐ŸŽ‰

Kelab MyAgrosis membuka peluang kepada semua kelab, persatuan & pelajar USAS untuk menjadi vendor sempena Karnival Keusahawanan pada:

๐Ÿ“… 13 & 14 Mei 2026
๐Ÿ“ Perkarangan Perpustakaan Ashman Shah, USAS

๐Ÿ” Makanan | ๐Ÿง‹ Minuman | ๐Ÿ‘• Pakaian | ๐ŸŽฏ & lain-lain

๐Ÿ’ฐ Jana pendapatan & meriahkan karnival bersama warga USAS!
๐Ÿ’ต Sewaan tapak hanya RM30 untuk 2 hari ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ“Œ Tempat terhad , cepat daftar sekarang!

๐Ÿ“ž [ 01175095942 - Syamina]

Kuala Kangsar | Program Sesi Perkongsian Industri bersama  telah berlangsung dengan lancar pada 23 April 2026 (Khamis) d...
26/04/2026

Kuala Kangsar | Program Sesi Perkongsian Industri bersama telah berlangsung dengan lancar pada 23 April 2026 (Khamis) dari jam 2.30 hingga 3.30 petang secara dalam talian melalui platform Microsoft Teams. Sesi ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, En. Muhammad Sukayadiy bin Salim daripada Crop Power, yang berkongsi pelbagai ilmu serta maklumat berkaitan industri khususnya dalam bidang pemprosesan dan teknologi biji benih. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada para pelajar dan berjalan dengan teratur serta mencapai objektif yang telah ditetapkan. Diharapkan sesi perkongsian seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuhkan hubungan antara institusi dan pihak industri.

Address

University Registration Number : DU048(A) Bukit Chandan Bandar Diraja Kuala Kangsar Perak Darul Ridzuan
Kuala Kangsar
33000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sarjana Muda Industri Pertanian - Universiti Sultan Azlan Shah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Sarjana Muda Industri Pertanian - Universiti Sultan Azlan Shah:

Share