31/10/2025
KUNJUNGAN HORMAT DAN PERBINCANGAN KERJASAMA MELIBATKAN HALATUJU AKADEMIK PELAJAR POLITEKNIK KE UniSIRAJ
Tarikh: 31 Oktober 2025 (Jumaat)
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, Putrajaya
Agenda: Kunjungan hormat diketuai oleh Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Global (TRPJG), juga Menjalankan Tugas-tugas Timbalan Rektor Akademik, Prof. Dr. Asyraf Isyraqi bin Jamil dan delegasi ke Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK), Putrajaya. Perbincangan diadakan bersama YBrs. Dr. Riam a/p Chau Mai, Pengarah, Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti JPPKK dan pengurusan jabatan bagi membincangkan kerjasama membina laluan akademik yang lebih luas dan fasilitasi perbincangan biasiswa serta pemindahan kredit untuk pelajar Politeknik melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda di UniSIRAJ, serta lain-lain perbincangan kerjasama akademik dan penyelidikan berkaitan.
|PEJTRPJG
|PPPI
|FPSP
|FMKI
|FQS