zyannealli

zyannealli Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from zyannealli, Kuala Lumpur.

1. Satu-satunya novel dari PBAKL '26. Hadiah dari anak bertuah ibu.  Ibu s**a hasil karya dari penulis Puteri Nor.  Kole...
25/06/2026

1. Satu-satunya novel dari PBAKL '26. Hadiah dari anak bertuah ibu. Ibu s**a hasil karya dari penulis Puteri Nor. Koleksi peti besi.

2. Kekuatan KUH - Mesej ttg ajaran Islam yg diketengahkan oleh penulis melalui watak Krit dan Huneyra tu mmg tepat. Gaya penulisan dan penyampaian sgt realistik & mendlm esp babak aksi, cemas, sedih etc mmg kita boleh rasa & terkesan. Perasaan berdebar-debar, geram, marah, sakit hati dlm novel ni & ibu dpt bayangkan situasinya macam mana. Rasa macam real situation bukan fiction.

3. Ibu s**a watak Krit. Of courselah ibu bayangkan seorang hero yg handsome mengikut imaginasi ibu. Imaginasi penting bila baca novel๐Ÿคญ Seorang yg pemalu, perahsia & bukan spt lelaki moden zaman sekarang. Cara dia care pd Huneyra & sifat melindungi tu sangatlah sweet. Dia punya cara yg tersendiri dlm mengekspresi cintanya. Seorang mualaf yg betulยฒ mencari reda Allah dlm setiap perbuatannya.

Watak Huneyra pun best jugak. Seorang gadis moden yg ada prinsip. Outspoken, berani. Tp akhirnya dia sedar segala apa yg dia miliki adalah dari rahmat Allah.

Babak cemas sewaktu Krit & Huenyra melarikan diri dari Pisut & the gang tu macam rollercoaster jantung ibu dibuatnya. Bayangkan dorang kena menyelam dlm sungai yg busuk & kotor. Ada mcmยฒ dlm sungai tu... Kaki Huneyra luka. Masa baca part ni auto terbayang kaki sendiri yg kena toreh dgn benda tajam. Urghhh... I cannot brain. Lagi satu babak Ratree dibunuh tu. Allahuakbar sedihnya. Banyak lagi sebenarnya babak yg seriau dlm novel ni.

4. Kepada pembaca tegar novel, silalah baca KUH ni. Dijamin tak boring. Banyak pengajaran yg kita boleh ambil sambil mengembara ke negara orang dgn adatยฒ mereka.

Pada pendpt ibu KUH ni bukan sekadar novel tp novel yg banyak pengajaran dan ilmu yg boleh diambil sbg panduan hidup kita. Baca dulu baru nilaikan.

Tahniah Puteri Nor krn menghasilkan sebuah novel yg berkualiti. Tahniah juga buat penerbit LoveNovel. Tak siaยฒ terbitkan novel ni.

Ibu tak puas baca. Rs mcm pendek sgt esp part adventure Krit & Huneyra. Part aksi tu. Next Puteri Nor smbng plak kisah Afsyar boleh? Nak tau apa endingnya p**a.

Tahniah MAWO. Terima kasih kerana merealisasikan impian abg2 & kakakยฒ senior yg tak kesampaian utk bertanding di Itali p...
22/06/2025

Tahniah MAWO. Terima kasih kerana merealisasikan impian abg2 & kakakยฒ senior yg tak kesampaian utk bertanding di Itali pada 2020 kerana COVID.

Ibu kepada alumni pun tumpang bangga. ๐ŸŽ‰๐ŸŽŠ๐Ÿ†

MAWO Mendunia. Dari Trolak ke Prague.

12/05/2024
Tahniah Atiq anak bertuah ibu.This is just the beginning of your new life as a university student.All the best in your f...
29/04/2024

Tahniah Atiq anak bertuah ibu.

This is just the beginning of your new life as a university student.

All the best in your future undertakings.

#29042024




Sekitar Majlis Anugerah Penghormatan Pengetua Semester II 2023 di MRSM Terendak yang disampaikan oleh Encik Ariffin b. S...
25/03/2024

Sekitar Majlis Anugerah Penghormatan Pengetua Semester II 2023 di MRSM Terendak yang disampaikan oleh Encik Ariffin b. Sulaiman, Pengetua MRSM Terendak hari ini.

Tahniah Aqil Dhamiri Muhd Akhir kerana dapat meningkatkan prestasi & mencapai anugerah yang berprestij ini. Terima kasih diucapkan kepada para guru yang sangat berdedikasi untuk meningkatkan lagi pencapaian MRSM Terendak di kalangan maktab-maktab MRSM seluruh Malaysia seterusnya pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) & Gred Purata Nasional (GPN) yang baik.

Ucapan terima kasih yang istimewa untuk Puan Nurul Hanim TPKA 2023/2025, guru kelas 2A3 2023, juga Bonda Homeroom 2CB Puan Ruzana Muhamad selaku bonda angkat yang menjaga kebajikan anak-anak homeroomnya di maktab.

Yang paling membanggakan, anak-anak sebilik Blok B13-D semuanya berjaya mendapat Anugerah Penghormatan Pengetua untuk Semester II 2023. Teruskan usaha untuk semester-semester akan datang. ๐Ÿ’ช๐Ÿฝ

Fly HIGHER.

"

Credit: FB Muhammad Akhir Zainal Abidin

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Doa Restu & Solat Hajat MRSM TGB semalam.Semoga Allah permudahkan urusan anak bertuah...
13/01/2024

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Doa Restu & Solat Hajat MRSM TGB semalam.

Semoga Allah permudahkan urusan anak bertuah ibu Atiq Dhafir dan semua anak-anak TGB dapat menjawab soalan-soalan SPM dengan mudah dan tenang. Aamiin3x yra

#12012024

HAR INI DAH BERMULA SPM.Anak ketiga kami Atiq Dhafir  juga akan menempuhinya.Saya kongsikan doa daripada rantaian Asmaul...
05/12/2023

HAR INI DAH BERMULA SPM.

Anak ketiga kami Atiq Dhafir juga akan menempuhinya.

Saya kongsikan doa daripada rantaian Asmaul Husna, khususnya sebagai amalan Ibu Ayah dan pelajar yang akan mula menduduki Peperiksaan SPM 2023.

โ€œAllahumma Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid, sesungguhnya Engkaulah yg Maha Memiliki Ilmu, Maha Bijaksana dan Maha Cerdas,

Kurniakanlah kepada anak kami keberkatan dan kefahaman terhadap ilmu yang mereka pelajari, kebijaksanaan dalam menjawab setiap soalan dengan betul, dan kecerdasan dalam menyelesaikan kertas peperiksaan mengikut waktu yang ditetapkan.

Allahumma Ya Baasit Yang Maha Melapangkan, lapangkan dada anak-anak kami Ya Allah, agar mereka tenang ketika di dewan peperiksaan dan jelas ketika melihat soalan.

Allahumma Ya Salam Ya Mu'min, Yang Maha memberi keamanan dan kesejahteraan, berikanlah kesihatan yang sempurna dan keamanan sepanjang tempoh ini.

Allahumma Ya Mani' (Yang Maha Mencegah), cegahlah mereka daripada penyakit lupa, lalai, cuai, was-was, resah gelisah, lemah semangat dan ketakutan yang berlebihan.

Allahumma Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin,
Ya Allah Yang Maha Perkasa, Maha Kuat dan Maha Teguh. Kurniakan kekuatan kepada jiwa, minda, mata telinga dan seluruh jasad mereka dalam mengharungi ujian dan cabaran peperiksaan ini.

Allahumma Ya Quddus Ya Jalil, Yang Maha Suci dan Maha Jernih, bersihkan dan jernihkan hati dan fikiran mereka daripada bisikan syaitan dan nafsu yang melemahkan semangat mereka.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Ro'uf Ya Karim, jadikan peperiksaan ini sebagai medan untuk mereka dan kami menjadi hambaMu dan khalifahMu di bumi, semoga dengan kecemerlangan peperiksaan ini membawa mereka dan kami lebih hampir kepadaMu.

Ameen Ya Mujib (Yang Maha Memakbulkan) โ€œ

Ibu Ayah juga disarankan untuk beramal dengan DOA RASULULLAH SAW KEPADA IBNU ABBAS R.A.

Daripada Ibnu Abbas r.a., beliau berkata:

ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ: ุงู„ู„ู‡ูู…ู‘ูŽ ููŽู‚ู‘ูู‡ู’ู‡ู ูููŠ ุงู„ุฏู‘ููŠู†ูุŒ ูˆูŽุนูŽู„ู‘ูู…ู’ู‡ู ุงู„ุชู‘ูŽุฃู’ูˆููŠู„ูŽ

Rasulullah SAW mendoakan : "Ya Allah! Berikanlah kepadanya (Ibnu Abbas) kefahaman dalam agama serta ajarkanlah kepadanya takwil (memahami alQuran) .โ€ (HR Ahmad, hadis sahih)

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุนูŽู„ู‘ูู…ู’ู‡ู ุงู„ู’ุญููƒู’ู…ูŽุฉูŽ

Maksudnya: โ€œYa Allah, berilah dia hikmah kebijaksanaan โ€

Buat yang terbaik anak bertuah ibu. ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐ŸปYa AllahKu pohon pdMu permudahkanlah urusan ankku Atiq Dhafir dlm menjwb soala...
09/10/2023

Buat yang terbaik anak bertuah ibu. ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป

Ya Allah

Ku pohon pdMu permudahkanlah urusan ankku Atiq Dhafir dlm menjwb soalan hafazan UTQH SPM pd hari ini. Berilah kelancaran pdnya ketika melafazkan kalimah Mu.

Berikanlah ketenangan pada anakku Ya Allah. Lembutkanlah hati pemeriksa agar ada rasa belas dan kasih pada ankku Ya Allah.

Aamiin3x yra.



#09102023

Jumpa juga adinda kat sini. Jadilah walaupun sekejap cuma. Terubat juga rindu dapat peluk.Ada event Hari Pengguna Kebang...
30/07/2023

Jumpa juga adinda kat sini. Jadilah walaupun sekejap cuma. Terubat juga rindu dapat peluk.

Ada event Hari Pengguna Kebangsaan 2023 rupa-rupanya. PM datang untuk Majlis Penutup.

Tahniah Kolej Komuniti Batu Gajah kerana berjaya mendapat tempat ke 2, 3 dan 5 dalam Pertandingan Fesyen.

#30072023

Kenapa perlu ada stok Sayur Jeruk Meletopsss Kebabom (SJMK) ni di rumah?๐ŸŒน Sayurnya segar๐ŸŒน Krap Krup Krap semua bahagian ...
07/07/2023

Kenapa perlu ada stok Sayur Jeruk Meletopsss Kebabom (SJMK) ni di rumah?

๐ŸŒน Sayurnya segar
๐ŸŒน Krap Krup Krap semua bahagian boleh dimakan
๐ŸŒน Enak dimakan begitu saja
๐ŸŒน Paling pop**ar dimasak asam pedas atau masak lemak cili api
๐ŸŒน Tahan lama jika disimpan di peti sejuk
๐ŸŒน Tiada bahan pengawet
๐ŸŒน Keluaran Muslim
๐ŸŒน Halalan toyibban

www.wassap.my/60135618875/SJMK
www.wassap.my/60135618875/SJMK
www.wassap.my/60135618875/SJMK





Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when zyannealli posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share