FPUA UCMI

FPUA UCMI Sebelum ini, FSSA dikenali sebagai Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence). FSSA menawarkan Program di peringkat Asasi dan Diploma.

Fakulti Sains Sosial dan Asasi (FSSA) PICOMS telah ditubuhkan pada 4 Januari 2021 sejajar dengan Pelan Transformasi Naib Canselor PICOMS serta sebagai salah satu inisiatif menuju ke arah status universiti penuh. FSSA merangkumi empat jabatan utama iaitu Jabatan Pengajian Umum, Jabatan Asasi, Jabatan Bahasa dan Jabatan Pengajian Islam. Program Asasi yang ditawarkan adalah Asasi Sains dan Asasi Pern

iagaan. Ia merupakan program pra universiti yang ditawarkan selama setahun merangkumi 3 semester. Program Diploma Pengurusan Islam dan Diploma Pengajian Islam adalah dua program baharu yang ditawarkan oleh FSSA. Dua program ini memberi peluang kepada pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi serta membuka tawaran kepada pelajar dari Program Smart Tahfiz SPM yang dianjurkan oleh Pusat Islam CERIA PICOMS. FSSA turut mengendalikan Kursus Wajib MQA iaitu Kursus Mata Pelajaran Umum (MPU) peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Penawaran kursus ini bagi melahirkan pelajar-pelajar yang dapat menguasai kemahiran insaniah serta memupuk jati diri pelajar dalam memahami Sejarah, Falsafah serta nilai-nilai mulia sebagai persediaan memasuki dunia pekerjaan dan hidup bermasyarakat. FSSA di bawah Jabatan Bahasa turut menawarkan Kursus-kursus Jangka Pendek seperti Kelas Intensif dan Kelas Persediaan Bahasa kepada pelajar serta alumni. FSSA bermatlamat meningkatkan mutu akademik dan kecemerlangan Pendidikan di samping melahirkan graduan yang holistik dan berketrampilan di masa hadapan.

Address

Batu Muda
Kuala Lumpur
68100

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FPUA UCMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to FPUA UCMI:

Share