20/02/2024
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
20 Februari 1956 โ Pengumuman Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diumumkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman sebaik sahaja tiba di Banda Hilir, Melaka. Pada 18 Januari 1956 Rombongan Merdeka yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra telah berlepas ke London untuk mengadakan rundingan dengan pihak Inggeris.
Rombongan Merdeka turut disertai oleh empat wakil perikatan dan empat wakil Raja-Raja Melayu. Rombongan kemerdekaan Tanah Melayu telah berjaya mendapatkan persetujuan kerajaan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu setelah berunding selama tiga minggu.
Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu telah ditandangani oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra bagi pihak kerajaan Tanah Melayu dan Encik Alan Lennox-Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British bagi pihak kerajaan British pada 8 Februari 1956 di Lancaster House, London.
Rombongan Merdeka yang pulang dari kota London ini mendapat sambutan meriah ketika tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka. Dari sana mereka diarak dengan diiringi oleh kumpulan pemuda bermotosikal dan puluhan buah kereta ke Padang Banda Hilir, Melaka.
Sebaik sahaja tiba di Padang Banda Hilir, Melaka Tunku Abdul Rahman Putra memulakan ucapan terima kasih atas sokongan padu yang diberikan. Seterusnya beliau mengumumkan bahawa menurut Perjanjian Kemerdekaan yang ditandatangani pada 8 Februari 1956, Persekutuan Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan dengan rasminya pada 31 Ogos 1957.
Serentak dengan pengumuman kemerdekaan ini, laungan โMerdekaโ bergema di Padang Banda Hilir yang dibanjiri oleh 100,000 orang yang datang dari seluruh pelosok Persekutuan Tanah Melayu.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐
๐๐๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐
๐๐๐๐๐๐
February 20, 1956, the announcement of the independence of the Federation of Malaya was made by YTM Tunku Abdul Rahman upon his arrival in Banda Hilir, Melaka. On January 18, 1956, the Independence Delegation, led by Tunku Abdul Rahman Putra, departed for London to negotiate with the British.
The delegation included four representatives of the alliance and four representatives of the Malay Rulers. After three weeks of negotiations, the Malayan independence delegation successfully obtained the British government's agreement to grant independence to Malaya.
The Agreement of Independence for Malaya was signed by YTM Tunku Abdul Rahman Putra on behalf of the Malayan government and Mr. Alan Lennox-Boyd, Secretary of State for the Colonies, on behalf of the British government on February 8, 1956, at Lancaster House, London.
Upon their return from London, the Merdeka delegation received a grand reception at Batu Berendam Airport, Melaka. They were then paraded, accompanied by a group of motorcyclists and dozens of cars, to Padang Banda Hilir, Melaka.
Upon arriving at Padang Banda Hilir, Melaka, Tunku Abdul Rahman Putra expressed gratitude for the unified support. He announced that, according to the Independence Agreement signed on February 8, 1956, the Federation of Malaya would officially achieve independence on August 31, 1957.
Simultaneously with this announcement, the cry of "Merdeka" echoed in Padang Banda Hilir, flooded by 100,000 people from all corners of the Federation of Malaya."