17/03/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Naib Canselor Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), YBhg. Prof. Dr. Sharifah Syahirah binti Sy Shiekh, telah menghadiri majlis berbuka puasa bersama komuniti setempat di sekitar Palong dalam suasana penuh keberkatan dan kebersamaan.
Majlis yang dianjurkan oleh YB. Datoโ Haji Shamshulkahar bin Haji Mohd Deli, Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA (KPTMSB), turut diisi dengan penyampaian sumbangan zakat serta bakul makanan kepada 148 penerima daripada golongan yang memerlukan, sebagai usaha menyantuni komuniti dan meringankan beban sepanjang bulan Ramadan.
Dalam majlis tersebut, Naib Canselor UPTM turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada para penerima sebagai sebagai tanda komitmen universiti dalam memperkukuh hubungan dengan masyarakat serta memupuk nilai keprihatinan sosial.
Program ini menghimpunkan pemimpin dan masyarakat dalam usaha menyemarakkan budaya berkongsi rezeki, sekali gus mengeratkan hubungan antara institusi pendidikan, kepimpinan tempatan dan komuniti.
Turut hadir Dr. Mohd Erfino bin Johari, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Pengantarabangsaan UPTM, YM Tok Batin Haji Uyop bin Sani, En. Mohd Tajol Arus bin Abd Kadir selaku Pengurus Felda Palong 12, barisan Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Hidayah, wakil KPTM Bangi serta kepimpinan masyarakat setempat.