15/04/2026
โจ๐ Naseehat Penuntut Ilmu
โWahai penuntut ilmuโฆ
Jalan ini bukan jalan yang mudah,
ia dipenuhi sabar, pengorbanan dan air mata yang tidak terlihat.
Ilmu bukan sekadar dihafal di lisan,
tetapi dihidupkan dalam amalan dan akhlak.
Jangan engkau merasa lemah jika lambat memahami,
kerana bukan yang paling cepat itu yang berjaya,
tetapi yang paling istiqamah itulah yang dimuliakan.
Peliharalah hatimu daripada maksiat,
kerana ilmu itu cahayaโฆ
dan cahaya Allah tidak akan menetap pada hati yang gelap.
Ikhlaskan niatmu,
bukan untuk pujian manusia,
tetapi untuk redha Tuhan.
Kerana sesungguhnyaโฆ
siapa yang tidak sanggup merasai penatnya belajar walau seketika,
akan merasai pahitnya kejahilan sepanjang hidupnya.
Teruskan langkahmu, walau perlahanโฆ
kerana setiap langkah itu
sedang membawa dirimu lebih dekat kepada Allah.๐