26/08/2023
Nama Pelajar : Khatijah Binti Zaldy
No. Matrik : 262069
Tajuk : Rasuah Jawatan
Sumber : Berita Harian, 9 Disember 2020. “ Halang naik pangkat dan tukar punca penjawat awam “takut” Lapor Rasuah.
Pada masa kini, penyalahgunaan kuasa semakin berleluasa di dalam sesebuah organisasi. Masalah ini perlu di beri perhatian yang serius dan tidak boleh dibiarkan berterusan. Hal ini demikian kerana, Rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi dan merosakkan moral dan etika dalam kakitangan. Justeru, dapat memburukkan imej negara. Malaysia adalah sebuah negara yang hebat dan tidak patut jatuh disebabkan “Rasuah”. Oleh itu, isu rasuah ini perlulah ditangani dengan segera untuk mengelakkan kesan buruk daripada berlaku.
Apakah pendapat anda tentang isu rasuah yang berlaku pada masa kini ? Sila nyatakan di ruangan komen di bawah.
KUALA LUMPUR: Halangan kenaikan pangkat, pertukaran dan gangguan dalam jadual pekerjaan, antara tekanan diberikan kepada penjawat awam yang melaporkan aktiviti rasuah dalam jabatan dan agensi kerajaan.