03/05/2026
“DARI BENIH KE PENUAIAN”
Melalui Inisiatif Pembangunan Komuniti, TERAJU bersama UMT membangunkan Projek Melon Manis Terengganu (MMT) sebagai model pemerkasaan komuniti setempat yang berasaskan hasil.
Dengan sokongan ilmu, pemindahan teknologi dan bimbingan keusahawanan, peserta kini menjana pendapatan secara konsisten serta mengurus operasi dengan lebih profesional dan mampan.
Melalui pertanian Melon Manis Terengganu, peserta memperoleh pendapatan tambahan minimum RM1,200 sebulan secara konsisten, dengan potensi peningkatan selari dengan kapasiti pengeluaran dan hasil tuaian.
Nilai ini mungkin kecil dalam kalangan kita, namun bagi komuniti, kestabilan pendapatan ini membawa perubahan yang signifikan kepada kelangsungan hidup serta keyakinan ekonomi mereka.
Projek ini berkembang merentasi beberapa daerah dengan kapasiti pengeluaran yang terus meningkat setiap musim—mencerminkan penskalaan yang tersusun dan berasaskan keupayaan.
TERAJU memacu penciptaan nilai yang mampan serta pengukuhan komuniti, selaras dengan aspirasi PuTERA35 dalam memperkukuh penyertaan, pemilikan dan penguasaan ekonomi Bumiputera.