USAS Takaful Academy

USAS Takaful Academy Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from USAS Takaful Academy, College & University, USAS Takaful Academy, Universiti Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Happy New Year 2026 from USAS Takaful Academy.May this new year mark a fresh beginning filled with progress, innovation,...
01/01/2026

Happy New Year 2026 from USAS Takaful Academy.
May this new year mark a fresh beginning filled with progress, innovation, and continued commitment to advancing knowledge in the Takaful industry.
Together, we move forward in shaping ethical, competent, and future-ready Takaful professionals.

Selamat menyambut tahun baharu 2026 daripada USAS Takaful Academy.
Semoga tahun ini menjadi lembaran baharu yang membawa lebih banyak kejayaan dalam memperkasa ilmu, memacu inovasi dan membentuk masa depan Takaful yang beretika serta berdaya saing.
Bersama-sama, kita melangkah ke hadapan dalam melahirkan generasi profesional Takaful yang berilmu, beramanah dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

TAKAFUL PRODUCT INNOVATION PITCH COMPETITION 2025Pada 17 Disember 2025 (Rabu), USAS Takaful Academy telah menganjurkan T...
17/12/2025

TAKAFUL PRODUCT INNOVATION PITCH COMPETITION 2025

Pada 17 Disember 2025 (Rabu), USAS Takaful Academy telah menganjurkan Takaful Product Innovation Pitch Competition 2025, yang menyaksikan penyertaan 16 kumpulan pelajar membentangkan idea produk kewangan Islam yang inovatif, beretika dan bersifat inklusif.

Program ini bertujuan untuk memperkukuh kemahiran komunikasi, pembentangan serta kerja berpasukan dalam kalangan pelajar melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pertandingan. Melalui aktiviti ini, para pelajar berpeluang menunjukkan kefahaman mereka terhadap aplikasi pengurusan risiko dan konsep Takaful dalam situasi dunia sebenar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua peserta atas komitmen, kreativiti dan semangat yang ditunjukkan sepanjang program ini.

Rakaman Modul 1 – Development of Theory and Application of TakafulPada 25 November 2025 (Selasa), USAS Takaful Academy d...
27/11/2025

Rakaman Modul 1 – Development of Theory and Application of Takaful

Pada 25 November 2025 (Selasa), USAS Takaful Academy dengan kerjasama Association of Shariah Advisors in Islamic Finance Malaysia (ASAS) telah menjalankan sesi rakaman bagi Modul 1: Development of Theory and Application of Takaful.

Rakaman modul ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh penyampaian ilmu Takaful melalui bahan pembelajaran berkualiti tinggi yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar, penyelidik, serta komuniti industri. Program ini turut melibatkan tenaga pakar daripada ASAS yang berkongsi pandangan dan kepakaran dalam pembangunan teori serta aplikasi praktikal dalam bidang Takaful.

USAS Takaful Academy merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan rakaman modul ini.

Booth USAS Takaful Academy Sempena Karnival STEM USAS 2025Pada 23 November 2025, USAS Takaful Academy telah turut serta ...
25/11/2025

Booth USAS Takaful Academy Sempena Karnival STEM USAS 2025

Pada 23 November 2025, USAS Takaful Academy telah turut serta dalam Karnival STEM USAS 2025 dengan membuka sebuah booth interaktif yang menyediakan pelbagai aktiviti berkaitan dunia Takaful.

Antara aktiviti yang disediakan ialah:
• Wheel of Takaful – putaran roda dengan soalan dan fakta ringkas mengenai Takaful
• Teka Takaful (Kuiz Cepat) – kuiz pantas untuk menguji pengetahuan asas Takaful
• Dart of Protection – permainan dart bertema perlindungan risiko
• Career Match Game – padanan kerjaya dalam industri Takaful

Booth ini telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada para pengunjung, terutamanya para pelajar sekolah dan universiti yang ingin mengenali dengan lebih dekat mengenai industri Takaful, peluang pengajian, dan kerjaya dalam bidang ini.

Terima kasih kepada semua yang singgah ke booth kami!
Semoga pendedahan ini memberi manfaat dan meningkatkan minat terhadap bidang Takaful sebagai salah satu cabang ilmu dan kerjaya masa hadapan.

Mesyuarat Booth Promosi UTA dan Aktiviti Permainan InteraktifPada 19 November 2025, satu mesyuarat diadakan bagi booth p...
20/11/2025

Mesyuarat Booth Promosi UTA dan Aktiviti Permainan Interaktif

Pada 19 November 2025, satu mesyuarat diadakan bagi booth promosi USAS Takaful Academy – UTA serta aktiviti permainan interaktif telah diadakan bersama warga staf Akademi Takaful USAS dan pelajar Ijazah Sarjana Muda Takaful (BIT).

Mesyuarat ini diadakan sebagai persiapan sempena Karnival STEM yang akan berlangsung pada 23 November 2025, dengan tujuan memastikan segala pengurusan booth, pengisian aktiviti, serta bahan promosi dapat dijalankan dengan lancar dan teratur.

Program ini dijangka memberi pendedahan kepada para pengunjung mengenai industri Takaful serta memperkenalkan Akademi Takaful USAS melalui pendekatan interaktif dan mesra pelajar.

Pada 29 Oktober 2025 (Rabu), bertempat di Auditorium USAS, Fakulti Pengurusan Dan Teknologi Maklumat (FPTM) dengan kerja...
29/10/2025

Pada 29 Oktober 2025 (Rabu), bertempat di Auditorium USAS, Fakulti Pengurusan Dan Teknologi Maklumat (FPTM) dengan kerjasama Usas Takaful Akademi Uta telah menganjurkan program “Executive Talk: Financial Literacy” sempena BizFest@USAS 2025.

Sesi Executive Talk ini telah disampaikan oleh En. Mohd Radzuan bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Takaful Malaysia (MTA) merangkap Profesor Adjung Akademi Takaful USAS.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan literasi kewangan dalam kalangan pelajar serta memberi pendedahan tentang peranan industri Takaful dalam membentuk kestabilan ekonomi masyarakat.

Pada majlis yang sama, tiga orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Takaful (Kepujian) turut menerima sumbangan komputer riba sebagai galakan untuk terus cemerlang dalam bidang akademik.

Sesi Temuduga Calon Biasiswa Doktor Falsafah tajaan USAS Takaful AcademyPada 17 Oktober 2025 (Jumaat), USAS Takaful Acad...
17/10/2025

Sesi Temuduga Calon Biasiswa Doktor Falsafah tajaan USAS Takaful Academy

Pada 17 Oktober 2025 (Jumaat), USAS Takaful Academy telah mengadakan Sesi Temuduga Calon Biasiswa Doktor Falsafah.

Sesi ini diadakan sebagai sebahagian daripada proses pemilihan calon yang berpotensi untuk menyumbang dalam bidang penyelidikan dan pembangunan ilmu Takaful. Diharapkan para calon dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan industri Takaful melalui penyelidikan yang inovatif dan berimpak tinggi.

USAS Takaful Academy mengucapkan tahniah dan selamat berjaya kepada semua calon yang hadir.

Sesi Temuduga Calon Biasiswa ISM Takaful (Kepujian) tajaan USAS Takaful AcademyPada 16 Oktober 2025, USAS Takaful Academ...
16/10/2025

Sesi Temuduga Calon Biasiswa ISM Takaful (Kepujian) tajaan USAS Takaful Academy

Pada 16 Oktober 2025, USAS Takaful Academy telah mengadakan sesi temu duga bersama calon-calon bagi program Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Takaful (Kepujian).

Sesi ini bertujuan mengenal pasti calon-calon berpotensi yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, tetapi juga memiliki semangat dan minat mendalam untuk menyumbang kepada pembangunan industri Takaful.

USAS Takaful Academy mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon yang telah hadir. Semoga menjadi sebahagian daripada generasi baharu yang akan memacu industri Takaful ke arah masa depan yang lebih gemilang.

PENGUMUMAN RASMIUniversiti Sultan Azlan Shah (USAS) melalui USAS Takaful Academy dengan sukacitanya mempelawa permohonan...
13/10/2025

PENGUMUMAN RASMI

Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) melalui USAS Takaful Academy dengan sukacitanya mempelawa permohonan bagi Biasiswa Doktor Falsafah (PhD) untuk kemasukan September 2025.

Biasiswa ini ditawarkan khusus kepada calon yang berminat untuk melanjutkan pengajian Doktor Falsafah di USAS dan menjalankan penyelidikan dalam bidang Takaful, selaras dengan visi USAS Takaful Academy untuk melahirkan pakar dan sarjana berwibawa dalam industri Takaful dan kewangan Islam.

📌 Maklumat Utama:
• Tahap pengajian: Doktor Falsafah (Ph.D.)
• Institusi: Universiti Sultan Azlan Shah
• Sesi kemasukan: September 2025
• Bidang tumpuan: Takaful

Calon yang berjaya akan menerima pembiayaan penuh yuran pengajian, tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.
Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan, bidang penyelidikan yang ditawarkan serta cara permohonan boleh diperoleh melalui laman rasmi USAS Takaful Academy ( https://takafulacademy.usas.edu.my/ )

Sila muat turun Borang Pemohonan Biasiswa PhD Takaful: https://drive.google.com/uc?export=download...

USAS @ Hari Keusahawanan SMK RMMPada 10 Sept 2025, pihak USAS Takaful Academy bersama fakulti-fakulti lain di Universiti...
13/10/2025

USAS @ Hari Keusahawanan SMK RMM

Pada 10 Sept 2025, pihak USAS Takaful Academy bersama fakulti-fakulti lain di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah menyertai Program Hari Keusahawanan yang berlangsung di SMK Raja Muda Musa (RMM).

Sepanjang program, pihak akademi telah membuka booth pameran serta mengadakan sesi taklimat promosi bagi memperkenalkan program pengajian yang ditawarkan di USAS. I

Inisiatif ini bertujuan memberi pendedahan awal serta menarik minat para pelajar untuk melanjutkan pengajian tinggi di USAS, khususnya dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Takaful (Kepujian).
Semoga usaha ini dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang celik ilmu dan bersedia menyumbang dalam bidang akademik serta industri pada masa hadapan.

Mesyuarat Penambahan Bahan USAS Takaful RepositoryPada 10 Oktober 2025, satu mesyuarat penambahan bahan bagi USAS Takafu...
10/10/2025

Mesyuarat Penambahan Bahan USAS Takaful Repository

Pada 10 Oktober 2025, satu mesyuarat penambahan bahan bagi USAS Takaful Repository telah diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 3 (Bilik ODL), bermula jam 9.00 hingga 10.00 pagi.

Mesyuarat ini bertujuan menyelaras serta memperkaya kandungan repositori Takaful sebagai pusat sehenti maklumat dan rujukan dalam bidang Takaful. Inisiatif ini diharap dapat memperkukuh peranan USAS Takaful Repository sebagai sumber ilmu yang berimpak tinggi, terbuka dan mudah diakses oleh pelajar, penyelidik serta industri.

Semoga usaha ini menjadi langkah strategik dalam memperkasakan penyelidikan dan penjenamaan USAS Takaful Academy di peringkat nasional dan antarabangsa.

Address

USAS Takaful Academy, Universiti Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan
Kuala Kangsar
33000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when USAS Takaful Academy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share