Fakulti Pengurusan Dan Teknologi Maklumat- Universiti Sultan Azlan Shah

  • Home
  • Fakulti Pengurusan Dan Teknologi Maklumat- Universiti Sultan Azlan Shah
Website Contact the university

Fakulti Pengurusan Dan Teknologi Maklumat- Universiti Sultan Azlan Shah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Fakulti Pengurusan Dan Teknologi Maklumat- Universiti Sultan Azlan Shah, College & University, University Registration Number: DUO48 (A) Bukit Chandan, .

LAPORAN BENGKEL ACCA SIRI II TAHUN 2026Bengkel ACCA Siri II Tahun 2026 telah dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan, Fakulti...
06/08/2026

LAPORAN BENGKEL ACCA SIRI II TAHUN 2026

Bengkel ACCA Siri II Tahun 2026 telah dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan, Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat, USAS pada 27/7/2026- 31/7/2026 bertempat di Bilik Seminar Pascasiswazah, USAS.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memperbaharui dan mengemaskini akreditasi ACCA bagi program Diploma Perakaunan dan ISM Perakaunan.

Seramai 8 orang pensyarah dari niche perakaunan telah terlibat bagi menjayakan aktiviti bengkel.

Hasil bengkel ini akan dilanjutkan ke Bengkel ACCA Siri III pada akhir Ogos bagi proses akhir penyediaan dokumen penjajaran silibus kepada pihak ACCA.

Disediakan oleh,
Niche Perakaunan, FPTM

🏆 TAHNIAH: MAHASISWA USAS BERSINAR DI PENTAS INTERVARSITI PADA 18 JULAI 2026 (SABTU)🏆Setinggi tahniah kepada pasukan USA...
06/08/2026

🏆 TAHNIAH: MAHASISWA USAS BERSINAR DI PENTAS INTERVARSITI PADA 18 JULAI 2026 (SABTU)🏆

Setinggi tahniah kepada pasukan USAS yang diiringi oleh En Helmy Hanyff bin Hairudin Ruzaili atas pencapaian membanggakan dalam The Amazing CyberHunt 2026 – UTAR-FICT 3rd Intervarsity CTF Challenge 2026.

🔖Pasukan Dot Zero – Kedudukan Ke-11/ 25 pasukan.

Ahli Pasukan:
1. Radzi bin Zamri
2. Ahmad Khairuddin bin Mohamad Azmin
3. Mohamad Idham bin Hussein

Pencapaian ini mencerminkan daya saing mahasiswa USAS dalam bidang keselamatan siber di peringkat intervarsiti 🚀✨

Semoga terus cemerlang mengharumkan nama USAS! 🔥🔥🔥

PROGRAM INKUBATOR DI CHEN & CO TAX SERVICES SDN BHDPada 3/8/2026 seramai 9 orang pelajar perakaunan telah melaporkan dir...
06/08/2026

PROGRAM INKUBATOR DI CHEN & CO TAX SERVICES SDN BHD

Pada 3/8/2026 seramai 9 orang pelajar perakaunan telah melaporkan diri di Syarikat Chen & Co Taxation Sdn Bhd bagi mengikuti program inkubator selama 8 minggu bermula 3/8/2026 hingga 25/9/2026. Turut mengiringi mereka sewaktu pendaftaran adalah Madam Sri Shaila.

Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada persekitaran kerja sebenar, memberi pengalaman bekerja dalam operasi harian syarikat, memahami budaya kerja profesional dan etika kerja serta mengapikasikan ilmu perakaunan yang dipelajari dalam situasi sebenar seperti penyediaan penyata kewangan, perakaunan cukai, pengauditan dan perakaunan pengurusan.

Pihak syarikat juga telah menyediakan kemudahan penginapan kepada pelajar sepanjang program ini berlangsung.

Program ini adalah hasil kerjasama diantara Syarikat Chen & Co Taxation Sdn Bhd dan pihak USAS.

Seramai 37 orang pelajar Diploma Multimedia dengan Dakwah bersama 2 orang pensyarah multimedia telah menyertai lawatan k...
06/08/2026

Seramai 37 orang pelajar Diploma Multimedia dengan Dakwah bersama 2 orang pensyarah multimedia telah menyertai lawatan ke Graphic Design Degree Exhibition (FLUIX Redefine) di UiTM Sri Iskandar.

Pelajar2 terdiri daripada pelajar yang bakal ambil FYP pada semester I 2027/2028 nanti. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan awal serta membuka idea pelajar untuk menghasilkan projek tahun akhir nanti.

24/07/2026

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN USAS KE KEJOHANAN SUKAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ISLAM MALAYSIA (SUPTIM) 2026

Semoga peroleh kemenangan ! 💪🏻

SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU FPTM!Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat (FPTM), Universiti Sultan Azlan Shah menguc...
20/07/2026

SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU FPTM!

Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat (FPTM), Universiti Sultan Azlan Shah mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu bagi Semester III Sesi 2025/2026 (Julai 2026).

Tahniah kerana menjadi sebahagian daripada keluarga FPTM. Semoga perjalanan akademik anda dipenuhi dengan ilmu, pengalaman bermakna dan kejayaan yang cemerlang.

Selamat memulakan langkah baharu di USAS. Teruskan berusaha, berinovasi dan manfaatkan setiap peluang yang ada untuk membina masa depan yang gemilang.

Selamat Maju Jaya!

𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗖𝗼𝗻𝗳𝗲𝗿𝗲𝗻𝗰𝗲 𝗼𝗳 𝗧𝗿𝗼𝗽𝗶𝗰𝗮𝗹 𝗥𝗲𝗴𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹𝗶𝘀𝗺 𝗶𝗻 𝗔𝗦𝗘𝗔𝗡 𝗗𝗲𝘀𝗶𝗴𝗻 𝗮𝗻𝗱 𝗕𝘂𝗶𝗹𝘁 𝗘𝗻𝘃𝗶𝗿𝗼𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗶𝗰-𝗧𝗥𝗔𝗗𝗘 𝟮𝟬𝟮𝟲)𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗔𝗧𝗔𝗦 ...
17/07/2026

𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗖𝗼𝗻𝗳𝗲𝗿𝗲𝗻𝗰𝗲 𝗼𝗳 𝗧𝗿𝗼𝗽𝗶𝗰𝗮𝗹 𝗥𝗲𝗴𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹𝗶𝘀𝗺 𝗶𝗻 𝗔𝗦𝗘𝗔𝗡 𝗗𝗲𝘀𝗶𝗴𝗻 𝗮𝗻𝗱 𝗕𝘂𝗶𝗹𝘁 𝗘𝗻𝘃𝗶𝗿𝗼𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗶𝗰-𝗧𝗥𝗔𝗗𝗘 𝟮𝟬𝟮𝟲)

𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗔𝗣𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔

Warga Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat (FPTM), Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada LAr. Zainal Syahrizal bin Zainal Abidin, Pensyarah Program ISM Seni Bina Landskap, atas kejayaan membanggakan apabila meraih Best Paper Award (1st Runner-Up) dan Best Video Award (2nd Place) dalam International Conference of Tropical Regionalism in ASEAN Design and Built Environment 2026 (ic-TRADE 2026) yang telah berlangsung pada 16 Julai 2026.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga akademik untuk terus cemerlang dalam penyelidikan, inovasi dan penerbitan di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

Tahniah dan syabas!

17/07/2026

Setinggi-tinggi Tahniah!

Tahniah untuk pasukan dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) kerana telah berjaya meraih Anugerah Emas (Gold Award): Professional Idea dalam SOCIOINNOVATION 2026 Innovation Competition yang dianjurkan oleh Innovation Excellence Ventures.

SocioInnovation 2026 yang berlangsung dari 1 Mac hingga 30 April 2026 merupakan platform kebangsaan yang direka untuk merangsang inovasi berteraskan tujuan. Inisiatif ini menghimpunkan para inovator, penyelidik, pelajar pascasiswazah dan prasiswazah, pengamal industri serta usahawan untuk membangunkan penyelesaian yang secara langsung menangani cabaran sosial semasa.

Pengiktirafan ini mencerminkan kualiti, keaslian dan potensi impak tinggi inovasi yang dihasilkan, selaras dengan tema pertandingan “Thriving with Social Innovation”.

Idea inovasi ini diketuai oleh Azlydia Binti Johar dengan hasil usaha kolaboratif dan komitmen tinggi daripada:

- Noor Hilyati Binti Alilah
- Hafiszullah bin Maarof
- Ts. Petra Reza bin Shahbi
- Helmy Hanyff bin Hairuddin Ruzaili

Projek: *PI 2603 MindCare AI (Mental Health Apps Screening for IPT Students)*

Kejayaan ini membuktikan keupayaan pasukan dalam membangunkan inovasi yang bukan sahaja kreatif, malah berpotensi memberi impak signifikan kepada masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan usaha ini.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus menyumbang dalam bidang inovasi dan pembangunan sosial pada masa hadapan 💡✨

𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 JULAI 2026 𝗨𝗡𝗜𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗭𝗟𝗔𝗡 𝗦𝗛𝗔𝗛 🎓✨Ayuh daftar hari ini sebagai mahasiswa/siswi ...
09/07/2026

𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 JULAI 2026 𝗨𝗡𝗜𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗭𝗟𝗔𝗡 𝗦𝗛𝗔𝗛 🎓✨

Ayuh daftar hari ini sebagai mahasiswa/siswi bagi Kemasukan Pelajar Baharu AMBILAN JULAI 2026 📚🙌
Anda lepasan SPM/ SPMV/ KV/ STPM/ STAM/ Matrikulasi/ Diploma ditawarkan menyambung program pengajian yang diminati di peringkat DIPLOMA & IJAZAH SARJANA MUDA!! 🎉

🗓𝙏𝘼𝙍𝙄𝙆𝙃 𝙋𝙀𝙍𝙈𝙊𝙃𝙊𝙉𝘼𝙉 𝙊𝙉𝙇𝙄𝙉𝙀 :
𝘿𝙄𝙋𝙇𝙊𝙈𝘼 & 𝙄𝙅𝘼𝙕𝘼𝙃:
📌(Permohonan: 10 April 2026 - 17 Julai 2026)
📌(Lapor Diri: 20 Julai 2026)

𝙈𝙤𝙝𝙤𝙣 & 𝘿𝙖𝙛𝙩𝙖𝙧 𝙎𝙀𝙆𝘼𝙍𝘼𝙉𝙂 secara atas talian:
http://online.usas.edu.my/onlineapp/ 🌐
REBUTLAH PELUANG MENJADI MAHASISWA/SISWI USAS DENGAN KEISTIMEWAAN BERIKUT
💰 YURAN PENDAFTARAN AWAL RM200.00 SHJ (Bagi Diploma & Ijazah)
💵 YURAN PENDAFTARAN PERCUMA ALUMNI USAS.
📋 SYARAT KEMASUKAN YANG MINIMA BAGI PROGRAM DIMINATI
🏛 UNIVERSITI MILIK PENUH KERAJAAN NEGERI PERAK
🎓 TAJAAN BIASISWA USAS BAGI PELAJAR CEMERLANG (Tertakluk Terma & Syarat)

Address

University Registration Number: DUO48 (A) Bukit Chandan

33000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Pengurusan Dan Teknologi Maklumat- Universiti Sultan Azlan Shah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Fakulti Pengurusan Dan Teknologi Maklumat- Universiti Sultan Azlan Shah:

Shortcuts

  • Want your university to be the top-listed university?

Share