Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Melaka

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Melaka Laman Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka Sesi 2017/2018

"Bersama Membangun Transformasi Insani"

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA MENGHADAPI PEPERIKSAANAssalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.Untuk maklum...
28/02/2023

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman semua, Exco Dakwah Kerohanian dan Disiplin Majlis Perwakilan Pelajar akan mengadakan Majlis Bacaan Yaasin Dan Doa Selamat sempena menghadapi peperiksaan akhir semester yang bertetapan seperti berikut :

Tarikh: 2 Mac 2023
Masa: 8.00 PM - 8.45 PM
Tempat: Google Meet

• Mahasiswa/i juga boleh sertai majlis ini di Google Meet : meet.google.com/ovr-cqgi-fib

Akhir kata, kami sangat mengalu-alukan kehadiran semua mahasiswa/i Universiti Melaka untuk sama-sama menghadiri majlis ini. Semoga dengan kehadiran semua mahasiswa/i memperoleh rahmat dan barakah daripada Allah SWT 🤍

Sekian, terima kasih.

"Aspirasi Mahasiswa, Memacu Kecemerlangan"

*[[KEJOHANAN 🏓 PING-PONG 🏓 TERTUTUP UNIVERSITI MELAKA]]*👊MAKLUMAN👊Tarikh: 18/02/2022Masa: 8.00AM - 10.00PMTempat: Stadiu...
06/02/2023

*[[KEJOHANAN 🏓 PING-PONG 🏓 TERTUTUP UNIVERSITI MELAKA]]*

👊MAKLUMAN👊

Tarikh: 18/02/2022
Masa: 8.00AM - 10.00PM
Tempat: Stadium Tariq Al-Ziyad, Unimel

Pertandingan Secara SINGLE & DOUBLE🫣

SINGLE AKAN DIBUKA UTK 16 PEMAIN
DOUBLE AKAN DIBUKA UTK 12 KUMPULAN

YURAN PENYERTAAN RM10 SAHAJA SETIAP ACARA

HADIAH KEPADA PEMENANG AKAN DIBERIKAN:

JOHAN: RM50
N.JOHAN: RM40
TEMPAT KE-3: RM30

🏓PENGUMUMAN🏓PENYERTAAN ADALAH TERHAD🥶

TIADA KELELNGAKAPAN?😨TIADA BAT?😱
kami akan sediakan untuk anda.🥳

Oleh itu, kami sangat berbesar hati🤩 untuk menjemput mahasiswa/i bagi memasuki "KEJOHANAN PING-PONG TERTUTUP UNIVERSITI MELAKA"

FIRST COME, FIRST SLOT

------------《《☆》》-----------

*UNTUK PENDAFTARAN DAN SEBARANG PERTANYAAN*:
Saudara Faris: 0178402090
Saudari Arifah: 0164092281

-----------《《☆》》------------

[TATACARA DAN PROSES PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN RASMI UNIMEL]Telah dimaklumkan bahawa pelekat kenderaan rasmi UNIMEL a...
05/01/2023

[TATACARA DAN PROSES PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN RASMI UNIMEL]

Telah dimaklumkan bahawa pelekat kenderaan rasmi UNIMEL akan dikuatkuasakan bermula 1 Februari 2023 ini. Semua staf dan pelajar boleh mendapatkan pelekat kenderaan rasmi ini sebelum 31 Januari 2023.

Sehubungan dengan itu, bagi urusan pengambilan pelekat kenderaan adalah seperti berikut :

Staf boleh mendapatkan pelekat kenderaan di Pejabat HEPA, UNIMEL iaitu pada hari Isnin - Khamis iaitu bermula 9:30 pagi - 12:30 tengah hari dan 2:30 petang - 4:30 petang.

Namun, bagi pelajar p**a perlu ambil di Stadium Tariq Ziyad, UNIMEL iaitu pada hari Jumaat iaitu bermula 9:00 pagi - 12:00 tengah hari SAHAJA

Bersama-sama ini dilampirkan Tatacara Dan Proses Permohonan Pelekat Kenderaan Rasmi UNIMEL bagi staf dan pelajar untuk rujukan. Sekiranya didapati tiada pelekat kenderaan rasmi ini selepas tarikh 1 Februari 2023, staf dan pelajar boleh dikenakan tindakan tatatertib atau boleh dihalang masuk ke kawasan kampus UNIMEL.

Jika ada sebarang pertanyaan, pelajar boleh hubungi pejabat HEPA di talian 063878412.

Segala kerjasama dan perhatian dari semua pihak didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, wassalam.

_Transformasi Kepimpinan, Nadi Mahasiswa_
Sekian, yang berkhidmat

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI MELAKA


[SELAMAT TAHUN BARU 2023]Assalamualaikum wbt.Tahun Baru adalah masa untuk kita merenung kembali tahun yang telah lalu da...
31/12/2022

[SELAMAT TAHUN BARU 2023]

Assalamualaikum wbt.

Tahun Baru adalah masa untuk kita merenung kembali tahun yang telah lalu dan menambahbaik dalam tahun yang serba baru selepas ini. Raikanlah bersama orang yang tersayang dan terpenting dalam hidup anda dengan memberikan ucapan dan mesej tahun baru.

Raikanlah sama ada bersama pasangan, rakan-rakan atau keluarga yang istimewa dalam hidup kita. Buat mereka merasakan mereka amat bermakna dan istimewa dalam hidup kita.

Memburu kijang di dalam rimba,
Berehat sebentar di tepi paya,
Tahun baru telahpun tiba,
Semoga azam kita berjaya.

Kami dari Barisan Majlis Perwakilan Pelajar ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2023 buat seluruh Warga Universiti Melaka.

Sekian. Wassalam.

Transformasi Kepimpinan, Nadi Mahasiswa

Sekian, yang berkhidmat

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI MELAKA


[MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MELAKA SESI 2021/2022]Assalamualaikum wbt.Perhatian kepada...
27/12/2022

[MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MELAKA SESI 2021/2022]

Assalamualaikum wbt.
Perhatian kepada Mahasiswa/i dan seluruh warga Universiti Melaka.

Adalah dimaklumkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) peringkat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UNIMEL) sesi 2021/2022 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

*Tempat* : Auditorium Ibnu Khaldun
*Tarikh* : 30 Disember 2022 (Jumaat)
*Masa*: 8:00 Malam

Segala kerjasama dan perhatian dari pihak saudara/i amat dihargai dan didahulur dengan ucapan terima kasih.

Sekian. Wassalam.

Transformasi Kepimpinan, Nadi Mahasiswa

Sekian, yang berkhidmat

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI MELAKA


[DOA BUAT MANGSA BANJIR PANTAI TIMUR]Setiap tahun, Malaysia akan dilanda fenomena musim tengkujuh pantai timur 2022 teru...
23/12/2022

[DOA BUAT MANGSA BANJIR PANTAI TIMUR]

Setiap tahun, Malaysia akan dilanda fenomena musim tengkujuh pantai timur 2022 terutamanya di kawasan-kawasan Pantai Timur seperti banjir Kelantan, banjir Terengganu, banjir johor, banjir kl, banjir selangor dan banjir Pahang.

Ini disebabkan oleh faktor cuaca yang dicirikan sebagai monsun yang akan memberi kesan kepada negeri-negeri di bahagian Pantai Timur. Walaubagaimanapun, fenomena ini merupakan fenomena yang biasa terjadi terutamanya sekitar bulan November dan Disember.

Masyarakat pada kawasan tersebut biasanya akan bersedia dengan segala kemungkinan-kemungkinan buruk termasuk musim banjir di malaysia yang bakal berlaku di kawasan yang sering dilanda banjir.

Sama-sama kita doakan buat mangsa banjir di pantai timur.

Sekian, yang berkhidmat

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI MELAKA


JOM SERTAI ❗❗Karnival Jom Sihat Unimel anjuran Universiti Melaka. Kepada semua Mahasiswa/i Universiti Melaka jom kita se...
16/12/2022

JOM SERTAI ❗❗

Karnival Jom Sihat Unimel anjuran Universiti Melaka.

Kepada semua Mahasiswa/i Universiti Melaka jom kita sertai Karnival Jom Sihat UniMel.

Tarikh : 17 Disember 2022
Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Petang
Tempat : Stadium Tariq Al Ziyad

Terdapat bermacam - macam aktiviti dan gerai jualan.

[PROGRAM KUNJUNG HORMAT UNIVERSITAS GADJAH MADA KE FAKULTI SAINS SOSIAL UNVERSITI MELAKA]Selasa, 13 Disember 2022.Assala...
14/12/2022

[PROGRAM KUNJUNG HORMAT UNIVERSITAS GADJAH MADA KE FAKULTI SAINS SOSIAL UNVERSITI MELAKA]

Selasa, 13 Disember 2022.

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّه وَبَرَكَاتُهُ✨

Syukur Alhamdulillah pada hari Selasa, 13 Disember 2022, Barisan Persatuan Siswa Siswi Fakulti Sains Sosial bersama Barisan Kepimpinan KEPSIS , KEKSIS dan KESDIK telah berjaya menganjurkan PROGRAM KUNJUNG HORMAT UNIVERSITAS GADJAH MADA KE UNIVERSITI MELAKA bertempat di Fakulti Sains Sosial.

Program ini dilakukan bertujuan bagi menerima kunjungan Pihak Universitas Gadjah Mada yang ingin melawat kampus Universiti Melaka. Sesi Kunjung Hormat ini telah dirasmikan oleh TS. Dr. Yuseni Bin Abdul Wahab selaku Timbalan Naib Canselor Penyelidikan Dan Inovasi. Program ini mempunyai Dua slot. Slot yang pertama adalah Sesi Tour Bilik - Bilik Khas Yang Terdapat di Fakulti Sains Sosial seperti Pusat Sumber, Makmal Psikologi, Makmal Media dan Makmal Kaunseling. Slot kedua ialah Slot 'Historical Of The Sea Route From Melaka strait to south China Seas Of China Dinasties' yang disampaikan Oleh Puan Fazurah Binti Mustaffa.

Dengan ini, kami dari Barisan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Melaka ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang telah memberikan kerjasama secara langsung mahupun secara tidak langsung. Selain itu, kami turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Universitas Gadjah Mada yang sudi hadir bagi melawat kampus Universiti Melaka.

Sekian, Terima Kasih.

_Transformasi Kepimpinan, Nadi Mahasiswa_

Sekian Yang Berkhidmat

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Melaka




Address

Kuala Sungai Baru

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Melaka:

Share